Bab 28

341 20 0
                                    

Zarra menolong Nek Mah siang ikan , mereka mahu menyediakan masakan tengah hari , Wani ? Gadis itu masih berada disitu dan kerana kesian Nek Mah menyuruh Wani tunggu agar makan tengah hari bersama , sukalah Wani kerana dapat usya Ariel

Ariel yang sedang duduk di tangga luar rumah bermain telefonnya tersentak apabila bahunya disentuh dari belakang , dia terus menoleh memandang kebelakang

" Ops .. maaf , tak sengaja " senyuman tidak bersalah ditayang sebelum satu tangga dibelakang Ariel Wani duduk

Wani senyum-senyum memandang Ariel namun Ariel hanya menayangkan wajah beku , dia mula berdiri sebelum mahu masuk kedalam duduk di biliknya , rimas juga dia dengan gadis ini

" Eh , awak nak pergi mana ? " Wani melihat Ariel yang sudah berdiri itu

Ariel tidak melayan , dia terus berjalan masuk kedalam rumah sebelum masuk terus kebiliknya , tiada masa nak layan

Wani merengus geram , ugh ! Tak apa jual mahal , tengoklah nanti

.

Tuk ! Tuk ! Tuk !

" Abang .. jom makan " Zarra mengetuk pintu lagi apabila Ariel tidak membalas apa-apa

Zarra terus membuka pintu sebelum dia menutup pintu bilik mereka

Ariel yang sedang lena tidur itu dipandang , alahai suami .. penat sungguh

Zarra perlahan-lahan jalan ke arah Ariel sebelum wajah Ariel dipegang sebelum diusap sedikit

Ariel membuka matanya sebelum dia tersenyum nipis , tangan Zarra dipipinya dipegang dan masih kekal dipipi nya

" Jom lah makan .. Zarra dah masak untuk abang tau " ajak Zarra , lengan Ariel ditarik-tariknya menyuruh lelaki itu bangun

" Sekejap lah sayang .. abang penat " kata Ariel dengan suara seraknya

Zarra menggeleng kepala sahaja sebelum dia mengusap pula rambut Ariel , lembutnya ! Macam kapas

" You like my hair huh ? " tanya Ariel tiba-tiba

" Suka ! Lembut , macam kapas " makin kuat dia mengusap rambut Ariel

" Sayang .. sakitlah rambut abang " tangan Zarra dirambutnya dia pegang sebelum dikucup lembut

" Wani tu ada lagi ke ? " tanya Ariel

" Ada je dekat meja makan tu " kata Zarra , awal-awal lagi Wani sudah duduk disitu

" Ugh sibuk betul perempua tu " Ariel menutup matanya semula , baik aku tidur balik

Zarra mengerut dahi

" Abang tak suka dia eh " tanya Zarra semula

" Tak suka , sibuk je nak rapat-rapat dengan abang " jujur Ariel memberitahu Zarra

Zarra tersenyum nipis

" Dahlah tak payahlah layan dia .. jomlah makan " ajak Zarra lagi

" Yelah-yelah "

.

Ariel dan Zarra turun ke dapur bersama , mereka berpegang tangan sambil turun kebawah , Wani yang melihat sudah panas hati , menyampah lah aku

" Hah turun pun .. mari makan semua " Nek Mah turut duduk

Ariel menarik kerusi disebelahnya untuk Zarra , Zarra duduk sebelum Ariel duduk disebelahnya , nasib baik Nek Mah yang duduk berhadapan Ariel bukan Wani

Selepas membaca doa Zarra berdiri sebelum dia mencedok nasi untuk Ariel dan mengambil lauk yang Ariel mahu

" Sayang masak yang mana ? " tanya Ariel

" Tu , ikan sambal tu Zarra masak " kata Zarra

" Abang nak tu " ikan sambal itu Ariel tunjuk , apa yang isteri dia masak dia mahu makan

Zarra senyum sebelum ikan sambal itu diambil dan diletak ke dalam pinggan Ariel , Zarra juga mengambil nasi dan lauk untuk dirinya sebelum turut duduk

Mereka mula menjamah makanan mereka , Wani hanya menayangkan wajah masamnya , tidak puas hati dengan Zarra yang selalu bernasib baik dari dirinya , ugh perempuan ni tak layak !

" Tawar lah ikan ni , apa benda tah yang kau masak " Wani menayangkan wajah berkerut , tanda seperti ikan itu betul-betul tawar , namun sebenarnya ikan itu sedap sahaja

Zarra yang mendengar sudah risau , alamak , habis Ariel yang makan ni diam je ?

" Abang .. tak sedap ke ? " Zarra bertanya perlahan kepada Ariel disebelahnya

" Sedap je sayang , cukup rasa , sumpah sedap " kata Ariel agak kuat , biar Wani dengar

Zarra terus senyum , janji Ariel kata sedap dia sudah gembira

" Apa yang tawarnya Wani ? Nek Mah rasa sedap je " Nek Mah pula mula bersuara

Wani sudah terdiam sebelum laju dia makan makanannya , ish  !

Ariel tersenyum sinis kepada Wani , tak malu betul gadis dihadapannya ini

The Chosen OneΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα