Bab 41

404 22 0
                                    

Wajah Ariel tidak ceria harini , kenapa ? Harini dia akan pergi ke Sabah untuk hal kerjanya dan .. Zarra tak boleh pergi dengannya ! Ugh , kalau boleh bawa Zarra memang dia akan bawa

Zarra hanya memerhati wajah Ariel yang sedang memakan sandwich itu , jelas wajah Ariel tidak ceria

" Abang , kenapa abang murung semacam ? " tanya Zarra walaupun dia tahu sebabnya

" Tanya pulak .. " Ariel menjeling Zarra disebelahnya , Zarra terus tergelak

" Alah , 5 hari je , nanti balik sini Zarra masak makanan sedap-sedap eh " Zarra memeluk lengan suaminya

Ariel senyum sahaja

" Janji eh ? " Zarra mengangguk

" Abang tu , jangan dekat dengan Maya eh , Zarra dapat tahu .. Zarra taknak kawan abang " Zarra sempat berpesan , teringatkan pasal Maya membuatkan dia tidak senang hati

" Ye sayang tak .. abang tak buat eh , abang dekat dengan Zarra je " kata Ariel lagi

Ariel membasuh tangannya sebelum meminum sedikit air kosong di dalam cawan itu , beg galas hitamnya dicapai sebelum digalas ke bahunya , terus dia berjalan ke luar rumah diikuti Zarra

Ariel mahu menghantar Zarra ke rumah Malik dan Maria dahulu baru dia bergerak ke KLIA , dia tidak mahu tinggalkan Zarra seorang disini

Ariel berhenti di hadapan kawasan rumah Maria dan Malik , dia mahu tinggalkan Zarra di sini kerana dia risaukan Zarra , dia tidak mahu Zarra duduk berseorangan di rumah mereka , bahaya

" Jom sayang " Ariel keluar daripada keretanya begitu juga Zarra

Beg di seat belakang di ambil sebelum mereka berjalan seiringan ke dalam rumah Malik dan Maria , kelihatan Maria yang sudah tunggu di hadapan rumah itu

" Mama " Zarra menunduk menyalam tangan Maria begitu juga Ariel

" Ariel pergi berapa lama ? " tanya Maria

" 5 hari je ma " balas Ariel

Maria mengangguk sahaja , tiba-tiba suara seorang lelaki yang sangat di kenali di belakang Maria di pandang

" Kak Zarra ! " Arzie berlari laju ke arah mereka dengan senyuman lebar

Zarra turut tersenyum melihat perangai Arzie , Arzie sungguh comel dengan perangai budak-budaknya

" Amboi kau , Kak Zarra je nampak , along ni ? " Ariel menegur adiknya itu

Arzie sengih sebelum menyalam tangan Ariel

" Along nak pergi mana ? " tanya Arzie

" Sabah , ada kerja .. kau jagakan Kak Zarra untuk along eh ? " laju Arzie mengangguk

" Baik boss " Arzie senyum lebar

Ariel tergelak kecil sebelum jam tangannya di lihat

" Along gerak dulu , dah lambat " tangan Maria di salamnya , Arzie turut salam tangan Ariel

Zarra bergerak ke depan sedikit sebelum menyalam tangan Ariel , Ariel terus menunduk mencium dahi dan kedua belah pipi Zarra

" Abang tunduk sikit " arah Zarra

Ariel pelik sedikit namun tetap dia rendahkan sedikit badannya dan sebelah tangannya di pinggang Zarra , Zarra menjengket kaki sedikit sebelum dia mencium dahi Ariel dan kedua belah pipi Ariel , Ariel tidak dapat sembunyi senyum , terus senyum lebar dia

Maria dan Arzie hanya senyum melihat mereka

Apabila Ariel sudah berdiri tegak Zarra memeluk tubuh suaminya , Ariel tergelak kecil sebelum membalas pelukan isterinya , comel !

Zarra meleraikan pelukan sebelum membisikkan sesuatu kepada Ariel

" Jaga diri , Zarra sayang abang " terus Zarra mendekati Maria semula sebelum memeluk lengan mak mertua nya

Wajah Ariel agak membahang namun dia mengawalnya , terus dia meminta diri untuk pergi , Ariel berjalan ke arah keretanya sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan telefonnya di capai , satu mesej dihantar kepada Zarra

Terus kereta Ariel meluncur laju keluar daripada kawasan rumah Maria , sempat mereka melambai ke arah Ariel

" Dah Zarra .. jom masuk " ajak Maria lengan menantunya di pegang

" Yey Kak Zarra ada dekat sini , Arzie ada lah geng " kata Arzie ceria

" Kak Arya mana ? " tanya Zarra , dari tadi gadis itu tidak munculkan diri

" Dia keluar , Zarra tak payah lah risaukan dia " kata Maria lagi , apabila mereka sudah masuk ke dalam rumah pintu rumah segera di tutup

" Bilik Zarra dekat atas tau , yang bilik Ariel dulu tu " kata Maria , Zarra mengangguk sahaja

" Arzie bawakkan beg kakak kamu ni " arah Maria , beg di tangan Zarra di ambil sebelum diserah kepada anak bongsunya

" Baik mama " Arzie menyambut huluran beg itu

" Kak Zarra jalan dulu " kata Arzie

Zarra melangkah sebelum naik ke atas menuju ke biliknya

" Arzie letak je dekat atas katil tu " kata Zarra , Arzie hanya menurut , dia letakkan beg itu ke atas katil sebelum dia keluar daripada bilik itu

Ting !

Telefon Zarra yang muncul satu noti itu di lihat sebelum dibuka noti itu

Suami Zarra
Take care sayang .. jangan rindu abang , sayanggg sangat kesayangan abang ni <3

Terus senyuman Zarra melebar , rama-rama dah terbang di dalam hatinya menerima mesej Ariel itu

The Chosen OneWhere stories live. Discover now