BAB 6: First Downfall

57 6 10
                                    

Video CCTV yang menayangkan susuk Amer di dalam bilik rehat ketika di restoran Mi Tarik Wong tempoh hari dipandang lama. Jelas di situ wajah Amer membuka laptop aku kemudian memasukkan pendrive ke dalamnya. Aku tahu dia sedang mencuri sistem dalam laptop aku pada waktu itu. Dan aku tidak sangka kami berdua boleh ketawa dan makan bersama setelah dia mencuri sistem aku seperti tiada apa berlaku. Tapi siapa yang akan percaya Amer mencuri sistem dalam laptop aku. Pasti netizen akan putar belitkan fakta mengatakan, 'Itu cuma video Amer membuka laptop, tidak semestinya apa yang dia curi itu sistem Amalia. Tiada bukti yang jelas bahawa apa yang dia ambil itu sememangnya sistem orang lain.'

"Amalia, makan ubat." Ibu membuka pintu bilik aku. Bilik aku suram, kerana aku tidak mahu mengundang sebarang cahaya masuk ke dalam bilik aku di kala aku dihurung perasaan negatif.

Aku bangun dari katil kemudian meneguk ubat gastrik yang ibu berikan kepada aku. Panadol juga aku telan kerana aku demam dan pening kepala dalam masa yang sama. Setiap kali aku dilanda kebimbangan, ketakutan, tekanan, atau perasaan bersalah yang melampau sehingga memakan diri, akhirnya aku akan jatuh sakit kemudian gastrik aku sekali lagi menyerang.

Kali pertama ia berlaku ketika Aniq ditembak kerana aku merahsiakan perkara penting daripada ibu bapa aku sehingga aku menyalahkan diri aku sendiri kerana aku menipu.

Seperti sekarang, perasaan bimbang, takut, tertekan, bersalah menyerang aku sekaligus. Realitinya mental dan fizikal aku lemah sehingga aku sering jatuh sakit. Aku takut nak maki orang, aku takut nak berhadapan dengan manusia yang buat salah kepada aku walaupun dia menganiaya aku, sebab aku takut apa yang aku buat pada orang, akan datang kepada aku semula.

Aku bercakap besar di hadapan Amer dan tunjukkan bahawa aku kuat dan boleh berdiri dengan kaki aku sendiri, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku sebenarnya penakut. Kenapa orang lain yang buat salah, aku yang kena sakit? Padahal aku cakap perkara yang betul, aku buat benda yang betul.

Aku hanya mampu berkata akan menghapuskan Amer, tapi aku tak akan buat betul-betul. Perasaan itu kuat menyelubungi aku sehingga aku tidak mampu melakukan apa-apa tindakan.

Walaupun aku tidak tahu banyak tentang latar belakang Amer, aku tahu bahawa dia lahir dari keluarga kaya. Di universiti, Amer tidak dapat biasiswa kerana pendapatan tahunan ibu dan bapanya melebihi had sehingga tidak melayakkannya untuk mendapat apa-apa bantuan.

Aku tiada apa. Aku tiada duit, tiada kabel, tiada duit mak ayah untuk sokong aku. Dengan alat apa aku boleh melawan Amer kalau Amer bertindak untuk menghapuskan aku terus dari industri.

"Dah, jangan fikir sangat." Ibu membaringkan aku semula di atas katil. Dia mengusap kepala aku. "Amalia tak salah, jangan risau sangat."

Aku tersenyum kecil, mata aku perlahan-lahan terpejam. Dari bukaan mata aku yang kecil aku dapat melihat ibu keluar dari bilik kemudian menutup pintu aku untuk membenarkan aku berehat.

Satu idea menerjah masuk ke dalam otak. Mata aku tiba-tiba terbuka luas. Aku bangun dan turun dari katil secara mengejut, hasilnya aku terjatuh ke atas lantai kerana darah tidak sampai ke otak lagi. Kepala digelengkan supaya kekal cergas. Aku menghidupkan komputer. Aku menyelam lagi ke dalam laman web gelap itu, untuk berhubung dengan Knights of the Round Table.

Athusia: Guys, emergency!

Gwaine: Yo, wassup!

Lancelot: How's the competition?

Athusia: I have questions. Can someone edit the date for the last modified file, or change our computer's recent history, or maybe I want to change the date I start the project to be earlier? Or change the creation date?

I'M LOSTWhere stories live. Discover now