BAB 13: Ask The Right Person

45 8 4
                                    

Aku diminta untuk menguruskan aturcara untuk pekerja yang baru masuk. Setiap pekerja diminta untuk menghadiri ceramah soft skill yang diadakan selama seminggu sebelum bekerja. Aku hanya mengawasi program itu di bahagian belakang dewan yang bertempat di tingkat satu pejabat.

"Amalia, dulu dekat universiti, Amalia ada belajar bahasa isyarat?" Tanya Addien teruja. Pertanyaan dia secara tiba-tiba menghentikan pekerjaan aku menaip tugasan aku pada komputer.

Aku hanya mengangkat kepala daripada memandang skrin laptop, memandangnya. "Macam mana Addien tahu?"

"Saya baca resume Amalia hari itu. Tiba-tiba teringat."

Penceramah di hadapan sedang memberikan ceramah tentang topik terpilih untuk hari ini. Kami berdua di belakang cuma mengawasi mereka dari belakang. Sepatutnya ini kerja aku mengawasi mereka dari belakang, sambil buat kerja rutin yang aku perlu buat. Tetapi Addien mahu mengawasi bersama aku, walaupun aku sudah kata aku boleh buat kerja tersebut bersendirian.

"Amalia?" Addien menegur aku lagi.

"Oh," Aku tersedar dari lamunan. "Pernah belajar kemahiran berbahasa isyarat ketika di universiti dahulu. Kelas kemahiran wajib ambil." Perlahan aku menjawab pertanyaan Addien.

Aku tidak mahu mengecilkan hatinya kerana dia orang atasan aku. Dalam masa yang sama aku rasa bersalah kerana bercakap ketika penceramah di hadapan sedang memberi ucapan dan aku berbual di belakang. Walaupun aku berada di belakang dewan, jauh dari peserta yang lain. Kebarangkalian suara kami tidak dapat didengari itu sangat tinggi. Harapnya perbualan kecil kami ini tidak mengganggu.

"Menariknya, ajarlah Addien. Eja nama Addien." Addien tersenyum, dia juga bercakap dengan nada yang perlahan.

"Sure, why not." Aku tersengih secara mengangkat tangan kanan aku. Aku menggenggam tangan kanan jadi penumbuk dengan ibu jari dikeluarkan. "A."

Dengan tangan yang sama, aku membuka tangan aku. Kemudian, menyatukan jari hantu, jari manis dan jari kelingking pada ibu jari, membiarkan jari telunjuk tegak berdiri, membentuk huruf "D". Bentuk tersebut aku tunjuk dua kali kerana namanya ada dua 'D'.

Aku genggam semula tangan aku, kemudian mengeluarkan jari kelingking. "I". Kali ini kesemua jari aku bengkokkan separa, membentuk huruf "E", sebut aku perlahan. "Akhir sekali huruf N." Aku membentuk tangan jadi penumbuk, sebelum ibu jari diselit di antara jari hantu dan jari manis.

Addien mengikut gaya tangan aku satu per satu. "Macam mana kalau nak cakap, saya sayang mama saya?" Dia tersenyum. "Nak buat dekat mama."

Aku membalas senyumannya. Aku mengaku dia agak comel untuk lelaki yang hampir mencecah 30 an, dan dengan jujurnya mengungkapkan yang dia sayang mak dia.

"Kalau nak cakap 'saya', boleh tunjuk dekat diri sendiri, atau letak sahaja tangan dekat dada. Orang pekak dan bisu faham itu menunjukkan pada diri sendiri."

"Sayang." Kedua belah tangan aku menggenggam jadi penumbuk kemudian aku silangkan pada dada. "Buat macam Wakanda."

Aku membuka tangan kanan aku, kemudian meletakkan ibu jari pada dagu. Jari yang lain tersusun rapi menghala ke atas. "Mama."

Addien mengikut satu persatu gerakan aku. "Addien selalu nampak orang buat macam ni. Maksudnya apa? Lain ke?" Dia menurunkan jari hantu dan jari manis, membentuk bahasa isyarat ringkas, 'I love You.' Dia menunjukkan tanda tersebut kepada aku.

Aku terkesima seketika sebelum aku mengangguk. "I love you." Serentak itu mata kami bertembung, mengeluarkan satu perasaan aneh.

Kali ini Addien pula terdiam, memandang aku dengan mata yang bulat. "Hah?" Dia merapatkan kepalanya kepada aku, barangkali salah dengar.

Aku juga terpinga-pinga menyangka Addien tidak dapat mendengar dengan baik kerana aku berbisik perlahan. "I love you." Bisik aku agak keras.

Dia membulatkan matanya kemudian menyengetkan kepala seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Aku perasan telinganya memerah.

Kenapa dengan lelaki ini? Aku tak faham apa yang berlaku sebenarnya. Betul lah aku cakap, maksud bahasa isyarat itu, 'I Love You.' Tak akan aku bagi maklumat salah? Aku belajar bahasa isyarat 2 tahun ketika di universiti. Ada sijil lagi.

"Addien tak salah dengar kan?" Tanya Addien sekali lagi.

Lelaki ini memang pekak ke? Sebab itu beria belajar bahasa isyarat.

"Betullah, I love you!" Aku meninggikan suara aku bagi dia dengar. Kebetulan pada ketika itu, satu dewan sedang senyap, dan suara aku bergema di dalam dewan. Serentak mereka yang di hadapan terus memusingkan kepala memandang kami berdua di belakang.

Aku membulatkan mata menyedari perkara yang berlaku. Aku dan Addien saling berpandangan sebelum serentak kami keluar dari pintu belakang dewan pada arah bertentangan. Addien keluar ikut pintu kiri, manakala aku keluar ikut pintu belakang sebelah kanan.

Aku tersandar pada dinding luar dewan, kemudian menghempuk muka sendiri berkali-kali. "Kenapa aku suka memalukan diri aku sendiri? Sekarang semua orang ingat aku ada crush dekat Addien." Kepala diketuk berkali-kali.


****

729 words. 

Saja letak words dekat akhir bab sebab aku nak tahu bab mana yang melampau banyak hahahaha.  

I'M LOSTWhere stories live. Discover now