BAB 30 : The plan

54 7 7
                                    

Aku melakar diagram di atas dinding lutsinar bilik aku, memaparkan perancangan yang aku akan buat sebentar lagi. Aku tahu ini tidak mudah, tapi aku harus buat dan dapatkan hak aku semula. Aku mahu bermula semula di titik aku melarikan diri. Aku mahu menyelesaikan ujian ini satu persatu-satu. Masalah mula berlaku di saat aku melarikan diri dari industri kerana Amer.

Objektif utama aku, untuk dapatkan semula sistem aku yang dicuri oleh Amer.

Aniq ada memberitahu aku, semua penyelesaian sebenarnya sudah berada dalam otak aku. Aku cuma perlu melihat dan mencari dalam keadaan yang tenang. Aku perlu mencampak keluar semua perkara yang tidak penting, dan fokus pada perkara yang penting.

Aku duduk di kerusi meja komputer, kemudian menarik rapat pada meja. Tangan diregangkan. Sekali lagi, aku menyelam ke dalam laman web gelap ke dasar yang dipenuhi rahsia sulit.

Aithusa: Dragonlord, I need help. I don't know who to ask. I'm too ashamed to ask the Knights of the Round Table, because this problem is kind of personal. That group is supposed to help people in need, I feel it is wrong to use the platform to solve my personal problem.

Dragonlord tidak membalas. Agak lama juga aku tunggu. Aku terus menurunkan tetingkap komputer. Aku faham bukan semua orang hidupnya 24 jam di hadapan komputer. Berjuang di laman web gelap merupakan kerja sambilan semata. Dragonlord pasti ada tugas hakikinya.

Dalam lautan manusia, aku memilih untuk meminta pertolongan daripada orang asing yang aku tidak pernah melihat mukanya. Jika ditanya mengapa, sebab orang asing tak judgemental. Mereka tak tahu latar belakang aku, muka aku, perangai aku dekat rumah, semuanya akan jadi mudah bila dengan orang asing.

Aku menyandarkan tubuh pada kerusi gaming. Kepala tengadah pada siling bilik. Kaki menolak meja sehingga kerusi beroda itu bergerak menjauhi meja, kemudian aku berpusing-pusing di atasnya.

Ting!

Bunyi notifikasi keluar dari komputer aku. Aku terus membuka laman web itu.

Dragonlord: What do you need?

Tanpa kiasan dia bertanya. Dragonlord orangnya begitu, straight to the point.

Aithusa: My system has been stolen and I want it back. Help me.

Dragonlord: Who stole it? What kind of system?

Aku menarik nafas. Aku harap dia percayakan aku. Laju jari jemari aku berlari menceritakan semuanya kepada dia.

Dragonlord: The solution is simple but I need your full effort. If you can follow my instructions... The system is yours. I can only give you advice, but you have to work it out all by yourself. If the system is really yours, I know you will fight for it.

Aithusa: I do anything as long as it does not contradict with my belief.

Dragonlord: You said the system has flaws but it is still working and you don't know how, because that night when you did it, it just works and you don't investigate how. Only the creator knows where the flaw is. First step, I want you to find that flaw, and fix it. After you find the flaw, text me back.

Dragonlord terus offline.

Aku terkedu. Wow. His or her vibe is something else. Aku tergelak.

'Saya faham Dragonlord. Saya menurut perintah'. Betapa mudahnya berinteraksi dengan Dragonlord. Dia terus bagi aku langkah demi langkah. Ini yang aku mahu.

Siapa entah yang kata perempuan hanya mahu pendengar tapi tak nak penyelesaian. Aku mahu penyelesaian yang efektif! Aku mahu dibantu!

Malam itu, aku menulis semula kod aku pada komputer, menyemak satu per satu untuk mencari kesalahan yang aku buat. Selang 20 minit aku akan buat lompat bintang untuk menyegarkan mata. Aku tidak boleh minum kopi kerana aku ada gastrik dan anxiety.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now