BAB 16: When it Rained (part 2)

45 7 1
                                    

Pintu pejabat terbuka dari luar. Kak Nana masuk ke dalam pejabat. Seperti jangkaan aku, dia masuk ke pejabat semula pukul 4 petang. Masa dia datang ofis lambat, masuk kerja lepas makan tengahari lambat, tak ada pula aku jadi batu api pergi lapor pada Tuan James. Aku menggolek mata menyampah. Malas aku nak melayan Kak Nana lagi. Kak Nana boleh sahaja tegur aku secara berdepan, sedangkan meja dia cuma berada di hadapan aku.

If you have a problem with me, talk to me. Not talk to other people. The one who needs to change is me, not other people. Why be such a coward and talk bad behind my back?

If I never talk behind people's back, never care about other people's bad attitude, and I only focus on getting the job done, and go home. Why do people still want to bother me? I don't understand such people.

Why are women in this company so problematic? When dealing with guys are so simple. Addien likes me, he likes my work, and he said good things about me. Addien is my superior, I work under Addien, and then suddenly people who never work with me, unrelated to me, say stuff about me, when they know nothing about me.

"Tuan James dah masuk ofis?" Tanya Kak Nana seraya duduk di mejanya.

Aku mengangguk kepala. Tapi aku langsung tidak menatap wajahnya. Riak wajah aku tegang. Aku mungkin boleh kawal mulut aku daripada berkata perkara yang buruk, tapi aku tak mampu nak menahan riak muka aku di saat berhadapan dengan pengkhianat.

Kak Nana yang perasan riak muka aku, terus menegur. "Tadi ada apa-apa jadi ke?"

"Tak ada." Jawab aku perlahan.

"Lemah je suara, tak sihat ke?"

Aku tersenyum kelat. "Sakit perut sikit. Kak Nana ada apa-apa nak saya buat kerja ke?" Aku pantas menukar topik. Dalam hati aku dah mendoakan perkara yang tidak baik berlaku kepada Kak Nana. Aku juga tidak tahu kenapa, tapi kalau aku sakit hati, doa aku selalu makbul.

"Ada ubat tak?"

"Ada. Dah makan tadi." Aku tersenyum kelat.

"Okey, kalau ada apa-apa cakap aje dekat Kak Nana." Kak Nana duduk di tempatnya semula.

Kalau aku cakap, nanti Nana bagitahu dekat Bianca, lepas tu Bianca bagitahu satu ofis. Lebih baik tak payah. Aku juga keliru bagaimana manusia boleh senyum depan orang tersebut, lepas cakap buruk belakang orang itu? Aku tak boleh.

Pintu pejabat terbuka dari luar. Kali ini Addien masuk ke dalam pejabat. Dia tersenyum seketika nampak aku. Aku agak terkejut melihat dia datang ke pejabat hari ini. Kerana aku tahu dia sibuk seharian hari ini dengan mesyuarat. Aku membalas senyumannya. Entah kenapa senyuman dia bagi menyiram air pada api yang marak dengan kemarahan dalam hati aku.

"Addien? Ingat terus balik rumah. Lagi setengah jam nak habis waktu kerja." Kak Nana menegur.

"Ya," Dia tersenyum gaya duchenne smile, dan itu sangat manis di mata aku. Matanya disepetkan, sehingga aku nampak kedutan halus pada kedua sisi matanya. "Addien ada kerja sikit nak buat. Ada barang tertinggal di ofis." Dia terus masuk ke dalam pejabat.

Aku tersenyum melihat Addien melalui cermin lutsinar di pejabatnya. Aku rasa aku tak sengaja ada crush dekat dia. Sekadar suka dari jauh sahaja. Tidak adalah sampai aku harap dia jadi suami aku. Tak boleh. Bahaya.

Addien menoleh kepalanya ke kanan, dan secara tidak sengaja mata kami bertemu. Aku pantas melarikan mata aku pada komputer di hadapan, kemudian berpura-pura menaip. Semua kerja aku sudah siap sebelum tengahari lagi. Aku tunggu nak balik sahaja.

Dari ekor mata, aku nampak Addien keluar dari pejabat kemudian bergerak ke kubikel aku. Aku menarik nafas untuk bertenang.

"Amalia," Tegurnya setelah dia berdiri di sisi kubikel aku. Dia merehatkan kedua tangan pada palang di kubikel aku. Kemudian perlahan-lahan dia menunduk, meletakkan dagu di situ, memandang aku dari jarak yang agak dekat.

I'M LOSTOnde as histórias ganham vida. Descobre agora