BAB 25 : I Resign

47 9 7
                                    

Bangunan 2 tingkat yang tertulis PASCAL itu aku perhati dengan pandangan kosong dari seberang jalan. Lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar merah entah kali yang ke berapa. Daripada tadi aku tidak mampu untuk menggerakkan kaki untuk melintasi lintasan zebra. Untuk seketika aku rasa aku kurang upaya, dan memerlukan seseorang untuk memimpin aku ke jalan yang benar. Aku sesat dalam fikiran aku sendiri yang berserabut dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku hari ini. Sekali aku melangkah ke arah bangunan itu, aku sudah tidak mampu menahan tekanan, dan bila-bila masa sahaja aku akan meletup hari ini.

Adakah aku akan ditengking lagi hari ini?

Adakah mereka akan bercakap di belakang aku lagi?

Adakah aku perlu menatap muka yang menikam belakang aku lagi?

Adakah aku perlu berhadapan dengan manusia yang berumur lewat 40 an tapi masih lagi berperangai kanak-kanak?

Adakah aku perlu bekerja di bawah mereka dan pura-pura tidak tahu apa-apa bahawa mereka sedang menjatuhkan aku dan Addien antara salah seorang yang percaya akan gosip murahan itu.

Adakah aku perlu menghadapi semua ini, membazir 8 jam setiap hari dalam hidup aku untuk bekerja dengan mereka, sampai aku mati?

Bila semua ini nak berakhir?

Aku tidak mahu menghadap muka Addien hari ini. Aku benci dia, aku benci Bianca, aku benci semua orang dalam ofis.

Aku rasa aku manusia yang paling naif kerana menandatangani kontrak tersebut, menyangka bahawa Bianca akan berubah. It's a pattern of behavior, sekali dia buat, dia akan buat lagi, kemudian meminta maaf. Kemudian dia memburukkan aku di hadapan staf lain, memalukan aku di khalayak ramai, dan berpura-pura melayan aku baik di hadapan orang. Sedangkan aku dah tahu hakikatnya bahawa dia memang bermuka-muka. Kemudian Bianca akan menunjukkan bahawa aku yang buat perangai di hadapan semua orang, bila aku tidak mahu menurut kata-kata Bianca dan aku tidak mampu menahan tekanan setelah diasak dari pelbagai arah.

'Dekat mana-mana pun toksik.'

'Generasi zaman sekarang semua lemah, kena tengking sikit terus nak berhenti kerja!'

'Stop self pity, Amalia.'

'Tak payah emosional sangat, move on jelah.'

Arhhhh! Aku menjerit di dalam hati aku. Telinga aku kembali berdesing. Tangan aku sudah menggeletar. Aku mengetap bibir aku dengan mata yang sudah berair. Aku betul-betul harap semua ini akan berakhir. Aku betul-betul harap ini pengakhirannya. Mata terpejam rapat, mendengar degupan jantung aku yang sudah menggila. Aku sesak nafas. Aku harap ada orang yang mendengar jeritan meminta tolong aku, dan keluarkan aku dari semua keserabutan ini.

'Just face it, Amalia!!!' Suara di otak aku sudah menggila. 'Tak ada orang yang dengar, tak ada siapa faham kau, mereka semua anggap kau lemah. Ayah kau pun suruh kau sambung kerja, dia memang fikir duit aje, tak fikir perasaan kau pun Amalia. Ayah kau tak faham kau.'

Aku memejamkan mata rapat, berharap ini semua akan berakhir. Air mata sudah berlinangan jatuh di pipi. Dengan nafas yang tersekat-sekat, aku melangkah ke arah jalan raya, berjalan bersama mereka yang berpakaian elegan, kasut berkilat berjenama, mendaki tangga korporat. Air mata aku semakin menggila di tengah lautan manusia di saat aku merasakan nafas aku semakin sesak.

Akhirnya langkah aku terhenti di tengah-tengah jalan raya, kemudian aku menangis di situ. Lampu untuk pejalan kaki bertukar merah. Telinga aku kembali berdesing mendengar bunyi hon di tengah hiruk pikuk bandar. Samar-samar, aku nampak sebuah lori menghala ke arah aku, tetapi kaki aku langsung tidak berganjak. Mata terpejam rapat. Mungkin ini pengakhirannya.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now