BAB 18: Self Pity

51 7 8
                                    

"Are you okay, Amalia?" Tanya Addien dari pantri. Ketika itu ofis masih lagi kosong. Addien datang agak awal, dan membuka pintu pejabat.

Kebanyakan pekerja masih belum datang, kerana mereka senior. Sekiranya senior datang lambat, tiada sesiapa boleh pertikaikan, walaupun mereka yang pegang kunci pejabat. Dan junior yang datang awal perlu menunggu kadang-kadang sampai satu jam, hanya kerana aku satu-satunya junior. Waktu pejabat bermula pukul 9 pagi, dan seringkali pekerja lain datang pada pukul 9.30 pagi, kadang-kadang mencecah 10 pagi jika bos tidak datang.

Bila junior terlewat datang ke pejabat 5 minit, walaupun pintu pejabat tidak dibuka kerana yang memegang kunci ialah senior. Aku tetap akan jadi bahan gosip antara senior yang lain. Aku sudah maklum perihal ini. Senang cerita, semua orang ada kunci pejabat kecuali aku. Kerana aku junior. Aku benci budaya senior dan junior. Tidak bolehkah kalau aku menghormati seseorang semata kerana dia ada nilai yang baik, bukan semata kerana dia tua?

"Amalia, okay?" Dia bertanya dengan nada yang lembut. Barangkali perasan tingkah aku yang agak dingin. Ketika aku masuk ke pejabat, aku senyum ketika terserempak dengan dia, tanda profesional. Tidak sangka, dia perasaan senyuman penuh kepuraan aku.

Aku hanya memencilkan diri di ruang kerja aku. Muka aku ditutup dengan penghadang meja. Addien hanya nampak dahi aku sahaja di kala ini. Ibu jari diangkat menunjukkan tanda 'okey'.

"Dah makan?" Addien bertanya sekali lagi.

Aku tidak menyahut kemudian mengangkat ibu jari lagi. Semenjak apa yang berlaku semalam, aku sudah malas mahu melayan Addien. Sudah hilang hormat aku terhadap Addien.

Aku dapat dengar dia mengeluh kecil. Dia membawa air kopi yang baru dibuat ke ruang kerja pekerja yang kosong, beberapa petak jauh dari aku.

"You know, Amalia, sir said, bila senior marah kita walaupun kita tak buat salah, just admit it, and move on. Tak payah self pity."

Aku tercengang mendengar kata-katanya. Nasib baik muka aku dihadang dengan pemisah antara meja kerja. Aku diam sahaja, dia boleh tuduh aku self pity? Aku malas mahu melihat muka Addien di kala ini. Dia tuduh aku self pity? Ingat senang ke nak maafkan orang yang memalukan kita depan khalayak ramai, padahal salah itu bukan aku yang buat, dan aku hanya mengikut arahan.

Aku ingat lagi semalam, Bianca tiba-tiba menghempas fail di hadapan aku, ketika mesyuarat. Di hadapan Tuan James, Addien, Kak Nana dan beberapa jurutera senior dari limbungan kapal. Depan semua orang dia marah aku mengatakan kerja yang aku buat salah. Sebelum ini aku hantar kerja yang sama, dia kata okey sahaja. Sebelum ini boleh sahaja dia memberitahu aku baik-baik. Padahal aku cuma tolong dia sahaja, semata berlaku ihsan, itu bukan tugas aku pun. Orang dah bagi betis nak peha.

Aku tahu dia cuma nak melampiaskan marah aku. Padahal apa yang berlaku bukan salah aku. Aku baru kerja, dan hanya mengikut arahan senior. Aku kerja dengan Kak Nana dan Addien, sudah tentulah aku mengikut arahan mereka berdua. Manalah aku tahu Bianca takut sangat mati.

"Sir said, dekat mana-mana pun ada aje orang yang toksik, walaupun kita tak buat apa-apa. Bila ada masalah, just admit it, say that you're sorry, and fix the problem. Just as simple as that. Semua orang kena benda yang sama. Even the boss. Sebelum dia jadi bos pun dia banyak kena marah dengan senior. But just move on. Tak perlulah nak self pity."

Addien membebel pada aku pasal self pity hampir 15 minit, dan aku hanya buat acuh tak acuh, sambil tangan menekan kekunci komputer, melakukan kerja aku. Aku perasan satu perkara tentang Addien, sekiranya dia hendak bercakap apa-apa, pasti akan dimulakan dengan perkataan, 'sir said', seolah-olah Addien tak ada pendapat sendiri, semua benda perlu guna nama mak ayah, atau berlindung dengan pangkat mak ayah dia. Ia sungguh menjengkelkan.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now