BAB 34: Help, I'm still at the restaurant

70 13 9
                                    

Hidup ini pelik. Dewasa itu mengelirukan. Masa depan pula sesuatu yang misteri. Tapi aku percaya, takdir Allah itu yang terbaik.

Sudah 2 tahun semua itu berlalu. Sistem aku dicuri, aku dikhianati kawan sendiri, aku kena love bombing dan guilt trip dekat tempat kerja pertama aku. Aku jatuh cinta dengan Addien sebab fikir dia lelaki yang baik. Dan dalam tahun itu juga anxiety aku semakin teruk dan aku dapat depresi. Aku bergaduh hampir dengan semua orang, sampai ahli politik pun aku serang. Aku minta tolong dari kawan dari laman web gelap, dan aku dapat semula sistem aku. 

Macam-macam boleh berlaku dalam masa 2 tahun. Aku bersyukur semua perkara itu terjadi kepada aku. Kalau Bianca, Addien dan Nana tak buat hal, aku tidak keluar dari Syarikat Pascal. Mungkin aku akan jadi corporate slave sampai aku mati, dengan slogan 'kami keluarga', 'junior kena hormat senior walaupun senior salah.'

Aku rasa aku agak impulsif ketika aku muda. Sekarang bila aku teringat balik, aku hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai aku yang kebudak-budakan. Mungkin frontal lobe aku dah fully developed.

Aku 25 hari ini. Dan aku masih lagi keliru tentang menjadi dewasa. Aku tetap rasa hidup ini pelik dengan perkara yang tidak disangka. Aku tetap rasa bimbang dengan masa depan aku, walaupun aku sedang hidup dalam impian yang aku idamkan 10 tahun lepas. Tapi aku percaya, aku akan dapat apa yang aku nak, mengikut masa yang sesuai, di tempat yang tepat, pada waktu aku sudah bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka.

Aku tidak lagi rasa cemburu dengan apa yang orang lain dapat. Ada orang sebaya aku sudah ada rumah, ada kereta, ada keluarga sendiri, ada yang sudah jadi jutawan. Ada yang mampu meraih semua kejayaan mereka dengan bantuan ibu bapa mereka yang kaya.

Ya, mereka layak dapat apa yang mereka dapat, sebab aku layak dapat lebih baik dan yang terbaik hanya untuk aku. Kerana doa kita berbeza, impian kita berbeza, perkara yang buat kita menangis ketika sujud terakhir juga berbeza. Dan sewajarnya, apa yang kita dapat berbeza.

Tidak sepatutnya aku cemburu dengan apa yang orang lain ada, sedangkan aku tak pernah terdetik pun nak doa perkara itu supaya ia berlaku dalam hidup aku. Hidup ini bukan satu perlumbaan, tapi perjalanan.

Hidup ini pelik.

Bila kau ada duit, tiba-tiba kau boleh cakap, 'it's not all about money'.

I remember years ago, when most of my problems were related to money.

Now I have enough money, I can explore things that I can't learn or I can't do because of lack of money and lack of exposure when I was young. I remember when I was young, I was forced to be good at studying because my parents say that it will make me rich. I never had the chance to explore things, and find out what I like and what I'm really good at. Because most of the classes have expensive fees, and my parents don't have enough money to cover that.

Now, I have learned knitting, baking, painting, photography, horse riding, archery, swimming, boxing. And the most fun thing is, I learn for fun. I learn as a hobby. I learn to improve myself. Not because of stress or I have to because I need to generate money. Not because I need to achieve something because of money.

Suddenly... Life is happy because it is not all about money. Now it's about me. Now I can focus on what I like. What I want, and not other people want.

And... if my future husband asks, why should he marry me?

I can just say, I am kind, I am pretty, I am smart, I am brave and I have a set of skills.

Then, I will laugh, and he will fall in love.

Aku menutup buku jurnal aku setelah selesai menulis. Kemudian, aku tersengih sendirian dalam bilik rehat pekerja di Restoran Mi Tarik Warisan Wong.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now