Bab 24: Spread Hate

54 7 5
                                    

"Amalia tak nak sambung kontrak, ayah." Nyata aku perlahan dengan suara yang serak. "Addien cakap Pascal naikkan gaji Amalia, tapi Amalia tak rasa Amalia kuat nak hadap dia orang lagi. Amalia penat, ayah. Nak layan orang yang asyik-asyik nak main politik, burukkan Amalia." Adu aku lagi. Mata aku sudah berkaca-kaca memandang wajah ibu dan ayah melalui telefon pintar.

"Amalia, dekat mana-mana pun ada tempat toksik. Kerja ajelah dekat situ. Sementara Amalia tak dapat kerja lain lagi." Ayah nampaknya tidak berpuas hati. "Dulu Amalia yang beria sangat nak kerja dekat situ, sekarang ini nak berhenti pula? Cuba jangan lemah sangat. Amalia ingat kalau kerja dekat tempat lain tak toksik? Sama juga."

Hati aku koyak mendengar kata-kata itu keluar dari mulut ayah. Aku terus memutuskan talian. Air mata aku terus berlinang di pipi.

Aku dah tak tahan sangat selepas balik daripada kerja tadi. Tengahari tadi, Bianca mengajak semua orang makan tengahari bersama-sama, kecuali aku. Dan aku tidak kisah jika dia ingin memulaukan aku dan anggap aku tidak wujud. Tapi yang aku tidak puas hati, selepas mereka pulang dari makan tengahari, semua orang memandang serong pada aku.

Aku tahu Bianca telah memburukkan aku di hadapan semua orang, under the name of so called discussion.

Pasti ayatnya bermula dengan, "Bianca is not gossiping, this is only a discussion. But you know what, Addien? Amalia is being disrespectful towards her seniors. She always came late. Lepas itu, Addien tahu tak, Amalia bagitahu tawaran gaji yang Addien offer dekat pekerja lain. Dia memburukkan nama baik syarikat. Dia bagitahu yang Encik Pascal suruh Amalia sambung kontrak di bawah program kerajaan, sebab tak nak bayar gaji pekerja."

Aku tahu apa yang mereka bualkan kerana Addien. Addien tiba-tiba menegur aku suruh aku minta maaf pada Bianca. Dan dia juga menasihatkan aku supaya tidak memberitahu berkenaan tawaran yang diberi kepada aku, kepada pekerja lain. Sekali lagi, dia menuduh aku self pity.

Mungkin Bianca salah sangka tentang harga lesen kereta yang aku bualkan dengan Rafiq ketika majlis makan malam tempoh hari. Aku cuma memberitahu bahawa harga lesen kereta aku 2600. Dan baru-baru ini Addien ada memberitahu aku bahawa Tuan Pascal mahu menaikkan gaji aku kepada 2600 sekiranya aku menyambung kontrak. Padahal Tuan Pascal cuma menambah 400 sahaja.

Aku tidak faham dengan Bianca. Aku cuma duduk di tempat aku, dan buat kerja. Aku langsung tak hiraukan gosip mereka. Sikit pun aku tak cakap buruk pasal Bianca. Dan selama aku bekerja, aku tak pernah beritahu perbuatan buruk yang Bianca dan Nana buat sewaktu Addien tiada di pejabat. Aku tak pernah bagitahu Addien yang Bianca burukkan Addien di hadapan aku. Aku simpan semua sendiri sebab aku bukan jenis yang mengadu domba.

Addien tak pernah nampak semua itu. Addien tak tahu ke yang dia pun jadi topik gosip mereka ketika dia tiada di pejabat? Dia tak nampak ke yang selalu cakap buruk pasal orang lain cuma Bianca seorang? Bagaimana Addien boleh percaya kata-kata orang yang selalu bercakap buruk pasal orang lain?

Aku tidak sangka Addien sebodoh itu.

Dan kau tahu siapa paling bodoh dekat sini?

Aku.

Aku bodoh sebab pergi tandatangan untuk menyambung kontrak minggu lepas. Kerana aku tidak sangka perkara akan jadi meleret dan teruk begini.

****

Besoknya, aku pergi ke pejabat seperti biasa dengan hati yang sudah mati.

Dahulu, aku selalu menyangka, jika aku diam di saat mereka menyalahgunakan hak aku, mungkin mereka tidak akan melakukan perkara yang aku tidak suka lagi. Jika aku abaikan, mungkin mereka akan mati kerana ketandusan perhatian.

Aku diajar untuk diam daripada kecil. Di mana jika aku bersuara pada orang yang lebih tua, aku akan dianggap kurang ajar, walaupun perkara yang aku akan suarakan itu betul.

Aku diam apabila ditengking, aku diam ketika dibuli, aku diam apabila difitnah. Dan di saat aku bersuara, fikiran dan hujah aku dimanipulasi oleh mereka. Mereka akan mengungkit perihal atau kesalahan yang aku telah buat di masa lampau, yang tidak ada kena mengena dengan situasi sekarang, untuk membuat orang lain fikir bahawa semuanya salah aku. Red herring. Cara musuh mengalihkan perhatian daripada topik sebenar pada sesuatu yang tidak relevan.

Di universiti, aku belajar hampir semua perkara supaya tiada sesiapa boleh memanipulasi aku. Kononnya mahu mempertahankan diri sekiranya aku dihentam dan dibuli sekali lagi. Aku mengambil subjek tambahan Business, Psychology, Economics, Law, Sign Language, bahkan subjek Thinking Skill untuk berhujah dengan betul. Semata-mata mempersiapkan diri masuk ke dunia sebenar walaupun ia tidak berkait dengan kursus yang aku ambil.

Dengan semua ilmu yang aku belajar, aku dapat mengenal pasti bahawa aku sedang dimanipulasi. Dan sekiranya aku menyuarakan perkara itu, tiada sesiapa yang akan percaya. Kerana mereka tiada ilmu. Tiada ilmu untuk menimbang perkara yang logik dan yang tidak logik. Mereka bahkan tidak tahu cara berfikir dan membuat hujah yang betul. Segala hujah dan kritikan akan dianggap sebagai personal attack bagi orang-orang yang bodoh. Kita selama-lamanya tidak akan pernah menang berhujah dengan orang yang bodoh.

Cukup 3 kali mereka menipu aku, sebarkan fitnah tentang aku, memalukan aku di hadapan khalayak ramai. Menyangka aku akan berubah dan menjadi penjilat untuk mereka, berfikir aku akan terus menerus mengecilkan diri semata-mata untuk kerja dengan gaji yang tidak bermaruah.

Dengan ilmu yang aku pelajari, sekali lagi aku pilih untuk diam dan pergi dengan cara terhormat. Tapi kali ini, aku diam dengan ilmu dan bukan diam kerana takut.

Petang itu, aku menyiapkan semua tugasan aku, kemudian memberikan fail kepada Bianca. Bianca langsung tidak memandang aku, dan melayan aku dengan dingin. Aku juga tidak heran sudah dengan dia. Setelah dia menengking, hempas fail di hadapan aku, memalukan aku di hadapan semua pekerja baru dan juga Addien, sebarkan fitnah pasal aku. Aku cuma berharap hidup dia musnah. Dia mahu bermain politik dengan aku.

Dia fikir Gen Z seperti aku heran dengan dia, atau kemaruk sangat untuk jadi penjilat semata untuk bekerja di syarikat kecil yang hanya tahu manipulasi pekerja dengan slogan, 'kita keluarga', dan meneruskan perbuatan zalimnya seperti tiada apa berlaku.

Sekarang baru aku mengerti bagaimana dia boleh bekerja lama, kerana taktik dia dalam menjilat orang atasan, dan memburukkan orang lain supaya dia nampak bagus. Bos tidak pernah mendengar perkara buruk tentang Bianca dari mulut orang lain, kerana orang lain tidak toksik sepertinya, yang suka cakap belakang. Sekiranya ada konflik, Bianca akan jadi orang pertama yang menjadi penyampai berita supaya bos tidak dengar dari mulut orang lain. Bianca itu beruntung pekerja lain tidak sejahat dia, yang suka mengadu domba.

Bianca, don't you think I am too young to be messing with? Kau sebarkan fitnah tentang aku, kau ajak satu ofis untuk bencikan aku, kau memanipulasi aku, yang hanya berumur 22 tahun, dan tiada pengalaman dalam dunia korporat yang dipenuhi politik. Are you that weak until you need the whole fandom only for the sake to ruin me? Kau tercabar ke dengan apa yang budak berumur 22 tahun boleh buat, sampai kau perlu hasut satu ofis untuk buat hidup aku merana?

I know I'm on the right path when they are intimidated by my capabilities.

Aku pulang ke kondominium aku dengan perasaan yang berkecamuk.

Nombor telefon ibu didail. Perkara pertama yang aku memberitahu pada ibu ialah, "Ibu, Amalia tidak mahu sambung kontrak dengan syarikat itu." Kemudian aku menangis. "Addien tipu Amalia. Dia baik sebab politik. Senior dekat situ buli Amalia, memalukan Amalia depan orang ramai, lempar semua kerja dekat Amalia hanya disebabkan Amalia junior yang paling muda. Bianca tengking Amalia atas kerja yang bukan bawah tanggungjawab Amalia pun."

"Tak apa, Amalia. Jangan menangis." Ibu kelihatannya risau melihat aku yang menangis teresak-esak. Itu pertama kali aku menangis di hadapan ibu. Selama ini aku tidak pernah menunjukkan apa-apa perasaan 'negatif' kepada ibu bapa aku. Aku cuma nak ibu faham, bahawa anaknya ini rasa tiada tempat untuk dia pergi lagi.

"Amalia balik, kerja dengan ibu aje. Tak apa, Amalia. Balik." Pujuk ibu berkali-kali. "Kalau orang tak hargai Amalia, ibu ada."

Aku menangis semahunya di hadapan ibu. Mujur ayah tiada bersama ibu di kala aku menelefon ibu. Jika tidak, pasti ayah akan memarahi aku lagi kemudian menuduh aku lemah.


*****

1304 words 

I'M LOSTWhere stories live. Discover now