BAB 4

63 8 5
                                    

"Dah? Semua okay?"

"Okay, tapi semua benda doktor itu cakap badan aku teruk." Aku mengadu pada Hertz.

Hertz hanya tertawa. "Dr Thalia kan? Dia memang macam tu, perangai macam mak-mak. Tapi kalau dia cakap teruk, maksudnya memang betul teruk. Aku pun kena banyak kali dengan dia. Sebab gaya hidup aku teruk. Tengok mata aku ni." Dia menunjukkan mata kirinya yang merah seperti biji saga. "Aku dapat MC tadi, doktor suruh tidur."

"Wah, tak cukup tidur pun dapat MC." Aku membeliakkan mata.

"Tuan Dayyan sukakan produktiviti. Dia tak suka pekerja yang tak boleh bagi komitmen kalau mengantuk." Hertz mengangkat bahu. "Lagi pula, kerja aku dah siap. Saja join hackathon sebab nak tengok perisian dan teknologi baru."

"Nak ikut tengok booth dengan aku?" Ajak aku selamba.

"Aku kena tidur ini." Hertz menjawab dengan mata yang kuyu. "Lagi pun hackathon seminggu, pameran teknologi itu ada masa lagi kalau nak join."

"Oh, ya. Pergilah tidur. Aku boleh balik masuk dewan sendiri." Aku melambaikan tangan aku pada Hertz. Hertz hanya tersengih menghantar pemergian aku.

"Esok aku tengok pembentangan kau." Sempat Hertz memberitahu.

Aku berjalan dengan wajah yang ceria ke dalam dewan semula. Masih ramai orang di dalam dewan. Pameran pelbagai perisian yang canggih menarik aku ke satu booth.

Ada seorang lelaki dikerumuni orang ramai di podium tengah dewan, padahal lelaki itu cuma menaip sesuatu pada komputer. Mereka semua seolah-olah menunggu lelaki itu mengeluarkan magisnya. Tiba-tiba, lelaki tersebut meletakkan telefon pintar di atas lantai. Wayar telefon pintar yang bersambung pada komputer ditanggalkan.

Lengan aku disinggul dari tepi. Aku menoleh untuk mendapati Angela di sebelah aku. Dia tersengih pada aku, turut menyaksikan persembahan dari lelaki misteri itu.

"Siapa dia? Kenapa semua orang tengok dia?" Tanya Angela di sebelah aku.

"Kau tengok dia kenapa?" Soal aku.

"Sebab dia kacak."

Aku menggelengkan kepala. "Dia Raid Rinamoto." Aku menjawab perlahan. "Anak Tuan Ezra Rinamoto." Anak lelaki Tuan Ezra juga boleh tahan hebat, tapi Raid tidak terkenal dan bakatnya seolah-olah disembunyikan dari dunia luar. Aku juga tidak pasti mengapa. Hanya sebilangan kecil manusia dalam industri siber sahaja yang tahu akan kewujudan Raid.

"Kau dah lama dekat dewan tadi, mesti kau tahu dia tengah buat apa?" Tanya aku semula.

"Dia tengah tunjukkan produk S.A yang tidak akan sesekali diguna atau disebarkan pada dunia luar. Demonstrasi ini khas untuk peserta dan pelawat yang datang ke pameran hackathon." Jawab Angela.

Raid mengambil telefon pintar kemudian menekan-nekan telefon pintar itu. "Sekejap, saya suruh Dayyan telefon saya." Telefon pintar yang berada di atas lantai berbunyi menandakan panggilan masuk. Raid menunduk kemudian menjawab panggilan itu. Dia berdiri menjauhi telefon tersebut. Satu cahaya terpancar keluar dari telefon, membentuk hologram manusia.

Itu hologram Tuan Dayyan! Aku membulatkan mata.

"Wahhh!" Ramai orang menjerit kagum.

"Sabar, belum lagi!" Raid tersengih. "Hologram satu perkara biasa di S.A. Tapi macam mana kalau hologram itu boleh bergerak dan menyentuh apa-apa yang berada dalam radius 10 meter?"

Hologram Tuan Dayyan bergerak keluar dari telefon pintar, tubuhnya lengkap seperti manusia sebenar. Dia berjalan ke meja yang berada di situ, kemudian mengambil sebatang pen di atas meja. Bergerak-gerak, seolah dia betul-betul wujud di hadapan kami.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now