BAB 32 : Ate with no crumbs.

55 6 9
                                    

Pintu masuk ke dewan utama ibu pejabat NexGen dibuka dari dalam oleh pengawal keselamatan. Manusia dari pelbagai latar belakang, baik wartawan, pelanggan, dan penggemar industri teknologi meluru masuk ke dalam dewan yang berdinding kaca dengan jubin putih berkilau. Barisan kerusi yang tersusun sudah penuh diduduki, dan ada yang sampai berdiri semata untuk mendengar pengumuman daripada syarikat NexGen. Wawancara itu dibuat secara langsung di semua platform.

Baru semalam NexGen menggemparkan dunia dengan pengumuman pelancaran sistem terbaru, dan akan diaplikasikan dalam negara bermula tahun hadapan. 3 bulan lamanya mereka perlu menarik pelabur, dan yakinkan kerajaan untuk bekerjasama dalam hal ini. Agak terlewat, tapi lebih cepat daripada S.A.

Di tengah ruangan, terbentang karpet merah pada dewan itu. Seorang lelaki berpakaian korporat berjalan dengan yakin di atas karpet merah, ke hadapan pentas yang memaparkan logo NexGen. Simbahan cahaya kamera dari pelbagai arah mengikuti langkah lelaki itu sehingga dia naik ke atas pentas, berdiri di belakang meja berucap. Nafas ditarik dalam, sebelum lelaki itu tersenyum profesional.

Wartawan wanita mengangkat tangan, bertanya soalan dalam bahasa Inggeris. "Tuan Arif, hari ini adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak. Bagaimana perasaan tuan menjelang pelancaran sistem terbaru NexGen?"

"Saya sangat bersemangat dan bersyukur hari ini." Arif tersenyum sebelum dia memandang tepat pada kamera. "Pertama sekali saya nak mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Amalia Wong, system developer kami, serta ketua projek bagi sistem ini. Dan juga pasukan NexGen yang telah bekerja keras, bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang unggul, inovatif, dan dapat mengubah cara dunia berinteraksi dengan teknologi. Tidak lupa juga pihak pelabur, pemegang saham NexGen, kerajaan Australia yang yakin pada kami untuk menjayakan sistem ini. Saya yakin sistem kami, yang kami namakan 'Biometric Secure ATM,' akan mencapai kejayaan yang luar biasa dan akan memudahkan masyarakat di masa akan datang."

Saat Arif berbicara, skrin besar di belakangnya menunjukkan simulasi visual yang menggambarkan fungsi dan kelebihan Biometric Secure ATM. Suasana di ruangan itu dipenuhi dengan nada kagum yang keluar dari mulut penonton. Muzik latar ketika simulasi itu berlangsung juga membantu memberikan impak yang lebih berkesan dalam mempromosikan sistem itu. Masing-masing ada yang sudah ternganga kagum. Sistem tersebut nampak mudah, tetapi di belakang sistem yang mudah untuk diguna itu, terdapat koding yang rumit. Susah pada developer, tapi mudah digunakan untuk end user. Itulah pengorbanan developer di belakang tabir.

"Ia merupakan sistem pertama dalam dunia yang akan menggunakan cap jari pada sistem ATM, dan pada sistem paywave. Untuk permulaan kami akan gabungkan dua sistem dalam satu mesin ATM bagi masyarakat menyesuaikan dengan sistem terbaru, sebelum sistem kad beransur-ansur dilupuskan."

Wartawan kedua mengangkat tangan. "Apa yang membuatkan Biometric Secure ATM lebih hebat daripada penggunaan kad yang sedia ada?

"Sistem kami, Biometric Secure ATM, menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi, berbanding sistem ATM tradisional. Kerana pengesahan biometrik lebih sukar untuk disalin atau dicuri daripada kod PIN atau kad. Ini dapat membantu mengurangkan kes penipuan kad dan pencurian identiti, meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam sistem perbankan."

Seiring Arif menjawab pertanyaan, pasukan teknikal NexGen mempersembahkan simulasi Biometric Secure ATM secara langsung pada skrin besar, menunjukkan kemampuan sistem dengan kecepatan dan ketepatan yang luar biasa.

"Dengan Biometric Secure ATM, pengguna tidak lagi perlu membawa kad fizikal atau mengingat kod PIN, menjadikan urus niaga ATM lebih mudah dan mesra pengguna. Ini dapat memberi faedah kepada individu dari semua peringkat umur dan latar belakang, terutama mereka yang mempunyai cabaran dari segi ingatan." Arif menyebut satu per satu kelebihan sistem mereka dengan teratur dan sistematik supaya kata-katanya dapat difahami oleh semua peringkat umur.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now