BAB 15: When It Rain

42 6 0
                                    

Hari ini sahaja aku sudah lima kali menguap. Semua ini gara-gara misi yang dijalankan semalam. Makin aku tiada mood, apabila aku senggugut agak teruk hari ini. Tapi aku paksakan diri datang ke pejabat. Mujur hari ini hari jumaat, besok aku sudah boleh berehat seperti biasa.

Aku perasan juga, pagi tadi ketika aku sampai ke pejabat, aku dapat dengar Kak Nana dan Bianca berbisik-bisik antara satu sama lain di pantri. Aku hanya mengabaikan mereka, kemudian membuat kerja rutin aku. Semua pekerja lelaki tiada di pejabat hari ini kerana mereka pergi ke limbungan kapal untuk menguruskan kapal yang baru sampai dari Korea. Addien tidak pula memberikan aku apa-apa arahan sebelum dia pergi. Maka, aku agak hari ini aku tiada kerja sangat.

Data dari dalam fail dimasukkan ke dalam Microsoft Excel. Seketika ada perkara yang aku tidak jelas, aku berhenti daripada memasukkan data. Nanti tersalah masuk data, aku pula yang salah. Aku ingin bertanya Kak Nana tetapi Kak Nana tiada di tempat duduknya.

Kak Nana seringkali tiada di tempat duduknya jika bos tiada di pejabat. Seperti hari ini, Tuan James dan pekerja lelaki yang lain keluar dari pejabat kerana ada mesyuarat di luar, maka dia akan bergosip di bilik Bianca. Tuan Pascal pula memang selalunya tiada di pejabat. Seringkali aku dengar Kak Nana merungut tentang pekerja yang tiada disiplin. Tapi siapa yang perlu disalahkan jika Kak Nana juga berperangai begitu.

Tempoh hari Kak Nana buka pejabat pada pukul 10 pagi, mentang-mentang bos tiada, dan Addien pergi outstation. Pekerja lelaki yang lain pula pergi ke limbungan kapal. Aku diamkan sahaja, kerana dia senior, walaupun aku disidai satu jam juga di hadapan pintu pejabat. Bianca selalunya akan menguruskan hal di bank, dan datang kerja pada waktu petang. Sebulan bos tiada, seminggu jugalah Kak Nana datang lambat. Kemudian dia juga selalu keluar ketika waktu pejabat, dan meninggalkan aku menjaga pejabat seorang diri. Aku faham sahaja dia sudah ada anak dan perlu menguruskan anak di rumah.

Aku bangkit dari tempat duduk aku, pergi ke pejabat Bianca. Dari jauh lagi aku sudah dengar suara dua orang manusia terkekek-kekek bergosip tentang artis curang.

Pintu bilik Bianca yang tidak ditutup aku ketuk. Kedua manusia itu mengalihkan mukanya ke arah aku. "Sorry ganggu." Aku tersenyum. "Kak Nana saya tak faham kerja yang Kak Nana bagi ni. Data ini nak masukkan column tahun berapa?" Aku menunjukkan fail di tangan.

"Amalia tengok dekat hujung kertas tu, ada tulis tahun berapa." Beritahu Kak Nana.

Aku mengangguk. "Dah." Nampaknya betul sudah apa yang aku buat tadi.

Kak Nana mengangkat kening. "Dah siap dah?"

"Dah. Kak Nana ada apa-apa nak saya buat lagi ke?" Aku sudah kata aku ini produktif dan kreatif. Bekerja mengikut jam tak sesuai untuk aku. Kalau aku siap kerja cepat, orang akan ingat aku tak ada kerja. Kalau aku buat kerja lambat, aku cepat bosan.

"Kalau dah, letak aje fail itu dalam almari. Nanti Kak Nana tengok." Balas Kak Nana lagi.

"Okey," Aku mengangguk.

"Amalia kalau tak ada kerja, jomlah borak sini." Bianca menyuruh aku masuk ke dalam biliknya, kerana daripada tadi aku hanya berdiri di hadapan pintu bilik. "Amalia tahu tak kes artis popular Lance yang curang tu? Tyler Mackenzie? Kita orang tengah cakap pasal dialah ni."

Kepala aku lantas menggeleng. Aku tahu kisah itu kerana tak sengaja terbaca muka depan surat khabar di internet, tapi aku tak berminat nak ambil tahu pasal dosa orang lain. Aku kurang berkenan dengan orang yang sikit-sikit nak spill the tea di internet. Jaja cerita buruk orang dekat internet. Macam orang tak ada kelas dan tak bermaruah.

Kalau betul orang yang dituduh itu bersalah, pergi buat laporan polis. Kalau semata mahu jaja cerita buruk orang itu namanya publisiti murahan. Dia hanya mahu orang kasihankan dia, tapi dia tak mahu pun masalah itu diselesaikan. Tidak habis-habis play victim, bukti tuduhan itu benar atau tidak, langsung tiada. Dan kesemua pengikutnya akan percaya bulat-bulat walaupun tiada bukti. Tahniah, ramai pengikut, ramai juga yang tarik anda ke neraka.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now