Bab 49

484 23 1
                                    

Uwekkk !!

Zarra menggosok belakang tubuh Ariel , harini sahaja berapa kali dah suaminya ini muntah ,risau Zarra dibuatnya

Ariel menarik nafas dan menghembus nafas berat , kepalanya dipicit perlahan .. pening sungguh terasa kepalanya

" Abang tak sihat ni .. jom pergi klinik " Ariel menggeleng perlahan

" Tak apa .. sikit je " balas Ariel lemah sebelum Zarra membantu Ariel berjalan ke katil mereka

Ariel baring disitu dengan mata terpejam , penat .. berapa kali dah rasanya dia muntah harini

" Zarra turun sekejap masak bubur eh " Zarra mahu berdiri namun Ariel memegang lengannya

" Taknak .. sayang duduk lah sini " Ariel menarik Zarra untuk duduk semula di katil

" Tapi abang tak makan lagi .. bagilah Zarra turun masak kejap " kata Zarra lembut sebelum menggosok lembut rambut Ariel

" Taknak .. " Ariel mula merengek sebelum dia memeluk lengan Zarra dan melabuhkan kepalanya ke lengan Zarra

" Okey okey tak payah makan . Abang nak apa ? " tanya Zarra

" Nak Zarra .. " Zarra mengerut dahi , aik habis sebelah dia ni hantu ke

" Zarra dekat sini kan " kepala Ariel Zarra pegang

" Tak tahu .. abang nak Zarra " Zarra ditarik makin dekat sebelum kepalanya berlabuh di riba Zarra , kepalanya menghadap bahagian perut Zarra sebelum sebelah tangannya memeluk pinggang isterinya

Zarra menggeleng kepala sebelum tersenyum kecil , kepala Ariel diusapnya ..

" Haih abang ni " Ariel senyum nipis sebelum dia menutup matanya mahu tidur

Zarra menepuk perlahan bahu Ariel seperti mendodoikan anak kecil , sehingga terdengar dengkuran halus dari suaminya . Zarra mahu mengalihkan tangan Ariel di pinggangnya namun Ariel merengek kecil

" Shhh " Zarra menepuk semula bahu Ariel sehingga lelaki itu tertidur semula

Zarra mahu turun kebawah dan masakkan bubur untuk suaminya

.

Zarra menggaul perlahan bubur didalam periuk itu sebelum dirasa sedikit , secukup rasa . Dia mula perlahankan api sebelum membiarkan sekejap , pinggan kotor di dalam singki dibasuh

" Astaghfirullah ! " nak terkeluar jantung dia apabila pinggang dipeluk dari belakang

Dapat dia rasa bahu belah kirinya memberat , kepala Ariel disitu dan tangannya di pinggang Zarra

" Abang kenapa bangun ? Tak sihat tu .. " Zarra sambung membasuh pinggan sebelum menyusun di rak pinggan itu

" Nak sayang .. "

Haih suami aku ni lah !

Zarra bergerak dengan susah-payahnya kerana Ariel yang memeluk dirinya itu , tidak lepas langsung . Mangkuk berisi bubur itu dibawa hingga ke ruang tamu

" Abang duduk dulu " Ariel melepaskan pelukan sebelum duduk di sofa itu

Zarra duduk di sebelah Ariel , hampir sahaja buburnya tumpah apabila Ariel menarik lengannya dan memeluk lengannya . Dahlah lengan yang ditarik itu tangan yang sedang memegang mangkuk bubur itu

" Abang ! Nasib baik tak tumpah tau , hish abang ni lah " tak sengaja Zarra tertinggikan suara seraya merungut

Zarra merasakan pelukan di lengannya dilepaskan .. Zarra memandang Ariel yang menunduk itu . Ha sudah .. dah kenapa ?

" Abang ? " bubur di letak ke atas meja sebelum dia memegang lengan Ariel

Ariel mengalihkan lengannya daripada dipegang oleh Zarra sebelum matanya kelihatan berair tiba-tiba

" Eh kenapa abang nak nangis ? " wajah Ariel ditekupnya sebelum diangkat memandangnya . Gelabah Zarra dibuatnya

" Sayang marah abang .. " ujar Ariel perlahan dan air matanya mengalir .. tiba-tiba !

" Lah mana ada , Zarra taknak bubur tu tumpah je .. tak payahlah nangis " air mata Ariel dikesat sebelum kepala lelaki itu ditarik dan diletakkan di bahunya .. Zarra memeluk suaminya itu dari tepi sebelum menggosok bahu Ariel perlahan

Ariel memeluk pinggang Zarra sebelum kepalanya disembam ke leher Zarra , dengar tangisan kecil daripada Ariel

Zarra tahan senyum sebelum menggeleng perlahan . Manja betul .. mesti sebab ..

" Dah eh ? Makan eh ? " tanya Zarra , Ariel mengangguk kecil

Zarra mengambil mangkuk bubur itu sebelum dia menyudu sedikit bubur itu dan disua ke mulut Ariel , Ariel memakan perlahan sebelum dikunyah

Baru suapan yang keenam dan Ariel sudah menggelengkan kepalanya

" Sikitnya abang makan .. mana nak sihat ? " Zarra masih memegang sudu itu dan disua kepada Ariel

" Abang taknak .. " Ariel menggelengkan kepalanya

Zarra meletakkan semula mangkuk bubur itu di atas meja sebelum memandang suaminya , apa aku nak buat dengan dia ni

" Abang nak apa lagi ? Merengek je daripada tadi " rambut Ariel yang serabai itu dikemaskan menggunakan jarinya

Ariel menggelengkan kepalanya sebelum baring semula dan kepalanya di riba Zarra

" Abang letihlah sayang .. " serak sudah suara Ariel waktu itu

" Tak apalah .. tidur eh " rambut Ariel diusapnya

Perlahan-lahan Ariel mula terlelap semula , Zarra tersenyum sebelum dahi suaminya dicium sekilas

The Chosen OneWhere stories live. Discover now