Bab 22

365 22 0
                                    

Melilau mata Arya mencari Maya yang ingin berjumpa dengan dirinya itu , mata Arya terhenti disatu meja yang menampakkan Maya yang sedang melambai ke arahnya itu

Terus jalan laju masuk kedalam cafe itu sebelum duduk dihadapan Maya

" Hai kak Maya .. sorry lambat " Arya mengambil tempat dikerusi hadapan Maya

Maya tersenyum sahaja

" Takdelah .. tak lambat pun , Arya nak minum apa-apa tak ? " tanya Maya

" It's okey , Arya takde rasa nak minum coffee harini " balas Arya dan Maya hanya mengangguk sahaja

" Kenapa kak Maya ? " tanya Arya , bersungguh Maya mahu berjumpa dia harini

" Kak Maya .. akak nak balik dekat abang semula tapi .. abang Arya memang taknak tengok muka akak .. macam mana ? " Maya mula membuka mulutnya

" Akak pujuk je abang tu .. abang tu kalau dengan kak Maya mesti dia cair .. alah takyah fikir lah isteri sementara dia tu , sekejap je tu , percayalah cakap Arya " dengan yakin Arya berbicara

" Kenapa pula Arya cakap macamtu ? " hairan pula Maya mendengar kata-kata Arya .. bukan Ariel sayang dekat Zarra ?

" Sebab Arya yakin .. abang tu masih sayang kak Maya cuma yah , dia ego , dia still nak kak Maya tunjuk effort tu , kak Maya janganlah putus asa " tangan Maya yang berada di atas meja itu dipegangnya

Maya hanya merenung kosong tangannya yang dipegang oleh Arya itu

" Arya .. betul-betul ke ni ? Memang Ariel sayangkan akak lagi ? " tanya Maya ingin tahu , jika betul maksudnya .. dia masih ada peluang bukan ?

" Yup , Arya yakin .. dia mesti kahwin dengan isteri dia tu sebab nak buat akak give up dengan dia , tapi akak kena teruskan jugak pikat dia , Arya tahu akak mesti boleh dapat abang Ariel semula " kata Arya lagi

Maya terus tersenyum , nampaknya dia masih ada peluang

.

" Sayang " Zarra yang sedang mencuci pinggan itu berpaling sedikit memandang Ariel dibelakangnya

" Kenapa abang ? " tanya Zarra namun mata masih disingki dan tangan masih bergerak mencuci pinggan itu

Ariel tanpa banyak kata terus memeluk Zarra dari belakang , tangannya memeluk pinggang Zarra dan dagunya diletakkan di atas kepala Zarra , maklumlah , isteri pendek

" Malam ni .. mama ajak datang rumah nak dinner sama-sama " Ariel memberitahu Zarra

" Oh , pergi jelah , mama dah ajak kita tu " kata Zarra pula , tangannya di lap di kain tepi singki itu

" Tapi perempuan tu ada dekat situ .. abang tak suka " jelas nada suara Ariel yang memang seperti tidak mahu pergi itu

" Huh siapa ? "

" Maya tu lah , menyemak je dekat rumah orang macam takde rumah " kasar sungguh nada suara Ariel

Zarra hanya menggeleng kecil sahaja , dia mahu berjalan namun Ariel yang memeluknya itu menyukarkan dia untuk melangkah

" Abang lepaslah kejap , Zarra nak pergi ruang tamu " tangan Ariel di pinggangnya cuba dirungkaikan

" Taknak "

Dan terus tubuh kecil Zarra didukung dengan mudah , sebelah tangannya dibawah kaki Zarra dan sebelah lagi dibawah badan Zarra

" Eh abang ! " laju tangan Zarra melilit di leher Ariel , gila mamat ni dahlah tinggi , kalau jatuh , sia-sia betul

Ariel terus tersenyum lebar , tubuh Zarra dicempungnya sehingga ke ruang tamu dan apabila dia duduk di sofa , Zarra sekali duduk di atas ribanya

" Zarra nak duduk tepi abang " Zarra cuba bergerak namun tangan Ariel dipinggang nya membuatkan dia sukar untuk bergerak

" No , stay here " Zarra pasrah sahaja , dia menyandarkan kepalanya didada Ariel

Ariel mengusap lembut kepala Zarra didadanya itu

" So malam ni ? Nak pergi tak ? " tanya Zarra lagi

" Sayang nak pergi ke ? " orang tanya dia , dia tanya orang balik , bagus

" Zarra okey je .. dah mama ajak "

" Hm , kita pergi jelah "

The Chosen OneTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon