BAB 17: Just a Normal flu

52 6 3
                                    

Aku membuka laptop Addien untuk membuat kerja yang diberikan oleh Kak Nana. Addien yang meminjamkan aku laptopnya kerana komputer pejabat bermasalah. Mata aku tertancap pada ruang kosong, bahagian untuk mengisi kata kunci pada laptop. Dahi ditepuk. Aku terlupa untuk meminta password laptopnya tadi.

Pantas aku menghantar pesanan ringkas kepada Addien.

"My password is Slytherin1010."

Aku terkebil-kebil membaca kata kunci itu. Suka hati dia lah nak letak kata kunci apa. Bukan masalah aku. Aku berlepas diri daripada Potterhead.

Senarai barang kapal yang terperinci yang Kak Nana suruh masukkan ke dalam excel, aku telek satu persatu. Ada 32 muka surat semuanya. Aku perlu copy semua ini sebelum waktu rehat, walaupun Kak Nana tidak pernah bagitahu bila dia mahukan.

Aku mengeluarkan telefon pintar. Dengan menggunakan Google Lens, aku mengimbas semua dokumen tersebut kemudian tukarkan dalam bentuk digital. Kemudian aku tekan 'copy text to computer', lalu aku tekan 'paste' pada laptop. Dengan mudah aku copy semua butiran masuk ke dalam Microsoft Word tanpa perlu menaip satu per satu. Lebih mudah dan lebih tepat sekiranya aku copy paste. Tiada ralat mata, atau tertinggal nombor jika aku tidak menaip satu persatu. Selalunya aku guna aplikasi Scan to Excel sekiranya dokumen dalam bentuk excel. Tapi dokumen kali ini lebih kepada wording.

Tidak sampai setengah jam, kerja aku selesai. Pengajaran yang aku dapat setelah beberapa bulan bekerja, jangan tunjuk sangat dah siap kerja walaupun aku dah siap kerja. Productive people will be punished with more work instead.

Aku nampak Kak Nana bergerak ke kubikel aku. Pantas aku pura-pura mengedit dokumen tadi supaya nampak lebih kemas.

"Amalia tengah buat kerja yang akak bagi ke?" Tegur Kak Nana.

Aku mengangguk seraya tersenyum. "Ya, Kak Nana." Aku mendongak memandangnya yang berdiri di sisi aku.

Dia kemudiannya menunduk sedikit untuk berbisik rapat dengan aku. "Fahd half day hari ini. Dia dapat Covid-19, tapi cuma mild. Covid cuma dianggap flu biasa sahaja sekarang ini, tidak berbahaya. Jadi Amalia tak perlu risau, cuma jangan bagitahu sesiapa ada pekerja yang terkena Covid-19. Nanti mereka makin cemas."

Aku mengangguk faham. Semua orang sudah lengkap vaksin, dan tiada apa lagi yang perlu dirisaukan sebenarnya. Sudah 5 tahun pandemik itu berlalu. Masing-masing relaks sahaja apabila dapat berita kawan-kawan mereka terkena Covid-19, kemudian dengan tenang berkata, 'esok lusa baiklah.' Tiada pula yang memandang manusia yang terkena Covid-19 dengan pandangan jijik seolah pembawa virus. Kami siap boleh makan semeja lagi.

Kerajaan Lance sudah jumpa penawar bagi penyakit itu dengan teknologi S.A. Aku bersyukur aku tinggal di negara yang dipelopori manusia yang bijak pandai. Lance sahaja sudah melahirkan ramai saintis yang terkemuka dalam pelbagai bidang. Tiada apa yang dirisaukan. Perkara yang membimbangkan di negara ini cumalah saingan yang sengit, kapitalis yang mahukan duit, dan orang jahil tetapi perasan dia pandai. Tapi bidang perubatan, teknologi, pendidikan, kami antara yang termaju dalam dunia. Tapi itulah, doktor biasa masih underpaid. Doktor pakar sahaja yang kaya.

"Akak keluar sekejap, nak ambil anak balik sekolah." Kak Nana memberitahu aku kemudian keluar dari pejabat. Aku hanya mengangguk.

Setelah Kak Nana keluar, aku bergerak ke bilik Addien. "Hai Cik Addien," Aku nampak Addien sudah mengangkat kepala, tersenyum. "Saya cuma nak ingatkan, pukul 11 nanti Cik Addien ada interview untuk pekerja baru yang akan masuk bulan 5 nanti." Aku meletakkan resume di atas mejanya. "Ini resume pekerja."

"Thank you." Addien mengangguk mengerti. "Amalia dah fikir nak makan tengahari apa hari ini?"

Aku menggeleng. "Nanti saya pergi kedai, saya tengok apa yang ada. Kenapa Cik Addien?"

I'M LOSTWhere stories live. Discover now