BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka

50 10 6
                                    

Stadium Negara Lance, yang terletak di tengah bandar Lionel itu megah dengan hiasan lampu berwarna biru. Di pentas empat segi di tengah stadium, terpancar Hologram Anugerah Vokal Virtuoso, atau dikenali sebagai V.V Award terpancar di pentas empat segi dengan pentas runway lebih kurang 50 meter di tengah stadium itu, seakan tulisan yang terapung.

Tidak cukup dengan itu, hologram itu terpancar ke langit malam, di dada angkasa yang tidak bercahaya, memeriahkan lagi hari V.V Award untuk kali yang ke 30.

Di luar stadium juga terdapat hologram yang dipancarkan oleh drone di angkasa memperlihatkan momen epik tersebut kepada rakyat yang tidak dapat masuk ke dalam stadium gara-gara terlampau padat.

Rancangan realiti V.V Award itu juga disiarkan secara langsung di televisyen negara, memberikan kesempatan bagi jutaan penonton di seluruh negara untuk menyaksikan kehebatan persembahan penyanyi berbakat malam ini.

Lampu sorot menyinari panggung yang besar di tengah stadium. Tyler Mackenzie dan Jennie, dua pengacara yang petah bersuara mengalu-alukan penonton di stadium, menaikkan lagi suasana yang megah itu.

"Anda sekarang sedang menyaksikan Vocal Virtuoso Award yang bersiaran langsung dari Stadium Negara Lance, ditaja khas oleh S.A Group, syarikat kebanggaan negara kita!" Serentak kedua pengacara itu melantunkan suara mereka untuk menambah sensasi dan kehangatan persembahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Stadium yang sudah riuh itu semakin riuh dengan sorakan penonton dari semua arah.

"Untuk julung kalinya, S.A membuat gimik pelancaran teknologi terbaru mereka, dengan dron yang memancarkan hologram 4 Dimensi, membolehkan penonton di stadium menikmati persembahan dengan lebih berimpak." Tyler Mackenzie, selebriti terkenal yang hangat diperkatakan kerana gosip baru-baru ini, lantang bersuara di atas pentas. Rakyat Lance kurang budaya cancel. Kalau berbakat dan ada muka kacak, biasanya orang awam akan tutup mata dengan hal privasi artis itu. Melainkan artis itu buat jenayah, baru rakyat boikot habis-habisan.

"V.V Award juga ditaja oleh Ella Beauty, produk kecantikan nombor satu di Lance! Nak Pretty? Pergilah Ella Beauty!" Semangat Tyler dan Jennie menjerit slogan Ella Beauty.

Di saat kedua pengacara itu menayangkan hadiah bakal pemenang di atas pentas, ada manusia yang yang tidak cukup nafas di bawah pentas.

Aman yang berada di bawah pentas semakin gugup mendengar ngauman suara penonton. Bergegar lantai yang dipijak di kala ini gara-gara suara yang dilantunkan terlampau kuat. Sudahlah dia penyanyi pertama. Sebagai penyanyi pertama, debaran dan tekanan yang dihadapi sangat tinggi. Ekspektasi manusia sudah tinggi kerana persembahan itu merupakan pembuka acara. Dia perlu mengekalkan sorakan dan semangat penonton yang sedia ada, supaya penonton tidak kecewa di persembahan pertama.

Jika persembahan pertama sudah teruk, pasti dia akan teruk dibandingkan dengan penyanyi berikut. Tambah pula, penyanyi seterusnya merupakan penyanyi veteran dengan kemahiran nyanyian yang sangat mantap. Dia risau dia akan menghancurkan semangat semua orang dengan jadi penyanyi pertama. Bukan dia yang mahu jadi penyanyi pertama, tapi kerana nombor giliran yang dicabut merupakan nombor pertama.

"Aman, kau okay?" Aku memanggil Aniq dengan nama samarannya. Kerana dia sudah sedia bertopeng putih, menutupi separuh mukanya. Aniq memang tidak gemar privasinya dicerobohi, oleh itu dia membuat nama samaran, dan identiti baru dengan jadi penyanyi bertopeng putih.

Aman menoleh ke belakang, memandang aku yang tersenyum. "Weihhh." Jeritan panik Aman terlepas. "Semangat betul penonton malam ini. Aku risau aku hancurkan mood semua orang dengan jadi penyanyi pertama."

"Kau jangan risaulah." Aku menepuk bahu Aman. "Apa yang penting, kau enjoy pertandingan ini. Buat ini macam konsert kau. Jangan risau kalah atau menang, tapi cuma buat yang terbaik, dan jangan lupa enjoy." Senyuman semangat aku terkoyak. Aku tidak mahu beri tekanan pada Aman.

Lagu Aman sentiasa berada dalam carta 5 ke atas selama 6 bulan berturut-turut semenjak dia keluarkan album terbaru awal tahun tempoh hari. Itu merupakan satu pencapaian yang hebat bagi penyanyi yang baru berdebut tahun lepas. Biasanya penyanyi baru mengambil masa paling kurang 3 tahun untuk dia mendaftar masuk ke dalam Vocal Virtuoso Award. Itu baru peringkat pendaftaran, belum bertanding. Tapi Aman luar biasa bakatnya sehingga mampu bertahan ke final, dan dua lagunya dapat bertanding di pentas akhir V.V Award.

Aman juga tidak sangka dapat bertanding satu pentas dengan penyanyi veteran negara yang hampir setiap tahun menang V.V Award. Mujur sahaja Ella International Singer tidak pulang ke tanah air, dan turut bertanding. Kurang sedikit saingan Aman.

"Okey, kita tarik nafas sama-sama." Aku mengajaknya menarik nafas bersama aku. "Tarik nafas 4 saat, tahan 4 saat, lepaskan nafas 4 saat." Dalam kiraan 4, kami menarik nafas bersama-sama.

"Okay, now give your chant." Aku mengangguk di saat Aman menggeleng tidak mahu.

Aman mengeluh menyerah kalah melihat muka aku yang beria. "I'm great, I'm proud of myself, this is my concert. I'll enjoy my concert. And they are my fans. Everybody loves me."

"Good boy!" Aku menepuk tangan aku seperti kanak-kanak kecil.

Aman melambaikan tangannya kepada aku di saat dia sudah bergerak ke lif di bawah pentas. Lif tersebut membawanya naik ke atas pentas untuk gimik kemunculan yang gah nanti.

Aku mendoakan ketenangan Aman di atas pentas nanti. Semoga adik aku dapat menyampaikan nyanyiannya dengan baik. Lagu pertama dia agak catchy. Tapi lagu kedua Aman meruntun kalbu, dan akan dipersembahkan akhir sekali sebagai penutup acara. Aku juga tidak tahu kenapa lagu Aman gilirannya awal dan akhir. Sudah takdir.

*

Ya, benar...

Sudah takdir... yang Aman menang.

"Juara keseluruhan Vocal Virtuoso Award, jatuh kepada Aman dengan lagunya berjudul 'The Wings That You Clip!" Serentak dua pengacara itu melantunkan vokalnya pada pembesar suara.

"Dengan 27 juta undian atas talian dari rakyat negara Lance, bermakna 80 peratus rakyat Lance berjaya dipukau dengan persembahan Aman tadi." Tyler membaca fakta yang tertulis di Ipad miliknya. "Dan untuk pengetahuan semua, tidak pernah berlaku dalam sejarah, lagu kedua Aman yang berjudul Rose and The King, mendapat undian kurang 2 peratus daripada lagu pertamanya, menjadikan Aman pemenang persembahan terbaik malam ini."

Aku tersenyum. Malam itu Aman menang besar. Dia mendapat anugerah lirik lagu paling puitis, vokal lelaki terbaik, persembahan keseluruhan terbaik, dan lagu tahunan terbaik. Selepas ini ada anugerah lain, dan aku yakin dia akan mendapat julukan Artist of The Year dalam tahun yang sama.

Stadium itu bergegar sekali lagi dengan lagu yang dicipta Aman sebagai persembahan untuk pemenang. Ibu dan ayah di sebelah aku masih lagi semangat melambai glow stick, sambil menyanyi lagu anak kebanggaan mereka malam itu

Ting! Telefon pintar aku berbunyi menandakan notifikasi masuk. Aku yang berada di tempat VVIP untuk penonton terus membuka telefon pintar aku dalam keadaan suasana yang hingar bingar. Aku membaca e-mel yang aku dapat. Mata aku terbuka luas membaca tulisan di skrin.

Aku tidak menyangka. Aku juga menang.

Syarikat NexGen, yang merupakan syarikat saingan S.A ingin membeli aplikasi yang aku buat dengan harga 100 ribu Dolar Australia. Ia merupakan syarikat luar negara yang bertapak di Australia. Tempoh hari aku ada memasuki pertandingan mencipta aplikasi yang dianjurkan syarikat itu, kemudian menghantar aplikasi Workers Lit yang sudah dinaiktaraf, dan namanya juga aku sudah ubah kepada WorkEase.

Aplikasi yang aku buat secara main-main ketika aku tiada kerja Sabtu dan Ahad, ada yang berminat ingin beli dengan harga yang tinggi?

Sedangkan sistem yang aku bertungkus lumus buat macam nak gila, aku tak dapat pun habuannya... kerana dicuri.

Benarlah. Kita dapat rezeki bukan kerana usaha keras kita, tapi kerana Allah yang izinkan nak bagi. Mungkin selama ini aku tak dapat apa yang aku nak, sebab aku terlalu yakin bahawa usaha aku mengatasi segala-galanya. Dalam otak sentiasa berfikir, 'aku dah usaha, mesti aku dapat'. Tapi bila aku tak dapat, aku rasa macam semuanya telah musnah, kerana aku terlalu bergantung pada usaha. Sedangkan apa yang ada di atas muka bumi ini bukan milik aku pun.

Aku tertawa kecil. Aku jahil. Rezeki yang aku dapat hari ini, buat aku bahagia dan sentap dalam masa yang sama. Teguran ringkas dan padat daripada Allah. 

*****

1252 words

I'M LOSTWhere stories live. Discover now