Bab 26: I resign (part 2)

55 10 9
                                    

"Akak nak Aniq teman naik atas ke?" Aniq memarkirkan kereta di hadapan bangunan Pascal, bahagian ruang menunggu. Sudah lima kali Aniq bertanya soalan yang sama.

Dia mungkin risau, kerana semalam aku telefon dia suruh ambil aku di rumah sewa sebab aku dah berhenti kerja secara mengejut. Aku suruh dia merahsiakan perkara ini daripada ibu dan ayah. Entahlah, aku cuma nak selesaikan masalah aku satu per satu. Perkara akan jadi berserabut apabila semuanya mendesak mahukan penjelasan kepada persoalan, 'kenapa berhenti kerja?'

Aku penat! Kalau boleh aku nak rekod suara aku, kemudian tekan butang ulang semula setiap kali orang tanya aku soalan itu.

Satu ofis berkomplot mahu menjatuhkan aku, sebab dia percaya fitnah yang Bianca sebarkan, dan jadikan aku spotlight setiap kali aku buat salah, untuk menunjukkan yang aku benar-benar jahat. Aku patah hati sebab Addien tak mempertahankan aku, dan dia toksik, dipenuhi toksik positiviti. Aku tidak tahu bagaimana mahu terangkan toksik tersebut, kerana tiada sesiapa yang akan percaya perbuatan itu keluar dari mulut lelaki yang lemah lembut tutur bicaranya.

Soft spoken yet manipulative.

"Tak apa, nanti kalau ada apa-apa akak panggil." Aku tersenyum kelat. "Akak naik sekejap aje."

Pintu pejabat itu sudah terbuka luas seolah-olah membenarkan aku masuk. Aku sudah memaklumkan kepada Kak Nana bahawa aku akan datang pada waktu petang hari ini, satu jam sebelum waktu kerja tamat. Aku tahu dia yang membuka pintu, sebab Addien telah menukar password pejabat.

Takut benar dia sekiranya aku mahu mencuri barang pejabat seolah-olah aku ini berperangai seperti dia. Lelaki ini takut dengan bayang-bayang sendiri. Sebagaimana dia aniaya orang, dia fikir orang lain pun berperangai begitu gamaknya.

Aku menapak masuk ke dalam pejabat. Semua orang di kala ini sedang duduk di meja masing-masing dengan wajah yang serius. Suasana pejabat sungguh senyap, dingin seolah-olah ada sesuatu telah berlaku sebelum aku datang ke sini.

Bukankah mereka sepatutnya bahagia aku akan pergi? Memang ini yang mereka mahukan. Mereka bagi tekanan dekat aku, supaya aku berhenti kerja dengan rela hati, bos selamat duit dia, dan semua orang sepatutnya bahagia lepas halau aku keluar.

Aku bergerak ke meja Kak Nana. "Hai Kak Nana." Aku tersenyum walaupun tiada semangat pada senyuman itu. Kak Nana mengangkat wajahnya dan aku lihat matanya sembab, berkaca-kaca.

"Kak Nana okey?" Saja aku bertanya, sekadar ingin berbahasa basi. Bukankah dia juga turut mengumpat aku, kenapa dia harus menangis? "Saya nak ambil barang saya sekejap."

Aku perasan Addien duduk di meja kosong sebelah Kak Rahimah, tetapi wajahnya serius dan langsung tidak memandang aku. Aku hanya mengabaikannya.

"Pergi ambil." Dia mengekori aku ke meja aku. "Ambil barang Amalia dalam laci sekali."

Aku tahu dia sedar, aku mahu meninggalkan barang-barang yang syarikat bagi di dalam laci. Kalau boleh aku tidak mahu mengambil sebarang kenangan dari syarikat ini. Walaupun sekadar buku nota, pen atau lanyard milik syarikat. Ia sudah cukup menyakitkan hati aku.

Aku hanya mengangguk kemudian memasukkan barang-barang aku ke dalam kotak.

"Amalia," Addien bangun dari duduknya. "Are you feeling better now?" Dia tersenyum kelat.

I think I just heard a thrash speak.

Sekarang baru kau nak tanya. Aku hampir menjulingkan mata aku di hadapannya. Aku mesti bertindak profesional. "Not really." Aku dah janji aku tak akan buat perangai tantrum macam Bianca.

"Do you need my help to carry your stuff?" Tanya Addien lagi. Ada riak serba salah terpamer di wajahnya.

Aku menggelengkan kepala. "It's okay, I can handle this." Selama ini aku perlukan pertolongan kau untuk berjuang untuk aku, kau dekat mana? Bila aku nak berhenti kerja baru nak tolong. Dah terlambat semua itu, Addien.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now