BAB 19: First Lie

49 9 3
                                    

"Amalia, can we talk for a second?" Tegur Addien setelah aku duduk di tempat kerja aku. "In my room." Dia tersenyum sekilas.

Aku hanya mengangguk, kemudian mengekorinya dari belakang. Dia duduk di kerusi besar miliknya. Dan aku hanya duduk berhadapan dengannya di meja kerja.

Tangan disatukan, kemudian dia memandang aku dengan wajah yang serius. "Your contract will be over in less than a month. Everyone wants you to stay, everyone talks good things about you in front of the boss." Nyatanya berhati-hati.

I doubt that everyone is saying good things about me. Not Bianca and Nana, I believe.

"And to be honest, I want you to stay, you do your work very fast, and it's very good. I already convinced my father for you to stay at our company." Tambahnya lagi. Aku perasan gaya dia bercakap sungguh berhati-hati seolah-olah ada berita yang aku akan tidak suka dengar sebentar nanti.

"But you know... because of Covid-19, the company is not doing well. We can't take you as permanent staff." Melihat perubahan di wajah aku, Addien mempercepatkan kata-katanya. "Dalam masa yang sama, kita ada dapat program daripada kerajaan. Kerajaan akan bayar gaji pekerja fresh graduate untuk kontrak selama 8 bulan, kalau syarikat bersetuju untuk ambil fresh graduate bekerja dan latih mereka. Bos nak Amalia sambung kontrak dengan masuk program ini. Sebab Amalia masih lagi fresh graduate."

Maksudnya bos nak pekerja percuma, sebab gaji aku kerajaan yang bayar, sebab itu dia suruh aku masuk program ini. Dan kenapa aku rasa kelakar bila dia babitkan Covid-19, sedangkan pandemik itu sudah 5 tahun berlalu.

Aku menekan belakang pen, dengan muka tidak beriak, melihat semua penipuan Addien. Walaupun aku tidak bercadang pun untuk sambung bekerja di syarikat ini, tapi aku rasa terkilan sebab Addien tergamak tipu aku dengan mengatakan syarikat tiada untung sebab Covid-19, padahal syarikat ini tetap boleh berjalan ketika Covid-19.

Covid-19 dah berzaman berlalu, dia boleh guna alasan ini untuk tipu aku. Syarikat ini pula syarikat kapal laut, tidak ada interaksi dengan orang awam pun sampai nak terjejas sebab Covid-19. Kau bukan jual air tepi jalan sampai pendapatan nak terjejas. Kebanyakan interaksi syarikat ini secara atas talian. Langsung tidak terjejas, bahkan bil elektrik dan bil air, bos dapat jimat kerana tiada sesiapa guna pejabat ketika Covid-19.

Syarikat tiada untung, tapi bulan depan mereka sekeluarga akan bercuti di Iceland.

Macam itu sahaja dia memperbodohkan aku. Mereka fikir Gen Z ini naif sangat sampai tak ada common knowledge, boleh tertipu dengan semua propaganda ini.

"But don't worry, the boss said he will add another 200 dollars as an increment. Now the deal is 2200 dollars, if you agree to be in that program." Nyatanya lembut. Dia tersenyum seolah-olah aku termakan dengan semua kata-katanya.

Sama sahaja tawarannya. Aku tetap pekerja kontrak, yang tiada caruman untuk berpencen, dan tidak dapat keistimewaan seperti pekerja tetap. Bos hanya membayar aku 200, itu nilai aku di mata dia. Selebihnya, kerajaan yang bayar. Dia cuma nak pekerja percuma. Nanti bila kontrak yang terbaru ini tamat, dia akan suruh aku masuk lagi program kerajaan, dan semua itu berulang sampai aku mati. Aku sudah nampak permainan dia.

"You can think first and tell me when you're ready. I heard that you don't get your driving licence, and your parents want you to work here until you get your driving licence. Because you only walk to the office, and it's easier for you to come. And I think you don't get another job yet. It's a good opportunity for you." Tenang sungguh dia berkata seolah-olah tiada apa berlaku. "Why not Amalia kerja sini dulu sampai dapat kerja lain?"

Aku hanya mendiamkan diri. I'm hurt, not because of the offer. But I can't believe a guy like Addien can lie in front of my face. Dan sekarang aku sudah tidak percaya sesiapa lagi di pejabat. Setahu aku, aku tidak pernah memberitahu Addien bahawa aku tiada lesen kereta, atau perihal ibu dan ayah aku suruh kerja di sini sampai dapat lesen. Bianca. Pasti dia, kerana dia pernah bertanya kepada aku perihal ini.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now