BAB 2

74 9 15
                                    

"Kau dapat nombor giliran berapa?" Aku bertanya, melihat kad tersebut di tangan Amer.

"Aku dapat nombor 33." Amer mengangkat-angkat keningnya dengan wajah bangga. "Bertuah tak nombor aku?"

"Kau tak tengok lagi nombor aku, 100!" Aku membesarkan mata dengan wajah kemenangan. Hasil datang lambat untuk mengambil nombor giliran, maka aku dapat nombor akhir sekali. Nampaknya aku peserta terakhir yang akan diuji dengan perisian terbaru aku.

"Dah siap software kau?" Tanya Amer, seraya duduk di bangku tepi tasik. Kaca matanya ditanggalkan, kemudian dilap kaca mata itu dengan sapu tangan.

Aku hanya tersenyum melihat tindak tanduk Amer. Amer kalau pakai kaca mata nampak seperti Clark Kent, tapi sekali dia buka cermin mata nampak seperti Superman. Wajah dia ada karisma, tambahan pula badannya berotot sasa, dan tinggi. Dia ada wibawa dan ada aura seorang lelaki bangsawan. Aku juga tidak menyangka aku boleh berkawan dengan dia selama ini.

Ramai juga pelajar perempuan di universiti itu meluahkan perasaan padanya tapi langsung tidak diendah Amer. Aku juga tidak mahu mengambil tahu urusan peribadi lelaki itu. Amer begitu misteri orangnya. Dia perahsia. Sudah lima tahun kami berkawan, dan aku tidak pernah tahu siapa ibu bapa Amer, atau latar belakang keluarga Amer.

Tapi aku tahu ibu dan bapa Amer baik orangnya. Kerana tempoh hari aku ada ternampak Amer menulis kad hari ibu untuk ibunya. Setiap kali kami keluar makan bersama kawan-kawan, aku selalu nampak Amer memesan lagi satu set makanan untuk dibungkus, katanya dia mahu membelikan untuk ibunya. Pasti didikan ibu dan ayahnya sungguh baik sehingga Amer boleh membesar jadi orang seperti itu.

Pertemuan pertama aku dan Amer sangat tidak baik. Kerana Amer seorang yang suka mengambil lewa tentang tugasan. Dia pandai tapi malas. Kerap juga kami bergaduh kerana sikap Amer itu.

"Amalia, dah siap ke software kau?" Tanya Amer sekali lagi kerana aku asyik merenung wajahnya dari tadi.

"Tinggal touch up sikit, koding aku berjaya, tapi tak kemas." Aku hanya mengangkat bahu. "Boleh je aku kemaskan dalam masa 2 hari." Aku mengangkat kening. "Kau?"

Amer mengangguk laju. "Dah."

Aku menekup mulut dengan muka pura-pura terkejut. "Pertama kali Amer siap tugasan. Kalau tugasan individu bukan main kau siapkan, kalau tugasan berkumpulan seronok kau jadi free rider?"

"Aku buatlah, cuma lambat sikit." Amer mencebik tidak berpuas hati apabila aku mengungkit perangai dia yang malas.

"Balik nanti makan dekat restoran mak ayah aku, jom?" Ajak aku. "Mak ayah aku tanya kenapa dah lama tak bawa kau makan dekat restoran dia."

"Restoran mak ayah kau ramai orang." Amer mengelap air tin dengan sapu tangan, kemudian membuka penutup tin tersebut. Air tin soda diberikan kepada aku. "Malas aku nak beratur lama. Orang dah lapar. Kedai mi tarik paling popular di Lance, cubalah buka cawangan banyak."

Aku tersenyum, menyambut baik air tersebut kemudian meneguk air itu. "Terima kasih." Air tersebut diteguk lagi. Sememangnya aku haus gara-gara berkejaran ke universiti tadi.

"Kau berdebar tak?" Tanya Amer tiba-tiba.

Hampir sahaja aku tersedak dengan pertanyaan tiba-tiba itu. "Kau dah kenapa nak berdebar?"

Amer mengangkat bahu. "Hackathon lagi 2 hari?" Dia bermain-main dengan air tin di tangannya. "Kita dah habis belajar, tinggal tunggu tarikh graduasi sahaja. Lepas ini mungkin dah tak selalu jumpa. Mungkin kita berjaya masuk jadi prodigy, dan mungkin juga tidak. Kalau kau tak berjaya jadi prodigy bawah S.A, macam mana?"

Aku berjeda sambil melempar jauh pandangan ke tasik University of Lance. Universiti kami betul-betul berada di tengah ibu kota Lionel. Di hadapan kami tersergam bangunan pencakar langit milik S.A berdekatan dengan lereng bukit. Puncaknya hampir tidak kelihatan kerana ditutup dengan awan dan kabus yang tebal. Tidak cukup dengan itu, ada hologram yang terpancar di ruang angkasa mengiklankan video pembukaan sempena hackathon yang akan berlangsung lagi dua hari.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now