Bab 31 : Australia, Off We Go!

75 8 15
                                    

Aku memakai pelitup muka berwarna hitam untuk menutup separuh wajah aku. Hoodie dinaikkan di atas kepala. Semenjak kaki aku menjejak di tanah Melbourne, aku rasa curiga dengan semua orang. Setiap mata yang memandang aku, aku akan syak dia Dragonlord, atau konco Dragonlord. Aku minta tolong Dragonlord, tapi jejaka itu terlalu mencurigakan sampai aku terfikir berapa luas dan banyak kabel dia ada? Sampai boleh guna Ella International Singer untuk babitkan Aniq dalam menarik aku supaya mengikut rancangannya.

Aku takut. Aku takut aku percaya pada orang yang salah sekali lagi. Aku sedar bahawa aku ini mudah terpengaruh orangnya. Aku percayakan Amer, seterusnya aku dikhianati, aku percaya pada Addien, dan akhirnya aku dimanipulasi dengan intonasi suaranya yang lembut. Aku percaya yang Bianca akan berubah, dan dia betul-betul ikhlas nak aku bekerja lama di syarikat itu, kemudian dia tekan aku secara mental, supaya aku berhenti dengan sendiri.

Guilt trip, gaslight, manipulation, betrayal, backstab, I've tasted them all. Now, I wonder, what kind of mental manipulation will I have to face if I trust Dragonlord?

Betul ke semua yang aku lalui ini menjadikan mental lebih kuat, lebih berpengalaman membaca manusia, atau cuma menjadikan aku lebih trauma untuk mempercayai manusia.

"Kak, jom." Aniq menarik aku supaya masuk ke dalam kereta yang telah tersedia di luar hotel Crown Towers Melbourne. Aku hanya menurut langkah Aniq.

"Can we go now, sir?" Tanya pemandu kereta itu.

"Yes." Aniq hanya membalas ringkas, kemudian tersenyum. Kereta perlahan-lahan bergerak keluar dari kawasan hotel.

"Kita nak pergi majlis kahwin itu dulu ke?" Tanya aku perlahan.

"Haah," Aniq menjawab. "Nanti dah sampai sana, jangan pakai hoodie dengan mask itu. Ini majlis formal. Kita kena hormat majlis orang. Dia jemput kita dari jauh, sponsor hotel dengan kereta kita, siap pemandu."

"Aku malu pakai gaun ini." Aku menarik zip hoodie aku ke atas, menutup gaun berwarna Lilac yang tersarung pada tubuh.

"Kau pakai tutup aurat kan? Nak malu buat apa? Ish kau ini." Aniq bengang dengan aku. "Kalau nak jalan dengan aku, jangan malu. Kalau akak rasa diri tak cantik, akak kena ingat, Aniq ini handsome, dan akak kena bangga kita kembar. Akak kutuk diri akak, maksudnya akak kutuk Aniq."

Aku menjulingkan mata. Menyampah. Entah dari mana dia dapat semua keyakinan itu.

Kereta pacuan empat roda itu bergerak masuk ke kawasan perbukitan. Aku merenung ke luar tingkap. Pokok-pokok hijau yang tinggi dan rendang, menaungi kereta yang kami naiki. Tangan kanan menekan butang untuk menurunkan tingkap kereta di sisi aku. Udara di sekeliling kami dingin dan segar di setiap selekoh yang diambil.

Mata terpejam rapat merasai ciuman dingin angin yang menyentuh wajah aku. Hidung aku mengamati lagi bau udara yang segar itu. Ini bau air laut masin. Mata lantas terbuka. Aku memandang ke sebelah kanan, dan ternyata benar sangkaan aku. Ada laut biru terbentang luas di hadapan mata. Mata aku mengikuti jalan yang akan kami lalui, ia menuju ke rumah agam di atas bukit yang hampir ditutup dengan kabus yang tebal. Rumah agam tersebut betul-betul terletak di bahagian tebing. Ada ombak yang menggila menghempas di bawah tebing itu, membuatkan rumah agam itu sangat misteri dan gah dalam masa yang sama.

Aku menghela nafas takjub. Terasa diri ini berada dalam filem. Dalam hidup aku, ada beberapa perkara yang aneh yang aku harap aku dapat pengalaman merasainya. Dan antaranya, dapat pergi ke rumah agam berhantu yang ada kisah tragis dan sadis, seperti movie The Haunted Mansion (2003), Dark Shadows, Dracula, Casper. Tolonglah, aku perlukan pengembaraan kisah fantasi berlaku dalam hidup aku, daripada pengembaraan kisah dikhianati.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now