Bab 51

501 24 0
                                    

Zarra yang tertidur di sofa dipandang Ariel . Akhirnya kerjanya sudah siap , jam dinding dilihat .. 5.00 p.m . Lama juga dia siapkan kerja sampai tertidur isterinya dibuatnya

Ariel mengemas mejanya sebelum telefonnya diletak di dalam poket seluarnya . Ariel berjalan mendekati Zarra sebelum tangannya mengelus pipi isterinya

Zarra yang terasa pipinya disentuh membuka matanya perlahan-lahan . Matanya digosok namun Ariel menghalang

" Sakit mata sayang .. jangan gosok " tangan Zarra dipegangnya

Zarra perlahan-lahan duduk sebelum merenggangkan badannya

" Abang dah siap kerja ke ? " tanya Zarra yang masih mamai itu

" Dah .. jom balik " tangan Zarra ditarik agar berdiri

Zarra perlahan-lahan berdiri sebelum beg tangannya dicapai dan digalas di bahunya . Ariel membuka pintu sebelum menyuruh Zarra jalan dahulu dan Ariel mengikuti Zarra dari belakang

Ariel melihat Zarra yang sedang berjalan dengan dalam keadaan mamai itu sungguh mencuit hatinya . Comel !

Di dalam lift Zarra memeluk tubuh sebelum kepalanya disandarkan di bahu Ariel , sementara menunggu untuk sampai ke bawah , bagi dia tidur kejap

Ariel melihat Zarra yang menyandarkan kepala dibahu sebelum dia gelak halus . Lengan belah kanannya yang Zarra bersandar itu Ariel terus kepada memeluk Zarra dari tepi sebelum ditarik ke arahnya

" Ngantuk sangat sayang abang ni .. " Zarra hanya diam namun kepala mengangguk sahaja

Apabila sudah sampai ke tingkat 1 Zarra membuka mata semula sebelum keluar daripada lift itu dan berjalan dahulu ke luar bangunan itu dan pergi ke kereta Ariel

Ariel mengeluarkan kunci keretanya sebelum membuka lock di keretanya . Zarra masuk ke bahagian penumpang sebelum dia bersandar di seat kereta dan sambung tidur semula . Ariel terus memandu untuk pulang ke rumah mereka

Sepanjang pemanduan Ariel untuk ke rumahnya , lengan belah kirinya dipeluk tiba-tiba oleh Zarra sebelum Zarra melabuhkan kepalanya di lengan Ariel . Ariel hanya menggeleng kepala kecil , pandu sebelah tangan pun bolehlah

.

Selesai sahaja Ariel parking keretanya di tepi bahagian rumahnya Ariel keluar dahulu sebelum ke belah penumpang , Zarra masih tidur . Kepala Zarra dipegan sebelum dia mengangkat tubuh isterinya dan dibawa ke dalam rumah , Zarra diletakkan di atas sofa perlahan-lahan

Zarra terbangun sebelum matanya memandang Ariel dihadapannya

" Umm " Zarra mengumam sebelum duduk tegak semula namun masih mamai

" Kenapa sayang ? Nak apa-apa ke ? " tanya Ariel apabila melihat Zarra yang sedang duduk itu

" Abang .. lapar " adu Zarra dengan mata separuh bukanya

Terbit ketawa halus di bibir Ariel , comelnya isteri nya ini ! Tudung Zarra dibukanya sebelum rambut Zarra dikemaskan

" Lapar rupanya .. nak makan apa ? " tanya Ariel sebelum tudung Zarra dia letak di tepi sahaja

" Nak abang masak boleh ? " pinta Zarra dengan senyuman nya , terus segar matanya

" Nak abang masak apa ? "

" Nak .. nak chicken chop " Ariel terdiam , aku tak pernah masak ayam tu

" Um .. abang .. abang tak reti masak tu , nak makan benda lain tak ? " Ariel cuba membuatkan agar Zarra meminta makanan lain

Zarra mencebik sebelum dia menggerakkan badannya kekiri dan kanan

" Tak nak .. nak chicken chop " rengek Zarra lagi

" Abang order eh ? " Ariel sudah keluarkan telefonnya

" Tak nak ! Nak abang masakkan " kata Zarra lagu sebelum menggoyang-goyangkan tangan Ariel

Ariel mengeluh perlahan sebelum wajah isterinya yang penuh berharap itu di pandangnya

" Yelah-yelah .. abang masak ya " pasrah sahaja nada suara Ariel . Dan itu membuatkan Zarra tersenyum lebar daripada wajah cemberutnya sebelum laju dia memeluk leher Ariel

" Yeay terima kasih abang ! Sayang abang ! " Zarra memeluk leher Ariel sebelum digerakkan ke kiri dan kanan

Ariel hanya senyum sebelum memeluk kembali tubuh isterinya . Apa-apa sahaja asalkan isterinya gembira

The Chosen OneHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin