BAB 27: You're Safe with Me

47 9 12
                                    

Aniq mengetuk pintu bilik Amalia. "Kak, ibu panggil makan."

Ajakan yang sama Amalia dengar dari mulut ibunya setelah subuh tadi. Itulah cara ibu bapa Asia meminta maaf, dengan mengajak anak-anaknya makan. Dan selalunya mereka sekeluarga akan makan bersama, dan berpura-pura seperti situasi tegang semalam itu tidak pernah berlaku.

Aniq mengetuk pintu bilik itu sekali lagi, kali ini diiringi dengan lagu Frozen. "Do you want to build a snowman? Come on, let's go and play. We used to be best buddies, and now we're not. I wish you would tell me whyyyy..." Tangannya memulas tombol pintu, dan nyata pintu itu tidak berkunci.

"Akak," Dia memandang katil yang kosong. Bantal dan comforter telah hilang dari atas katil. Aniq terus menyelak cadar yang menutupi bawah katil. Dia melihat Amalia sedang berbungkus di dalam comforter di bawah katil. Dia mengeluh perlahan. Tempat menyorok kakaknya.

Aniq berbaring di atas lantai, di sisi katil. Kepala menoleh ke kiri menghadap kakaknya yang berbungkus. "Sis, I'm here." Nyata Aniq. Dia berjeda seketika, memandang siling. Lengan dijadikan alas kepala. "I'm sorry. I don't know that you're struggling because of me. Because you need to be an adult because of me."

Dia mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak dan di saat dia jadi remaja yang impulsif, berdarah panas. Dia kerap ponteng sekolah, dia calarkan kereta cikgu, dia lari rumah hampir setiap malam dengan alasan nak belajar muzik. Dia selalu gagal peperiksaan, bukan sebab dia bodoh, tapi dia memang tidak berusaha langsung untuk belajar.

Tapi kakaknya selalu tutup perbuatan dia semata kasihan melihat adiknya didenda setiap kali. Adakah dia dimarahi? Selalu. Tapi yang paling kerap dimarahi ialah Amalia, kerana dianggap tidak mampu menjaga Aniq dengan baik.

Aniq gagal dalam peperiksaan, kerana Amalia tidak mengajar.

Aniq tidak berdisiplin, kerana Amalia tidak menjadi contoh yang baik.

Aniq masuk hospital dan koma, kerana Amalia menipu mengatakan Aniq berada di dalam bilik ketika malam kejadian rusuhan di dataran Lionel berlaku.

Aniq tidak dapat habiskan sekolah menengah sebab dia koma, kerana Amalia menipu untuknya.

"It's always Amalia's fault, but never Aniq. Yet you still treat me kindly." Aniq mengeluh perlahan. "Akak hadiahkan gitar pertama untuk Aniq dengan duit biasiswa akak semata nak Aniq teruskan hidup, lepas Aniq bangun dari koma." Dia memalingkan wajah ke kiri, memandang Amalia yang masih berselubung. "Sekarang giliran akak untuk teruskan hidup."

"Now it's your turn to be a child, immature, reckless and chase your dream that people say is stupid and impossible." Aniq tersenyum. "Right now, let me be an adult for you." Dia menarik keluar gulungan manusia itu dari bawah katil dengan sebelah tangan.

"Jom, kita makan."

*****

Di meja makan, hanya bunyi dentingan sudu dan garfu yang kedengaran. Empat manusia itu langsung tidak berbunyi, fokus dengan makanan di atas meja. Lauk tengahari itu ialah sup wonton yang dipenuhi dengan udang, ladu, dan kupang. Tidak cukup dengan itu, ada ikan merah besar di tengah meja yang telah distim, dicurah dengan lauk yang berasaskan minyak bijan, bawang holland, daun bawang, sayur, kicap dan cili. Ulam-ulaman di sekeliling ikan dalam pinggan itu sebagai salad penghias. Aku lebih gemar memakan makanan tradisional Lianhua seperti ikan dan ulam-ulaman berbanding ayam.

Mengenangkan ayam di Lance disuntik dengan estrogen, aku jadi loya. Setiap kali, ibu akan memasak dua jenis lauk, ikan dan ayam kerana Aniq tak suka makan ikan.

Dapat dilihat perbezaan fizikal aku dan juga Aniq. Aniq tubuhnya sihat, berotot, tulangnya pula besar hasil protein yang dimakan dari dada ayam. Manakala tubuh aku keding, cengkung dan aku selalu sakit, kerana kebanyakan waktu aku tiada selera untuk makan.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now