Bab 54 ( end )

670 27 9
                                    

3 hari kemudian ..

Zarra melihat kertas yang terletak elok di atas meja soleknya itu . Kertas yang bewarna merah itu diambil sebelum lipatan kertas itu dibuka dan isi di dalamnya dibaca

See you tonight wife .. pakai dress yang abang  sediakan , love you <3

Zarra tersenyum sebelum kertas itu diletakkan semula di atas meja itu . Bunga mawar yang berada di atas meja itu diangkat sebelum dihidu , wangi sungguh .

Zarra bergerak ke almari sebelum dibuka , Zarra ternampak satu dress yang bewarna biru cair itu . Cantiknya ! Sungguh dia sukakan dress ini , sangat kena dengan citarasa dia . Pandai betul suami dia pilihkan

Jam di dinding dilihat , 5.30 p.m . Dia perlu ke satu tempat pada pukul 8 malam yang seperti Ariel beritahunya . Dan katanya lagi Shah yang akan menjemputnya nanti

Jadi sekarang lebih baik dia siapkan apa yang patut dia buat

.

Zarra mengemaskan lilitkan tudungg shawlnya yang bewarna putih . Minyak wangi dicapai sebelum disembur di tudung dan pergelangan tangannya

Dress bewarna birunya dilihat . Cantik ! Dia suka sangat dengan dress ini dan kena dengan dia . Jam dilihat lagi 7.30 p.m

Beg tangannya di capai sebelum dia meletakkan sesuatu di dalam beg tangannya dan terus Zarra keluar daripada biliknya sebelum duduk di sofa menunggu Shah

Tok ! Tok ! Tok !

Zarra berdiri sebelum dia menuju ke hdapan pintu dan membuka pintu , Shah elok senyum nipis kepadanya . Zarra senyum juga sebelum dia keluar daripada rumahnya dan mengunci pintu terlebih dahulu dan mengikuti Shah

" Puan .. Boss mintak Puan pakai ni sebelum sampai nanti " satu kain untuk menutup mata Shah beri kepada Zarra

Zarra mengambilnya sebelum mengangguk sahaja . Pintu kereta bahagian belakang dibuka sebelum dia masuk ke dalam . Shah juga masuk di belah pemandu sebelum dia memandu pergi ke satu tempat yang dijanjikan Ariel

.

" Puan .. pakai penutup mata tu " Zarra yang mendengar itu terus mengambil kain itu sebelum diletakkan di matanta dan diikat kebelakang

Zarra dapat rasa yang kereta itu sudah berhenti namun dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang

Pintu sebelah kanannya kedengaran seperti terbuka , Zarra menoleh ke sebelah kanan wakaupun dia tidak nampak apa-apa .

" Sayang " mendengar suara Ariel itu membuatkan dia senyum sendiri

" Come " tangan Zarra dicapai oleh Ariel sebelum dia keluar perlahan-lahan daripada kereta itu

" Abang .. kita nak pergi mana ni ? " tanya Zarra namun Ariel tidak menjawab sebaliknya tersenyum sahaja

Ariel berhenti daripada melangkah dan begitu juga Zarra . Kain yang menutup mata Zarra Ariel membuka ikatan itu sebelum Zarra perlahan-lahan membuka matanya .

Membulat mata Zarra melihat apa yang berada di hadapannya . Meja yang beralas kain putih dan bunga-bunga yang disusun dari bawah hingga ke atas menunjukkan bentuk hati dibelakang meja itu , lampu yang berada di kiri dan kanan bunga itu

Zarra menekup mulutnya sendiri sebelum matanya beralih ke arah kiri .. piano ?

" Jom " tangan Zarra di tarik mengikutnya sebelum Zarra duduk di kerusi yang sudah tersedia di tepi piano itu

Ariel mengambil tempat di kerusi hadapan piano itu sebelum dia memandang Zarra sekilas

Jarinya mula bergerak dan menari di atas keyboard piano itu sebelum alunan piano itu mula kedengaran di telinga Zarra

Zarra mendengar teliti alunan piano itu sebelum menangkap melodi lagunya iaitu ..

Lagu Perfect !

I found a love .. for me

Zarra terus tersenyum mendengar suara Ariel mula bernyanyi , suaminya ada bakat rupanya

I found a girl .. beautiful and sweet

Serentak itu Ariel memandang Zarra dengan pandangan lembutnya sebelum mengenyitkan sebelah matanya kepada Zarra . Zarra terus tersenyum sehingga menampakkan giginya . Ariel terpukau melihat senyuman penuh Zarra .. cantiknya !

Nyanyian Ariel tetap diteruskan dengan bermain piano itu ..

I have faith in what I see ..
Now I know I have met an angel .. in person
She looks perfect tonight..

Zarra terasa matanya mula panas semula .. terharu sungguh dia dengan Ariel yang lakukan macam-macam untuk membuatkan dirinya tersenyum . Tak sedar air matanya mengalir di pipinya

Ariel yang melihat memghentikan nyanyiannya sebelum dia berjalan mendekati Zarra . Air mata Zarra diseka lembut menggunakan ibu jarinya sebelum dia duduk di sebelah Zarra

" Main lah lagi " Zarra tergelak kecil sebelum menyeka air matanya sendiri . Tu pun nak nangis aku ni

" Tutup mata " arah Ariel

Zarra menutup matanya .. terasa sesuatu yang melingkar di lehernta walaupun dia bertudung masih dapat rasa seperti rantai yang berada di lehernya

Zarra membuka mata sebelum rantai di lehernya dilihat

AZ

Huruf yang berada di hujungg rantai itu .. Zarra senyum .. Ariel & Zarra

Zarra terus memusingkan badannya sebelum memeluk Ariel dengan erat . Banyak sungguh suaminya lakukan untuknya demi membuatkan dia gembira

Ariel tersenyum sebelum dia membalas pelukan Zarra . Kepala Zarra diusap lembut .. Zarra meleraikan pelukan mereka sebelum memandang suaminya

Ariel melabuhkan ciuman di dahi Zarra lama .. menyalurkan rasa sayang dan cintanya kepada Zarra

" Happy birthday sayang abang .. " ucap Ariel lembut

Zarra senyum lagi .. Ariel ingat rupanya .. pagi tadi dia tanya Ariel diam sahaja rupanya mahu membuat kejutan

" Zarra ada hadiah " Ariel mengerut dahi . Ni hari jadi Zarra tapi Zarra yang bagi hadiah ?

Zarra mengeluarkan satu kotak kecil sebelum diberi kepada Ariel . Ariel menyambutnya sebelum membuka penutup kotak itu . Satu alat itu dibawa keluar sebelum dilihat

" Sayang .. " mata Ariel pula yang berkaca sebelum dia menarik Zarra kedalam pelukannya semula

Zarra senyum lebar sebelum dia membalas pelukan suaminya dan menggosok perlahan belakang badan Ariel

Ya .. dia mengandung !

" Sayang betul ke ni ? " tanya Ariel dengan nada suara seraknya

Zarra hanya mengangguk sebagai jawapan dengan senyuman lebar menghiasi bibirnya

Ariel turut tersenyum sebelum alat pregnancy test itu dilihat lagi .. dia akan jadi bapa ..

" Terima kasih abang .. sebab hadir dalam hidup Zarra .. Zarra tak pernah sangka Zarra akan dapat suami penyayang macam abang .. Zarra sayang abang tau " luah Zarra

" Thank you sayang .. Zarra buatkan hari-hari abang tambah bahagia lepas Zarra muncul dalam hidup abang .. abang beruntung dapat Zarra .. abang sayangkan Zarra .. sepenuh hati abang " dahi Zarra dicium lagi sebelum menarik Zarra rapat ke arahnya

Zarra tersenyum bahagia sebelum memeluk pinggang Ariel .. terima kasih untuk semuanya Ariel Qriss

Dan terima kasih kerana hadir dalam hidup Ariel Qriss .. Zarra Riena .. you're the chosen one .. wanita yang terpilih untuk mendapat cinta dan sayang seorang Ariel Qriss





TAMAT

The Chosen OneWhere stories live. Discover now