BAB 5: You Betray Me

54 7 17
                                    

Aithusa: Guys, I join Software Angine Prodigy

Dragonlord: Wow, goodluck. I'm looking forward to seeing your proposal and your system.

Leon: Goodluck!!!

Lancelot: You've got this girl/boy/they/it..?

Aku tergelak dengan kata-kata Lancelot. Apabila kami tidak tahu jantina masing-masing, beginilah jadinya.

Aithusa: You guys don't join the competition?

Dragonlord: No, I'll just supporting you by watching your presentation livestream worldwide

Arthur: Meh, I don't need to join the competition to prove that I am Arthur The Great.

Leon: Booo Arthur!

Gwaine: So, when is your turn?

Aithusa: Guess it. I'm gonna rock the whole world with my system, you guys will know.

Gwaine: Okay, good luck btw.

Aithusa: A little bit nervous. The whole world is going to see my system. I'm afraid my system is the worst. The whole world is gonna see I'm stupid.

Dragonlord: Hey, chin up. You will be fine. You've got this.

Aithusa: Thanks, my knights of the round table.

Aku sudah bersedia di belakang pentas menunggu giliran untuk membentangkan sistem. Giliran Amer telah pun berlalu semalam di sebelah pagi kerana dia mendapat nombor yang terawal. Aku tidak melihat pembentangan peserta yang lain, sebab aku takut aku lemah semangat bila aku nampak sistem atau perisian mereka lebih hebat. Aku hanya perlu fokus pada pembentangan dan sistem aku sahaja supaya minda aku tidak terganggu.

"Peserta nombor 100, dah boleh masuk ke pentas." Kru S.A itu memberitahu.

Aku mengangguk, melangkah keluar ke tengah pentas. Dewan itu penuh dengan manusia dari pelbagai negara. Tiga juri termasuk Tuan Ezra Rinamoto duduk di barisan paling depan. Dia langsung tidak memandang aku dan sibuk mencatat sesuatu pada kertas. Aku juga perasan Raid Rinamoto berada di tingkat atas dewan menunggu aku berbicara. Terlalu ramai mata yang menikam aku dari pelbagai arah, terlalu ramai orang hebat di dalam dewan ini buat aku sesak nafas.

Ini merupakan salah satu sebab aku tidak mahu menonton pembentangan orang lain.

Aku menggelengkan kepala di saat perhatian penonton kepada aku sedikit sebanyak mengganggu aku. Mikrofon yang tersangkut pada baju aku, diangkat.

"Sebelum saya mulakan pembentangan, saya ada satu soalan, siapa di sini yang masih memakai kad kredit, kad debit untuk melakukan pembayaran secara paywave?" Aku cuba menarik perhatian penonton di dalam dewan.

Aku menghela nafas di saat aku nampak penonton mula bekerjasama mengangkat tangan mereka. "Good, soalan kedua, saya nak tahu siapa di sini yang ada masalah terlupa password bila nak keluarkan duit dari ATM? Tertinggal kad, atau pernah mengalami masalah kad debit atau kad kredit dicuri?" Aku mengangkat kening. "Atau risau kad debit dicuri?"

Hampir kesemua penonton mengangkat tangan. Aku perasan para juri langsung tidak mengambil perhatian dengan apa yang aku cakap atau mengambil peluang untuk berinteraksi dengan aku. Mereka langsung tidak mengangkat tangan seperti penonton lain. Juri sibuk berbisik-bisik antara satu sama lain, mereka memandang semua benda kecuali muka aku.

"Good, now I create demand." Aku tersengih dan rata-rata penonton tertawa dengan pernyataan aku. "Ladies and gentleman, I'm Amalia Wong and I'm here to solve your problem with my Fingerprint-based Pay System."

I'M LOSTWhere stories live. Discover now