BAB 12: Love Bombing

55 8 4
                                    

"Akak tak rasa ke yang officemate akak tengah love bombing akak?" Tegur Aniq. Dahinya berkerut dan matanya bertukar serius. Tiada lagi gurauan nakalnya.

Sudah hampir 3 bulan aku bekerja. Setiap minggu aku akan menelefon Aniq untuk menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Sepanjang aku bercerita, aku nampak yang dia seakan tidak bahagia aku menerima semua layanan itu. Aku tidak menafikan bahawa apa yang berlaku pada aku seakan tiba-tiba, dan terlalu bagus untuk jadi benar.

Aku bagitahu Aniq yang Addien selalu menghantar aku pulang ke rumah dengan keretanya. Dan Kak Nana selalu membelikan aku makan tengahari. Dan Addien pula sering membawa buah tangan untuk aku setiap kali dia pulang dari luar negara. Dan yang peliknya, orang lain tak dapat apa yang aku dapat. Pekerja lain dapat juga ole-ole, tapi ole-ole aku seakan ada penambahan.

Keluhan aku terlepas dan serentak itu bahu aku mengendur, seolah-olah semangat dan keterujaan aku telah hilang. Aku memegang topi yang Addien beli di luar negara. Aku teruja bukan kerana topi itu, tapi kerana topi itu daripada Addien.

"Kalau mereka tak love bombing pun, mungkin mereka cuma nak buat baik atas dasar rakan sepejabat dan bukan sebab dia suka akak pun. Dia cuma buat baik dengan akak sebab sekarang syarikat mereka sedang kekurangan staf dan mereka perlukan khidmat bantuan akak. Mungkin dengan layanan baik itu, akan membuatkan akak terlupa yang sebenarnya akak tak dibayar dengan gaji yang bermaruah untuk kemahiran yang akak ada." Tambah Aniq lagi.

"Aniq," Aku menarik nafas dalam, menghentikannya. "I'm an overthinker, I saw that coming." Perlahan aku mengatakan. "And because of that I get anxious every time." Aku tersenyum kelat. "Akak tahu semua ini terlalu bagus untuk jadi betul, akak tahu mereka buat baik bersebab. Dan sebab itu, akak buat tak tahu, because I just want to enjoy this before it lasts. Just let me enjoy this. Sepanjang hidup akak, tak pernah ada orang layan akak macam ni. Salah ke kalau akak nak rasa semua benda ini sebelum ia berakhir dan akak mulakan semula kehidupan akak yang biasa-biasa."

Kali ini Aniq pula terdiam, mengeluh. "I know but don't get too close to them too much. Remember, you're doing something outside of your job's scope. Suddenly you're a digital marketer, promoter, admin, designer, human resource manager. They give you the power within your job scope, but when you want to use the power, they say you're only a junior and can't make a decision." Aniq menggelengkan kepala. "They are using you too much, and then guilt trip you by saying we're family, this is so-called-teamwork, or this is for experience because you're new to the industry." Jelas rahang Aniq kelihatan, menunjukkan yang dia sedang marah. Matanya pula daripada tadi tajam dan mengecil. Marahnya meluap-luap mendengar cerita kakaknya.

"But they give me food." Aku tersengih.

"Your parents also give you food-lah!" Tempelak Aniq. "Tak ada pula akak nak buat kerja bermati-matian mengemas rumah. 22 tahun kau hidup tak pernah lapar, tiap-tiap hari ibu ayah bagi makanan, kadang-kadang sampai 4 kali sehari. Orang luar bagi kau makanan sekali-kala, bukan tiap-tiap hari, kau boleh buat kerja macam orang gila."

Aku mengecilkan mata, bengang dengan Aniq.

"Free food is not a bonus!" Jerit Aniq lagi.

"But Addien always treats me kindly." Aku tidak berpuas hati. "I think he likes me."

"Dulu pun Amer macam itu. Tapi yang baik itulah yang tikam belakang kau."

Aku terus terdiam. "Yalah, aku tak rapat sangat pun." 


****

557 words.  

meh, silalah komen yang murni. 

I'M LOSTWhere stories live. Discover now