Bab 20: It's My Privacy

53 10 1
                                    

Aku mengerutkan dahi setelah mendapat tugasan baru usai bermesyuarat. Tuan James ini suka buat keputusan mengejut, bagi arahan tiba-tiba. Masa dah suntuk tiba-tiba dia suruh buat program 'Hari Keluarga' untuk pekerja, yang katanya untuk meraikan dan mengeratkan ikatan antara pekerja. Aku hanya diberikan masa 2 minggu untuk buat program. Itu satu masalah. Tambah satu masalah bila Tuan James berkeras mahu adakan program tersebut pada hari Sabtu, hari sepatutnya semua pekerja cuti.

Aku sudah buat tinjauan kepada pekerja, dan kebanyakan mereka tidak mahu datang kerana sudah ada perancangan dengan keluarga. Masing-masing membalas dan memberontak di dalam grup Whatsapp 'tanpa bos dan anak bos'.

"Nama pun hari keluarga, kenapa aku kena luangkan masa dengan pekerja. Rakan sekerja bukan keluarga."

"Apa-apa program yang berkaitan dengan syarikat merupakan satu bentuk kerja, dan dalam surat tawaran aku cuma tandatangan kontrak untuk kerja sampai Jumaat aje. Kenapa sibuk nak ambil cuti orang?"

"Dahlah masa dah suntuk, orang dah buat rancangan dengan keluarga, baru sibuk nak menyelit program lain."

"Kenapa Tuan James itu, asyik ungkit, dia bayar pekerja, jadi pekerja kena dengar cakap dia, seolah-olah pekerja ini tidak ada kehidupan sendiri. Kita tandatangan kontrak pekerja, bukan hamba. Ikut ajelah kontrak betul-betul."

Apa yang mereka katakan itu, semuanya betul. Aku sudah membawa semua ini ke bilik mesyuarat, tetapi aku pula kena guilt trip oleh Tuan James.

Jika mahu menghargai pekerja, lebih baik naikkan gaji pekerja, daripada buat program begini. Kami bukan mahu sehidup semati dengan syarikat.

Pap! Satu ketukan pada meja menyentakkan aku dari lamunan.

Bianca memandang aku tidak berpuas hati. "Siapa yang suruh awak buat survey, tanya pekerja mereka nak datang atau tidak?"

"Kalau kita buat sahaja program tanpa kita tahu siapa yang akan datang, nanti membazir semua persiapan jika yang datang kurang daripada target." Aku membalas perlahan.

"Amalia tak kenal siapa Tuan James. Tuan James kalau dia nak A, maksudnya A. You cannot give the workers choice at what date and time they are free! They are not entitled to make choices, the boss makes choices! And if the boss is not around, the manager makes the choices. That's why Tuan James is the manager, and you are the worker. Kalau Amalia rasa Amalia hebat sangat, jadilah bos." Bianca tiba-tiba nak marah aku. Aku mengerutkan dahi.

Kata program tersebut semata untuk meraikan pekerja, tapi kita kena ikut jadual bos, dan pekerja tak berhak bersuara tentang apa yang mereka mahu buat dan makan di program tersebut. Apa fungsi program tersebut dibuat? Semata untuk menunjukkan bos seorang yang pemurah menghargai pekerja, tapi bos tak pernah tanya pun adakah itu yang membuat pekerja bahagia. Di mana aspek yang menunjukkan pekerja diraikan? Nampaknya itu program untuk puaskan ego bos semata.

"Rezeki kita, bos yang bagi, ikut ajelah cakap bos." Tengking dia lagi. "Kalau Amalia tak kerja dekat sini, ingat boleh dapat duit ke?"

Kening aku terangkat tinggi. Abaikan sahajalah pernyataan orang jahil. Padanlah dia suka menjilat orang atasan, dia fikir bos yang bagi dia rezeki.

Kalau Tuan James atau Addien nak pecat aku pun, aku tak kisah. Dia ingat aku takut sangat nak berhenti kerja? Allah yang bagi aku rezeki. Setakat gaji 2 ribu, tapi kena buat semua benda tak ikut skop pekerjaan. Biasiswa aku ketika di universiti lagi banyak daripada gaji aku yang sekarang. Sudahlah pengurusan berserabut.

Sampai sekarang aku tidak tahu siapa yang berkuasa dalam syarikat ini. Ia bertambah serabut, bila Tuan James dan Addien bagi aku arahan yang bertentangan, aku tersepit mahu mengikut arahan siapa. Tapi selalunya Addien mengalah dan menyuruh aku mengikut arahan Tuan James atas dasar menghormati orang tua. Addien juga suruh aku dengar arahan Bianca sebab dia pekerja yang paling lama.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now