BAB 11: The feeling is weird

53 7 7
                                    

Addien keluar dari bilik, kemudian datang ke meja aku. Pekerjaan aku terhenti seketika. Aku mendongak memandangnya yang berdiri di sisi meja aku. "Ya, Cik Addien?"

"Amalia, tahu guna Google Calendar tak? Nanti boleh tolong set appointment untuk saya."

"Tahu." Aku mengangguk separa, kemudian menggeleng laju. "Eh, tak."

Ketika di universiti, pensyarah selalu berpesan, jika baru masuk kerja jangan tunjuk pandai, belajar daripada orang lain. Maka, aku berpura-pura tidak tahu, dengan harapan dapat belajar lebih lagi. Mungkin ada perkara yang aku tidak tahu, dan Addien tahu.

"Okay tak apa, saya ajar." Addien bergerak masuk ke dalam kubikel aku, berdiri di belakang kerusi aku. "Amalia buka akaun pakai email Amalia."

"Email saya?" Aku membesarkan mata. Email personal aku? Aku harap aku tak subscribe benda mengarut dekat email.

"Ya." Jawabnya. "Buka Google Calendar."

Aku log in akaun aku, kemudian terus tekan Google calendar tanpa pergi ke email.

Bahaya-bahaya. Aku jadi makin gelisah bila Addien berdiri belakang aku.

Google Calendar milik aku terus terpampang sebesar-besarnya di skrin komputer. Dan di situ, ada tertulis 'hari pertama aku period.' dengan font yang sangat jelas. Aku terlupa, aku catat tarikh aku uzur di Google Calendar.

Aku terus kejung di atas kerusi. Muka aku membahang. Aku ingin melihat reaksi Addien, tapi dia ada di belakang aku. Kalau aku padam, nampak sangat aku nak tutup. Aku rasa dia tak nampak. Aku cuba bersangka baik. Tapi, kenapa dia diam daripada tadi.

"Okey... mula-mula Amalia..." Addien terdiam sejenak. Kemudian dia berdehem. "Saya ambil buku catatan saya dalam bilik sekejap." Dia terus beredar ke biliknya.

Dengan masa yang singkat itu, tangan aku laju bergerak, memadam semua info dan event pada Google Calendar, meninggalkan ia kosong, seperti tidak disentuh langsung. Aku kalut.

Aku menghembus nafas lega, setelah memadam semua info tersebut. Mata aku mengerling sekilas pada dinding lutsinar pejabat Addien. Lelaki itu sepertinya sedang mengangkat pasu kecil di atas meja serta bingkai gambar. Dan gayanya sungguh canggung seperti dia sedang berpura-pura mencari. Tak akanlah buku catatan ada di bawah bingkai gambar yang nipis itu. Logik sikit, Addien!

Sah, aku rasa dia nampak info atau event pada Google Calendar aku. Tapi dia tak nak cakap sebab dia tak nak aku malu.

Aaaaaaaaaaa!

Kenapa? Kenapa aku selalu memalukan diri aku sendiri. Semalam tak nampak pintu, hari ini Google Calendar pula bermasalah! My privacy is exposed!

Addien keluar semula daripada bilik tanpa membawa apa-apa. "Dah, Amalia?" Dia tersenyum janggal seperti tiada apa berlaku.

Apa yang dah? Dia tanya sama ada aku dah padam atau belum ke?

Aku mengangguk dengan muka yang merah. "Sampai mana tadi Cik Addien?"

"Amalia dah buka Google Calendar, lepas tu masukkan appointment saya dalam ini. Esok saya ada interview dengan pekerja baru, Amalia boleh buat link Google meet siap-siap. Esok ingatkan saya." Arahnya penuh berhemah.

"Kita ada projek baru, dan bos minta sebarkan poster jawatan kosong untuk rekrut jurutera baru dekat shipyard. Bos nak fresh graduate, sebab kita ada kontrak dengan kerajaan. Basically, the government pays their salary for 8 months, but we will get paid for tutoring them, exposing them to new experiences."

"Cik Addien nak berapa orang?" Tanya aku, sambil mencatat dalam buku nota.

"Lebih kurang 20 orang. Lepas habis kontrak 6 bulan, baru kita cari fresh graduate lain. Kita tak nak permanent staff, costly. Kita ambil 6 bulan pun sebab kerajaan bayar kita."

I'M LOSTWhere stories live. Discover now