BAB 33: I Want it, I got it

58 9 1
                                    

Aku sudah agak. Aku akan menerima tindak balas negatif daripada negara sendiri. Kata mereka, aku dapat biasiswa pendidikan daripada negara Lance, tapi bila kerja pergi memajukan negara lain, hanya kerana aku melancarkan sistem aku di Australia di bawah syarikat NexGen.

S.A tak nak aku?

Baik, aku pergi cari syarikat lain.

Fikir aku tidak ada maruah ke nak terhegeh-hegeh dekat syarikat yang dah buang aku, dan tak percayakan aku. Begitulah Lance, bila aku berjaya di negara lain, baru terhegeh-hegeh nak mengaku bahawa aku warganegara Lance.

Sangatlah tiba-tiba. Dahulu bukan main mereka mengata aku konon mencuri hasil kerja orang lain, tiba-tiba mahu mengaku bangga bahawa aku rakyat negara Lance.

Ada juga yang memberi komen bahawa aku lancarkan sistem hasil curi daripada Amer. Arif siap menyiasat siapa pengguna akaun tersebut. Dan kami dapat tahu bahawa pengguna akaun tersebut ialah Amer. Tak tahu malu betul Amer ini.

Aku hanya mengabaikan semua komen tersebut. Aku meletakkan telefon pintar di dalam beg. Laptop dibuka semula. Seperti yang Arif cakap, sistem aku merupakan tapak asas untuk mencipta satu sistem cap jari yang menyatukan semua sistem yang ada dalam negara. Arif masih lagi dalam bilik mesyuarat berbincang dengan pegawai kerajaan. Katanya ada perkara dalam kontrak yang perlu dipinda supaya ia adil untuk aku, syarikat NexGen, dan juga rakyat Australia sekiranya sistem ini benar-benar akan dilaksanakan.

Pintu di bilik permainan pekerja itu dibuka dari luar. Arif mencekak pinggangnya melihat aku yang duduk di situ dengan muka toya. "Dekat sini rupanya kau. Kenapa tak buat kerja dengan tim kau dekat bilik perbincangan?"

Aku tersengih. "Saja, tukar angin." Aku menutup laptop yang terbuka tadi. "Macam mana perbincangan tadi? Kontrak dah tandatangan?"

Arif menghela nafas. "Aku ada benda nak cakap dengan kau." Dia menarik kerusi di hadapan aku. "Wakil S.A berhubung dengan CEO syarikat NexGen, dia nak beli sistem kita dengan harga 1 juta Lance. He wants to own the system, and the system that we're gonna make based on the first system. As the creator of the system, you have the founder's rights to give your opinion."

"Pfft!" Aku tergelak sinis. "1 juta Lance tu sikit kau tahu tak?"

"Yeah, but your country's currency is 5 times higher than Australia."

"No, I won't." Aku menggeleng kepala. "I won't let S.A have control over my system again. If S.A wants the system, I can tolerate S.A doing the licensing." Aku bangun dari kerusi bergerak ke papan putih yang tersedia di situ.

"NexGen will get more if we do the licensing." Aku melukis sesuatu pada papan putih di situ. "If you sell the system, you only get a one-time payment." Aku melukis bulatan kemudian melukis lagi satu bulatan. Kemudian membuat anak panah menunjukkan jualan diberikan kepada satu pengguna.

"But if we do licensing, we will get paid every time people use it. We will reach more people, more companies, more institutions that need our system." Aku melukis bulatan dengan anak panah bercabang.

"I believe our system will go big. The fact that S.A wants our system, means our system has the potential to go big. Everyone knows Dayyan is a filthy-wealthy-gold digger. He won't invest in something useless. I don't know if he wants the system only to feed his ego, because losing the ownership right to a small company like NexGen." Aku tersenyum meleret. "But that's the point, now that everyone knows Dayyan is after our system, the demand for our system increased."

"It also means our system has high demand, or significant market potential and it may generate higher revenues in the future." Arif mengangguk faham.

"Sekarang kita macam pisang goreng panas dekat pasar malam. Semua orang berebut nak kita. Sebab orang besar macam Dayyan nak sistem kita. Kita dapat free marketing. Dayyan actually improves our economy." Serentak kami berdua mengangguk kemudian tersenyum penuh makna.

"S.A is a large company with extensive distribution networks and marketing capabilities that may be willing to pay higher royalty for access to our system." Aku mengangkat bahu. "Kita akan dapat lebih dari 1 juta kalau buat licensing."

"Kau tahu banyak benda pasal S.A." Arif tergelak kecil.

"S.A is my dream company. Aku dah siasat syarikat tu sejak umur aku 17 tahun." Aku tersenyum bangga.


*****

686 words. Komenlahhh sebagai tanda supportt hshshsh.  

I'M LOSTWhere stories live. Discover now