BAB 28 : A Silent Genocide

74 10 13
                                    

Aku bangkit dari tidur di saat mendengar telefon pintar aku berbunyi. Mata aku hanya terbuka kecil, mengambil telefon pintar di meja kecil di tepi katil. Sekali imbas aku memandang jam loceng di meja itu yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Rumah itu senyap, kerana ibu dan ayah sudah pergi ke restoran di bandar untuk berniaga. Aniq pula dari semalam tidak pulang, tidur di kondo miliknya di bandar Lionel, Katanya ingin fokus menyiapkan album terbarunya. Aku bersendirian di rumah, dan aku sudah terbiasa begitu.

"Hello." Jawab aku mamai.

"Kau baru bangun tidur ke kak?" Suara Aniq kedengaran di hujung talian. "Bertuah betul anak dara ini bangun pukul 11 pagi. Dah solat subuh ke belum?" Dia dah mula berleter macam mak-mak.

"Aku dah dua hari tak tidur, siap tahajud sekali. Kau apa tahu?" Aku berdecit geram. "Nak apa?"

"Akak, buku nota dengan pendrive Aniq tertinggal dalam laci bilik Aniq. Tolong hantarkan dekat kondo Aniq boleh?" Suaranya bertukar lembut tiba-tiba, dan aku tahu dia sedang tersenyum sekarang ini.

"Upahlah orang suruh ambil dekat rumah. Kau kan ada duit." Malas aku nak bergerak dari katil.

"Akak, dalam buku dengan pendrive tu ada lagu baru Aniq. Aniq tak percaya orang lain. Kalau dia ciplak lagu Aniq macam mana?" Gusar dia kedengaran.

"Aniq, kau tahu kan aku tak suka keluar rumah?" Aku mengeluh berat. Semenjak dua menjak ini aku rasa hilang keyakinan diri untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Dalam kepala aku asyik teringat-ingat benda yang memalukan dalam hidup aku. Rasa malu dan bersalah menjadi-jadi, walaupun aku tak tahu apa yang aku malukan. Mungkin aku malu dan bersalah terhadap diri sendiri, dan fikir semua orang nampak dan tahu perkara memalukan yang aku buat dalam hidup.

Kejadian ditengking, disindir, diburukkan dan dimalukan di khalayak ramai masih buat aku rasa trauma nak keluar dari rumah. Pandangan Addien ketika itu... seolah-olah dia meluat dan benci dengan aku. Aku seakan dapat dengar Addien menuduh aku sebagai 'self pity' setiap kali aku menangis. Bianca tak guna. Sebab buat aku macam ini. Aku tak bersalah, tapi kenapa kata-kata dia yang negatif itu seolah ditanam dalam kepala otak aku.

Paling teruk bila kejadian itu, menggali semula kisah-kisah silam yang seakan sama di mana aku ditengking di hadapan khalayak ramai ketika aku membuat kesalahan kecil. Dan semua kejadian itu dikumpul seperti real life case study dan circumstantial evidence sebagai bukti untuk menyokong dan membenarkan bahawa aku memang tak berguna dan selayaknya dimalukan. Dan seolah apa yang mereka cakap tentang aku itu benar belaka.

Ya, dua hari aku tak tidur sebab setiap kali aku tertidur aku akan terjaga pukul 3 pagi, tanpa sebab yang munasabah. Dan bila aku tanya doktor psikiatri, dia kata itu memang salah satu tanda-tanda anxiety.

"Akak, boleh tak?" Aniq seakan memujuk. "Aniq memang perlukan buku nota dengan pendrive tu. Petang ni kita orang nak rekod lagu itu."

Aku terdiam lama.

"Akak, nanti Aniq belanja makan."

"Aniq, kau tahu aku tak ada nafsu makan sekarang ini."

"Akak nak apa?" Tanya Aniq terus tanpa perlu berkias.

"Nak mati."

"Akak!" Aniq menjerit di hujung talian. "Janganlah cakap macam tu!"

"Aku tahu dosalah." Aku menjawab malas. "But I keep telling God that I don't mind if he wants to take my life early."

Aniq mengeluh berat. "Sekali je, tolonglah keluar rumah. Kau duduk dalam bilik memang macam-macam bisikan datang. Tolonglah, keluar rumah untuk Aniq. Hantarkan buku dengan pendrive." Pujuknya sekali lagi.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now