BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

138 21 35
                                    

Di saat aku telah keluar dari kesulitan hidup, aku akan selalu teringat keluarga aku, orang-orang yang selalu menyokong dan percayakan aku. Sudah tentu aku membalas jasa mereka setelah aku berjaya. Aku besarkan restoran ayah, buka cawangan baru, buat francais. Aku belanja kawan-kawan 'hiking' aku makan... tapi ada satu lagi manusia yang aku belum sempat berterima kasih.

Aku tersenyum, menarik nafas dalam sebelum menolak pintu kafe yang paling berprestij di Lionel. Selalunya mereka yang datang ke kafe ini hanyalah mereka yang kaya. Ia cuma kafe menjual kopi berjenama Blossom Brew atau nama singkatannya, B.B Kafe, tetapi mereka sanggup berhabis duit semata untuk minum petang di sini.

Aku juga melakukan perkara yang sama, demi mencari lelaki itu.

Langkah diatur menuju ke kaunter. Mujur sahaja kafe ini tidak ramai orang, kerana harganya begitu mahal. Barista di situ menyambut aku dengan senyuman ramah.

"Boleh saya ambil pesanan?" Tanya barista di situ.

"Jasmine pearl white tea, buat guna air panas sepenuhnya. Lagi satu, Chai Spiced Chocolate Truffle, ais banyak." Aku tersenyum.

"Itu sahaja?"

Aku mengangguk.

"10 dollar."

Harga biasa minuman di Lance selalunya kurang daripada 2 dollar kerana mata wang kami besar. Tapi entah mengapa di kafe ini begitu mahal harganya. Realitinya kami beli jenama, bukan minuman.

Aku beli minuman itu pun semata kerana mahu bertemu dengan dia.

'If you want to meet me, just swipe the card!' Suaranya ketika itu kedengaran lagi di dalam kepala aku.

Kad kredit berwarna hitam itu diberikan kepada pekerja di situ. Aku perasan riak wajah pekerja itu terkejut melihat kad berwarna hitam yang aku berikan. Dahulu, aku tidak mengerti mengapa orang terlalu obses dengan kad berwarna hitam itu, tetapi sekarang aku faham, ia lambang status.

Jahilnya aku dahulu, aku fikir itu kad debit biasa dengan corak unik. Tapi Aniq menyedarkan aku dengan mengatakan orang yang menolong aku itu bukan calang-calang orang. Kerana kad itu merupakan unlimited Black Card dengan ukiran corak berwarna emas, yang hanya dimiliki orang paling hartawan dan kaya dalam dunia.

Di Lance, ada lebih kurang 55 orang sahaja yang mempunyai kad tersebut. Dan yang paling menakjubkan, perdana menteri Lance pun tiada kad tersebut walaupun dia yang paling banyak makan rasuah, tapi itu tetap tidak melayakkan dia untuk dapat kad itu. Dengan semua rasuah dan duit rakyat yang diambil tetap tidak menjadikan dia orang paling kaya di Lance. Tidak berkat barangkali.

Setelah sesi pembayaran, aku duduk di hujung kafe, bahagian paling terpencil di kafe itu. Perjumpaan pertama aku dengan lelaki itu di kafe Blossom Brew di kota Lindus, ketika aku hampir menamatkan riwayat aku 2 tahun lepas.

Setiap hari jumaat, pukul 4 petang, aku akan jadi penunggu di kafe itu. Dan setiap kali, aku akan memesan menu yang sama. Kerana itu menu yang lelaki itu pesan untuk dirinya ketika pertemuan pertama kami, Jasmine Pearl White Tea. Aku memesan supaya air itu dibuat dengan air panas sepenuhnya, kerana aku tidak mahu air teh itu sejuk ketika dia sampai. Walau berapa lama pun masa yang dia ambil untuk datang... aku mahu air teh itu kekal hangat untuknya.

Tetapi, teh itu tetap sejuk, dan lelaki itu tidak pun muncul walaupun aku menunggu dia sehingga kafe tutup. Setelah lima kali Jumaat berturut-turut aku buat begitu, aku harap lelaki itu nampak isyarat konsisten yang aku berikan. Waktu yang sama, kedai yang sama, menu yang sama. Aku sedang menunggu dia pada waktu itu, tempat itu, menyambut dia dengan teh kesukaan dia... barangkali.

Aku beranggapan rumah dia jauh dari kota Lindus, dan itu menyukarkan dia untuk hadir. Akhirnya, aku menukar taktik. Setiap hari jumaat aku akan pergi ke kafe Blossom Brew itu tetapi di cawangan yang berlainan di setiap daerah. Mungkin, aku akan bernasib baik jika dia tinggal di salah satu daerah itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'M LOSTWhere stories live. Discover now