Bab 4

471 27 0
                                    

Zarra sekarang hanya duduk didalam
Bilik tidurnya , dia sudah mula rasa segan untuk turun kebawah apa tah lagi adik Ariel itu tidak sukakan kehadirannya disitu

Tuk ! Tuk !

" Zarra , mama panggil makan " Ariel memanggil gadis itu dari luar

Sejak dari kejadian itu Zarra sudah jarang bercakap dengannya , dia sendiri tidak tahu kenapa , namun dia rasa tidak suka apabila gadis itu tidak berbual dengannya

Eh ?

" Nanti saya turun .. " hanya itu yang Zarra balas

Ariel pun malas mahu tunggu lama disitu dia turun dahulu kebawah , selepas 5 minit barulah Zarra turun kebawah , dia baru sahaja turun , Arya sudah menjeling dirinya , itu membuatkan dia menunduk

" Nak makan kena panggil , dia ingat dia mem besar agaknya " baru sahaja dia mahu duduk dikerusi itu namun Arya sudah memarahi dirinya

" Arya , behave yourself " tegur Ariel disebelah adiknya

Arya hanya menayangkan wajah menyampah sebelum kembali menyuapkan nasi kedalam mulutnya

Zarra duduk sebelum dia hanya berdiam , dia memang akan selalu segan apabila mahu makan bersama mereka

Ariel yang sudah tahu itu , terus dia mengambil pinggan Zarra sebelum nasi putih didalam mangkuk itu dicedok kedalam pinggan Zarra itu

" Cukup ? " tanya Ariel , Zarra hanya mengangguk sahaja

" Kau nak lauk apa ? " Zarra hanya memandang lauk dihadapannya

" Mana-mana pun boleh .. " perlahan nada suaranya menjawab

Ariel mengambil ayam masak merah itu sebelum diletakkan kedalam pinggan Zarra , terus pinggan itu diberi kepada Zarra semula , air yang disediakan pun diberi kepada Zarra sebelum dia duduk semula

" Eh perempuan , kau takde tangan ke sampai semua abang aku kena ambikkan ? " geram pula melihat abangnya yang begitu baik dengan gadis itu

" Apa masalah kau ni ? Depan rezeki pun nak cari gaduh ke ? " Ariel bersuara lagi

" Apa ? Betullah , perempuan ni mengada-ngada lebih , patutlah kena halau rumah , menyusah- "

" Enough Arya ! " kuat suara Malik menegur anak perempuannya yang berkelakuan begitu

" Arya sudahlah .. makan jelah makanan kamu tu " kini Puan Maria pula menegur anaknya

" Hmph , malas lah nak makan , tengok muka dia ni pun takde selera " pinggan Arya ditolak kasar kedepan sebelum dia berdiri dari duduknya dan terus naik ke atas

Tubir mata Zarra sudah terasa berair , namun dia cuba mengawal nafasnya agar tidak terlalu mengikut emosi , Ariel yang melihat Zarra hanya menunduk itu mula tidak senang duduk , Malik dan Maria juga sudah risau melihat wajah mendung Zarra

" Zarra .. jangan ambik hati ya , Arya memang macamtu " Puan Maria mengusap lembut belakang badan Zarra menenangkan gadis itu

Zarra hanya tersenyum nipis sahaja sebelum makanannya mula dijamah

.

Zarra duduk diluar di buaian yang disangkut di dahan pokok besar dibelakang rumah yang mempunyai mini garden itu , sungguh terasa tenang disitu , hilang semua masalah yang difikirkan

" Buat apa dekat sini " teguran suara garau itu membuatkan Zarra menoleh sedikit sebelum melihat Ariel mendekati dirinya

" Takde apa pun .. " perlahan suara Zarra menjawab

" Kenapa .. "

Zarra memandang Ariel disebelahnya , kenapa ?

" Kenapa kau macam .. jauhkan diri dari aku "

The Chosen OneTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang