PROLOG

269 24 16
                                    

Aku menaip sesuatu pada komputer riba. Malam itu cuaca agak dingin, maka aku tidak mahu keluar rumah walaupun ramai rakan sekelas aku mengajak keluar untuk menyambut hari tahun baru. Ibu dan ayah sudah lama keluar rumah bagi menunaikan tuntutan kerja. Kerap juga aku memberi alasan kepada kawan-kawan bahawa ibu dan ayah tidak suka aku keluar rumah pada malam tahun baru. Kerana sering kali gejala sosial tidak berfaedah berlaku pada malam tahun baru. Ibu dan ayah sangat tegas dalam menjaga pergaulan kami adik beradik. Makin menambah kekhuatiran kami mereka tinggal di negara Lance, negara kapitalisme yang diterajui oleh orang bukan Islam. Aktiviti minum minuman keras, dan pemabuk di tepi jalan sudah terbiasa berlaku di sekitar kejiranan itu, tambahan pula malam tahun baru.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tingkap bilik aku seakan dibaling dengan sesuatu yang keras dari luar. Aku mengerutkan dahi, memberanikan diri untuk membuka tingkap.

Sap! Seketul batu meluncur masuk ke dalam biliknya seketika dia membuka tingkap bilik luas. Mujur aku sempat mengelak.

Aku memandang ke bawah rumah. Seorang lelaki berkulit cerah, bermata sepet dengan senyuman manis tersengih kepada aku.

"Aniq!" Aku menjerit kecil melihat adik kembarnya di luar rumah pada malam hari sedangkan cuaca agak sejuk malam itu. "Kau buat apa dekat luar? Ibu tak bagi kau keluar rumah kan?"

Aniq menunjukkan gitar di belakangnya, kemudian sengihnya menyeringai. "Nak busking, malam tahun baru selalunya banyak dapat duit."

"Aniq, balik. Kau tahu ibu dan abah tak suka kau pergi busking dekat tengah bandar!" Aku menjerit lagi.

"Tahu, sebab itu aku bagi tahu kau. Kau kan selalu cover aku." Dia tersengih lagi, melangkah semakin menjauhi rumah banglo dua tingkat yang mereka diami.

"Aniq! Sekejap lagi ibu dengan abah balik!" Aku geram dengan perangai adik aku yang selalu menyusahkan orang.

"Itu masalah akak, bukan masalah Aniq lagi." Aniq melambaikan tangan dari belakang sebelum bergerak masuk ke dalam hutan. Itu merupakan jalan pintas untuk ke arah bandar.

Aku menepuk dahi. Seperti biasa, aku terpaksa menutup kegiatan tidak bermoral adik kembar aku yang nakal. Sering kali aku yang selalu dimarahi ibu dan abah sekiranya Aniq keluar rumah. Aku dituduh tidak mampu menjaga adik dengan baik sedangkan Aniq itu dah besar, dan boleh jaga diri dia sendiri. Sudah puas mulut aku berleter tapi adik aku itu langsung tidak makan saman. Kalau ibu dan abah marah Aniq seorang tidak perlu lah aku perlu menyusahkan diri untuk menutup kesalahan Aniq.

Aku memanjat keluar dari bilik melalui tingkap tersebut, kemudian bergerak ke bilik Aniq yang terletak bersebelahan dengan bilik aku. Bilik Aniq diceroboh masuk melalui tingkap, kemudian aku berguling masuk seperti ninja. Pintu bilik Aniq dituju kemudian dikunci dari dalam. Setiap kali Aniq lari dari rumah, aku akan melakukan hal yang sama, iaitu mengunci bilik Aniq dari dalam, membuka suis pemanas bilik, kemudian menghidupkan radio yang mendendangkan lagu pop. Cara tersebut berkesan untuk menampakkan seolah-olah Aniq berada dalam bilik ketika ibu dan ayah pulang ke rumah sebentar nanti.

Aniq biasanya akan pulang pukul 2 pagi, kemudian bersarapan bersama keluarga seperti tiada apa yang berlaku. Dia itu ada saja idea nakal dia yang menyebabkan aku terpalit sama jatuh dalam masalah yang Aniq buat. Tapi kebelakangan ini, katanya Aniq tidak mahu diganggu kerana ingin melakukan perkara yang dia minat, iaitu mencipta lagu.

Aku berjalan ke meja Aniq, bersepah dengan kertas bergumpal dari atas meja sehingga ke lantai. Itu semua kertas yang tertulis lirik dan not muzik. Barangkali itu karyanya yang tidak berjaya diterbitkan jadi sebuah lagu. Aku hanya menggeleng kepala. Kami mungkin kembar yang mempunya wajah yang sama, tapi minat kami sungguh berbeza.

I'M LOSTΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα