Bab 29: Dark Metaphor

54 10 3
                                    

Aniq masuk ke dalam bilik aku. Bilik yang gelap itu disimbah dengan cahaya kalimatangan dari koridor luar bilik. Aniq menyandarkan tubuh pada kekisi pintu dengan tangan berpeluk tubuh. Aku yang silau dengan cahaya itu terus menyelubungkan diri di dalam selimut. "Sampai bila nak macam ini?" Suara Aniq kedengaran bosan.

Aku tahu Aniq dah bosan dengan perangai aku. Lama juga aku bersedih melayan perasaan setelah berhenti bekerja. Kemudian tiba-tiba aku tidak merasakan apa-apa perasaan, dan hanya berkurung dalam bilik. Aku seorang yang mudah menyerah kalah, tapi kelebihan aku ialah aku senang bangkit. Hari ini aku akan menyerah kalah dan berperangai seperti manusia yang gagal, tapi esok semua orang akan melihat aku bangkit dan bermula semula seperti tiada apa yang berlaku.

Tapi situasi kali ini agak berbeza. Aku cuma perlukan masa untuk berfikir dan bertenang. Kerana aku tidak tahu aku sedang berputus asa dalam perkara apa, dan aku juga tidak tahu harus bangkit dari apa? Kerana aku seolah tidak merasakan apa-apa kerugian setelah aku berhenti kerja. Aku rasa lega kerana aku dapat keluar dari situasi itu, dan jauh dari manusia yang toksik. Aku sebenarnya sedang meraikan kejayaan aku kerana berjaya keluar dari situasi yang toksik itu, dengan menonton rancangan kegemaran aku.

"Bagi akak rehat, akak penat asyik kena tikam belakang aje." Jawab aku perlahan.

Setiap hari, apa yang aku lakukan hanyalah menonton drama bersiri di tab milik aku, untuk mengalihkan perhatian aku daripada perkara yang membuat aku sedih. Tindakan aku berhenti kerja itu memang suatu kelegaan, tapi hati tetap merasa sakit kerana perbuatan mereka di syarikat. Aku malas mahu mengenang perasaan dikhianati oleh manusia di dalam syarikat itu.

Aku sepatutnya bersyukur, perangai penakut Addien keluar, agar aku lebih mudah melupakan lelaki yang takut pada mak bapa atas sebab harta.

Sekurang-kurangnya jiwa aku terubat dengan menonton drama bersiri Merlin. Mendengar kata-kata sarkastik daripada Merlin dah cukup buat aku terhibur. Target aku mahu marathon drama bersiri ini sehingga tamat musim ke-5. Kemudian baru aku fikir masa depan aku.

Ketika bekerja di syarikat itu, setiap hari aku rasa tertekan, nak datang bekerja pun mengeluh. Hujung minggu pula dihabiskan masa dengan memikirkan kerisauan apa yang akan berlaku pada hari Isnin, tanpa aku sempat untuk melakukan apa yang aku suka. Kali ini sahaja, aku perlukan waktu untuk buat apa yang aku suka setelah aku bebas daripada syarikat yang membelenggu diri aku. Bagi aku seminggu untuk cas tenaga aku, dan menaikkan semangat aku semula. Bagi aku seminggu untuk melihat wajah dan tingkah lucu Colin Morgan yang aku rindu dalam drama bersiri Merlin itu.

Aku juga tidak tahu mengapa aku mudah jatuh cinta dengan lelaki yang suka buat lawak sarkastik. Sarcasm is a sign of intelligence, wittiness. Mungkin kerana itu... kerana aku suka lelaki bijak dan pandai yang mempunyai idea yang bernas dalam menyelesaikan masalah.

Aku suka Tony Stark, Stiles Stilinski, Merlin. Bila diperhatikan, semua lelaki fiksyen yang aku suka, ada perwatakan yang lebih kurang sama. Seorang lelaki yang akan cari jalan penyelesaian walaupun ia gila dan semua orang kata mustahil. Lelaki yang akan mempertahankan apa yang dia fikir betul. Dan seorang lelaki yang petah berkata-kata mempertahankan diri dan orang yang dia sayang apabila ada yang menghina. Seorang lelaki yang lantang bersuara tapi berkelas. Atau dalam bahasa Inggeris orang menggelarkan mereka sebagai, 'sassy with class'.

Aku berharap Addien seperti watak fiksyen kesayangan aku. Tapi tidak. Lemah. Sampai ditengking oleh orang bawahan pun tidak mampu berkutik. Terlalu sibuk mempertahankan tradisi nepotisme, terlalu sibuk dengan senioriti, hanya memikirkan kepentingan syarikat tanpa peduli salah atau betul. Aku tidak perlukan lelaki yang berdiam diri di kala aku dicerca. Aku mahu dia mempertahankan aku pada detik itu, bukan setelah ia berakhir, kemudian baru sibuk nak menasihati Bianca konon yang perbuatan tadi tidak betul, atas dasar strategik dalam memberikan nasihat.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now