BAB 10: First Day

77 8 16
                                    

Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja. Aku sampai awal ke tempat kerja kerana aku menyewa bilik 200 meter dari tempat kerja. Ia hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai dengan berjalan kaki. Perlahan-lahan aku naik ke tingkat atas bangunan usang itu. Sampai sahaja di muka pintu lutsinar itu, aku memerhati papan tanda di sebelah pintu yang tertulis, "Pascal", bisik aku perlahan.

Tap! Tap! Tap!

Aku dengar ada bunyi tapak kaki sedang menaiki tangga juga. Pantas aku berpusing ke belakang dan bertemu dengan seorang jejaka yang tingginya lebih kurang aku. Kening aku terangkat apabila aku mengenal pasti siapa gerangan lelaki itu. "Cik Addien?" Sekiranya aku tidak tersilap memanggil namanya, kerana dia ada ketika aku ditemu duga secara atas talian.

Jejaka itu tersenyum manis. Matanya berbentuk almond, dan anak mata hitamnya kelihatan pekat, besar, dan bersinar memantulkan cahaya. Hidungnya mancung, dan garis rahangnya jelas kelihatan. Aku perasan bibirnya bersinar agak merah jambu. Ada sesuatu yang menarik aku untuk merenung dia lebih lama. Aku mengerutkan dahi. Dia ada aura yang membuatkan aku keliru sama ada cahaya yang dipancarkan itu cahaya baik atau jahat.

Mata kami bertembung di saat dia perasaan aku merenung wajahnya lama. Senyuman lelaki itu semakin lebar menampakkan barisan giginya yang putih tersusun. Aku terkebil-kebil cuba mentafsirkan bahasa tubuhnya.

"You must be Amalia Wong." Tegurnya dengan senyuman ramah. "We met during the virtual interview. Nice to meet you. I'm Addien Hykel, acting CEO. Kak Nana and I will be your supervisor during your probation here. If you need anything, feel free to ask me."

"Nice to meet you, Cik Addien." Aku membalas senyuman. "Minta tunjuk ajar."

"Just call me, Addien."

Aku yakin dia lebih tua daripada aku, kerana aku yakin daripada cara dia bercakap dia sudah bekerja lama. Dan aku yakin dia dalam lingkungan umur 20 an kerana wajahnya begitu muda. Umur 20 an sudah menjadi pemangku CEO? Umur 20 an sudah ada kerja tetap? Ada sesuatu yang pelik. Kerana biasanya orang sebaya aku masih lagi terkapai-kapai mahu hidup dan mencari pekerjaan.

"Masuk, Amalia." Addien mempelawa aku masuk ke dalam pejabat dahulu. "Amalia dah tahu kan kod masuk pintu pejabat? Saya ada mesej Amalia semalam."

"Ya, saya terlupa." Aku menggaru kepala aku dengan senyuman janggal.

"It's okay." Dia tersenyum lagi. "Password pintu pejabat, 12,12,95. Birthday saya." Dia tertawa kecil. "Amalia boleh masuk dulu."

"Oh," Aku mengangguk perlahan. Aku cuba menekan kod rahsia yang diberitahu. Tiada bunyi menandakan kata kunci yang aku masukkan itu betul. "Kenapa pintu tak terbuka lagi?"

Addien memandang aku terkebil-kebil. Kemudian tangannya membuat gaya seolah-olah mempersilakan aku masuk. Kening aku terangkat. Masih lagi tidak mengerti apa yang dimaksudkan.

"Masuk, Cik Amalia." Dia tersenyum dengan kening terangkat.

Aku memandang pintu tersebut sekali lagi. Pintu tersebut sememangnya sudah terbuka sebelum aku menekan kod rahsia lagi. Aku tidak perasan kerana ia pintu lutsinar. "Oh, sorry, Cik Addien." Aku tertawa janggal. Nampak lelaki kacak, IQ aku terus berteraburan. Aku cuba menyorokkan muka aku yang sudah kemerahan.

"No, it's okay. Monday blues." Dia mengangguk mengerti, membenarkan aku masuk terlebih dahulu. "Kak Nana memang sengaja buka pintu dulu sebab nak jemput Amalia masuk. Sebab dia kata mesti Amalia tak perasan mesej yang saya bagi malam tadi."

Aku mengangguk. Kaki melangkah masuk ke dalam pejabat. Pejabat itu dua tingkat, agak kecil tapi kemas, tersusun dan teratur. Lantainya disalut dengan karpet ofis berwarna merah. Di ruang pertama menempatkan 6 buah meja yang disusun secara berhadapan untuk staf bahagian operasi. Ada 3 bilik kesemuanya menempatkan orang atasan.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now