BAB 1: Chasing That Dream

133 13 37
                                    

Tangan aku berlari di atas papan kekunci. Tiga skrin besar di hadapan aku dipandang silih berganti. Baru pukul 3 pagi tadi aku terjumpa kesalahan yang aku buat, punca sistem aku gagal. Aku baru betulkan koding sistem semula. Butang enter ditekan untuk menguji keberkesanannya.

Sambil menunggu sistem diproses lagi beberapa peratus, aku sempat masuk ke dalam bilik air untuk memberus gigi, dan membasuh muka. Nak mandi pun tak sempat kerana jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Aku harus sampai ke universiti sebelum pukul 9 untuk mengambil kad kemasukan bagi hackathon, majlis pengekodan sekaligus menyertai pertandingan Software Angine's Prodigy (S.A.P) yang hanya akan diadakan setiap 2 tahun sekali. Hackathon merupakan pesta koding yang mengumpulkan jurutera perisian dari seluruh dunia untuk menaik taraf perisian dan teknologi. Tetapi tahun ini agak berbeza kerana pesta hackathon itu dianjurkan di negara Lance oleh Syarikat Software Angine atau nama pendeknya S.A.

Syarikat S.A menganjurkan pertandingan Software Angine's Prodigy. Biar aku ulang, prodigi dalam bahasa mudah bermaksud genius. Bagi graduan perisian komputer yang terlibat dan berjaya melepasi saringan ketika hackathon, graduan tersebut akan diangkat menjadi prodigy di syarikat teknologi yang paling terkemuka itu. Duit elaun dan manfaat yang diberikan kepada Prodigy S.A merupakan yang paling banyak di dunia. Tidak cukup dengan itu, prodigi juga berpeluang melancarkan sistem mereka di bawah syarikat tersebut, dan dapat nasihat profesional secara langsung oleh Tuan Ezra Rinamoto, salah seorang pengasas S.A.

Pakar perisian dari serata dunia akan berkumpul di hackathon, dan akan membentangkan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang terbaru dari serata dunia. Bekerjasama dengan Syarikat S.A, bagai batu loncatan untuk semua graduan dalam bidang IT untuk terbang lebih tinggi lagi. Aku tidak sabar untuk menghadiri hackathon yang akan diadakan 2 hari sahaja lagi.

"Kak, ibu suruh makan." Aniq, adik kembar aku, bersandar di jenang pintu, sambil menggigit buah epal. Muka Aniq nampak sangat tidak mandi dan berserabai. Barangkali dia juga tidak tidur semalaman kerana sibuk mencipta lirik untuk lagu terbarunya.

"Okey." Aku hanya mengangguk sambil mengemas barang-barang, lalu dimasukkan ke dalam beg sandang.

"Aku ada buat lagu baru tau." Adik aku berbunyi lagi. "Nak dengar tak? Mengisahkan kakak yang suka terperap dalam bilik, buat koding." Aniq mencebik bila aku tidak mengendahkan dia. Melihat aku yang sibuk ke hulu ke hilir, mencari barang yang perlu dimasukkan ke dalam beg.

Sudah sebulan aku duduk dalam bilik tidak keluar demi menyiapkan ujian kemasukan untuk menyertai pertandingan Software Angine's Prodigy. Kami harus mencipta perisian asas, prototaip secara individu dan membentangkan ketika hackathon nanti. Jika perisian kami menarik perhatian para juri dan mereka nampak potensi dalam perisian tersebut, Syarikat S.A akan menaja kami dari segi kewangan dan pakar dari syarikat mereka sendiri sepanjang pembuatan untuk menaik taraf sehingga perisian tersebut berjaya dilancarkan.

Pernah satu ketika ada seorang pelajar hanya menyiapkan perisian tersebut separuh jalan, dan hanya membentangkan UI sahaja, tetapi tetap diterima oleh Syarikat S.A kerana Tuan Ezra berkenan dengan perisian tersebut. Jadi sebenarnya, bergantung pada jasa baik Tuan Ezra juga.

Di Lance, kepakaran sahaja tidak cukup. Kau juga harus bertuah, kalau tidak bertuah, harus ada kabel. Kalau tidak ada kabel, perlu ada duit. Dan kalau kau tiada semua itu, sekurang-kurangnya usaha kau harus mengalahkan usaha orang lain.

"Aku dah lambat nak pergi universiti ini, kau jangan kacau aku." Rimas aku dengan Aniq. Bukan mahu menolong aku mencari telefon pintar.

"Bukan kau dah habis final exam ke hari itu? Tinggal tunggu hari graduasi aje. Kenapa kau pergi universiti balik?"

"Sebab nak ambil kad kemasukan untuk S.A. Syarikat itu bagi fakulti untuk memudahkan pelajar ambil." Jawab aku laju.

Aniq hanya tersengih di muka pintu. Pasti dia terhibur melihat aku. "Aku banggalah dengan kau. Kakak aku yang dulu penakut sekarang dah berani kejar cita-cita dia."

I'M LOSTHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin