BAB 22: Humiliating in Public (part 2)

58 9 8
                                    

Di hujung dek kapal, Amer hanya memandang Amalia daripada jauh dengan senyuman penuh makna. Ketika dia di atas pentas tadi, dia sudah nampak kelibat Amalia sedang cuba melarikan diri.

"Macam mana pengalaman kerja dekat S.A?" Tuan Pascal bertanya anaknya santai. Dia juga merehatkan tangannya pada penghadang kapal di situ.

"S.A is a great company." Amer mengangguk. "Kalau kita nak capai apa yang S.A capai, kita kena ambil budaya dia, sistem dia, teknologi, dan pemikiran dia." Jawabnya dengan senyuman penuh makna.

"Apa cadangan Amer?" Tanya Tuan Pascal. Dia lebih suka dengar pendapat anak keduanya, kerana Amer lebih kreatif, dan pakar dalam strategi. Amer juga bijak dalam memanipulasi situasi. Amer persis dirinya tapi dalam versi yang muda. Tidak seperti anak sulungnya, Addien yang hanya tahu menurut perintah.

"Is that Amalia Wong?" Amer mengisyaratkan mata ke arah seorang pekerja yang bergaun hitam yang sedang mencedok makanan di meja bufet.

"Ya, dia pekerja baru." Tuan Pascal mengangguk dengan muka yang langsung tidak kagum. "Addien pujuk ayah suruh naikkan gaji dia."

"Keep her." Tegas Amer lagi. Senyumannya terukir penuh makna. "Ayah tak kenal siapa Amalia. Dia pelajar sekuliah Amer, dapat dekan setiap sem, tokoh pelajar. Dia kerja dekat syarikat ayah, sebab dia takut dengan dunia luar. Sebab dia rasa diri dia si gagal dan hanya layak berada di bawah." Tawa kecilnya tersembur. "Orang pandai yang tak tahu nilai diri dia, akan kerja membangunkan empayar orang lain, bukan empayar sendiri."

"Kalau kita nak sistem macam S.A, ayah kena ada orang macam Amalia. Amalia itu memang tak ada latar belakang kerja business admin atau accounting, tapi Amalia budak IT. Dia akan bina sistem yang automate untuk memudahkan kerja dia. Dia result oriented, dia akan guna kepakaran dia, untuk capai matlamat dia. Ayah cuma perlu tanamkan matlamat kita dalam kepala otak dia. Lepas Amalia dah bina sistem itu, ayah boleh pecat Bianca dengan Nana. Dia orang cuma penjilat yang tak tahu buat kerja. Jimat kos."

Tuan Pascal merenung Amalia penuh peluang.

"Ayah tawarkan dia gaji berapa?" Tanya Amer lagi.

"2200. Sebab ayah suruh dia masuk program kerajaan. Jadi ayah tinggal tambah 200 sahaja supaya Amalia nampak gaji macam naik." Selamba Tuan Pascal

"Tambah lagi 400. Supaya Amalia nampak effort ayah nak dia stay." Cadang Amer. "Amalia itu naif. Mudah tersentuh dengan effort yang sedikit. Kita senang gunakan orang macam dia. Mana lagi jimat? Simpan Bianca dengan Nana yang tua, lepas itu buta IT, tapi ayah bayar dia hanya disebabkan dia kerja lama, tak ada disiplin, buat kerja lambat, lepas itu selalu MC, sakit, esok lusa mereka mati.

Atau Amalia, yang muda, kompetitif, produktif, dan boleh kendalikan banyak kerja, tapi ayah cuma bayar dia 2600 sahaja. Dan dalam masa yang sama Amalia sumbang sistem yang boleh automate sampai bila-bila untuk jana pendapatan syarikat kita, tanpa kita perlu buat apa-apa. Dan kalau Amalia berhenti kerja pun, sistem itu kita punya. Sebab sistem itu dibuat di dalam syarikat kita." Keningnya terangkat penuh makna.

Tuan Pascal meletakkan jemarinya pada dagu, gaya berfikir.

Amer tersenyum jahat. "Jadikan Amalia hamba kita selamanya. Kalau kita tak mampu nak kalahkan orang berbakat, letak dia di bawah kita, supaya dia kerja untuk kita, bukan untuk diri dia." Dia berbisik perlahan.

"Menarik, Addien boleh pujuk Amalia. Ayah nampak dia suka sangat dekat Amalia sampai asyik-asyik sebut nama Amalia dekat rumah." Tuan Pascal mengangguk-angguk. Matanya sudah nampak peluang keemasan.

"Tapi, jangan bagitahu Addien rancangan kita. Cuma cakap yang ayah naikkan gaji Amalia, kalau Amalia sambung kontrak. Mesti Addien gembira. Addien itu, uselessly kind." Selamba dia mengutuk abang sulungnya.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now