85 🌸

104 13 0
                                    

Sebaik sahaja melepasi pintu di hadapannya, Alexa tercengang melihat Alex dan Raz yang kini berada di udara.

Tangan mereka tergapai-gapai di udara mencari nafas. Di hadapan mereka terlihat Bruce tersengih sinis sambil menatapnya yang baru sahaja tiba.

"Kamu semua bukan lawan aku. Macam mana orang-orang ku boleh kalah ditangan kamu semua?" Soal Bruce agak kasar dan berlagak.

Alexa menderam kegeraman melihat perlakuan Bruce terhadap Alex dan Raz.

"Lepaskan mereka!"

Bruce ketawa besar. Dia menatap permata di tangan kirinya.

Alexa yang menyedari perkara itu tergamam. "Kau..apa.."

"HAHAHAHAHHAHAHAHA! sekarang engkau tahu siapa yang lebih berkuasa! Dengan adanya azuarium ini, tiada siapa pun yang dapat mengalahkan aku!!!! HAHAHAHHAHA!!" Bruce bangga diri. Kata katanya membuatkan alexa menggenggam kedua- dua tapak tangannya.

"Takkan aku biarkan!" Seperti angin , Alexa muncul dihadapan bruce sambil menunjukkan mata panahnya ke arah Bruce. Sebelum sempat bruce melakukan apa apa , anak panah menusuk tepat ke bahu kirinya. Darah hitam keluar membasahi lengan baju bruce. Bruce berdencit kegeraman. Terus terlepas alex dan Raz daru genggamannya. Sepantas kilat, Alexa meneleportkan alex dan Raz ke luar istana.

Wajahnya kemerahan kerana menanggung amarah yang amat. "Berani kau!" Tangannya mula mengeluarkan api. Rambutnya berapi api. Anak matanya pula bertukar warna menjadi merah darah. Tubuhnya mengeluarkan api marak berwarna merah menunjukkan dirinya yang sedang marah.

Bruce yang melihatnya tercengang.

"Macam mana kau?" Soalnya memikirkan kekuatan lawannya yang tadi dan sekarang yang agak berbeza.

Ini disebabkan raz dan alex membahagikan kuasa mereka kepada dua hampir setengah hidup mereka. Kuasa mereka juga terpecah menjadi dua. Jadi mereka tidak semahirnya menggunakan kuasa dari azuarium sepenuhnya. Mereka hanya mahir menggunakan kuasa yang berada ditubuh mereka. sebaliknya Alexa menggunakan kuasa sepenuhnya azuarium sepanjang hidupnya sehingga sekarang. Jadi dia lebih mengerti dan memahami cara menggunakan kuasanya.

"Sebab ini lah aku!" Sebaik berkata begitu, Alexa terus maju menyerang bruce. Bruce tidak membiarkan Alexa. Dia juga maju menyerang Alexa. Bilah pedang dihulurkan ke arah Alexa.

Sewaktu tubuhnya semakin mendekat ke Bruce, sewaktu itulah alexa memanah ke arah Bruce. Bruce bijak mengelak namun bilah panah yang terlepas melepasi bruce tadi tiba tiba berpisah kepada tiga lalu berputar kembali menyerang bruce. Bruce yang tidak menyedari tidak dapat mengelak lalu mengenai belakangnya.

Dia tidak terkesan dengan panahan tersebut lantas terus menyerang Alexa bertubi tubi. Serangan nya berjaya mencalarkan pipi Alexa.

Alexa mendengus kegeraman. Semakin terang api yang menyelimuti tubuhnya. Sewaktu bruce sibuk menetak Alexa, alexa berputar membuatkan rambutnya yang berapi mengenai wajah kacak bruce menyebabkan wajahnya melecur sebelah.

Bruce berundur beberapa langkah ke belakang sambil tangannya menekup sebelah wajahnya yang melecur. Darah mengalir di balik tapak tangannya.

"Berani kau!" Desis bruce. Dia menukar rentak berlawannya. Dia menggunakan sihir kegelapannya untuk menangkap Alexa. Bayang hitam muncul ditapak kaki Alexa. Tak sempat dia melarikan diri, tubuhnya diliputi oleh bayang tersebut. Kini, dia terkurung di dalam bayang hitam itu.

Alexa sekadar mengeram marah. Namun dia langsung tidak bertindak untuk melepaskan diri. Dia berdiri disitu memerhatikan sekelilingnya cuba mencari titik kelemahan bayang tersebut.

Tiba tiba tubuhnya bertukar warna kebiruan. Rambutnya beralun dan dihujung rambutnya tumbuh ais ais yang membeku. Matanya bertukar menjadi warna biru. Dia memegang bayang tersebut dan menyebabkan bayang tersebut membeku luar dan dalam.



**********************************



"Hahhahahahahhaha!" Tawa bruce gembira. Dia berjalan mengelilingi bayang kegelapan yang mengurung Alexa. Namun secara tiba tiba bayang dihadapannya membeku. Dia mengundurkan dirinya jauh dari situ apabila dapat menghidu sesuatu. Tak beberapa saat selepas itu, bayang nya yang telah beku pecah berkecai begitu sahaja. Alexa masih berdiri di situ sambil melihat ke arah Bruce. Dibibirnya terdapat senyuman yang tidak dapat ditafsirkan.

"Lagi?" Tawa Alexa mengejek. Tangan kanannya kini telah membeku keseluruhan membentuk snepal. Dia duduk bersila disitu tanpa mengendahkan bruce yang seakan terkejut dengan kuasanya.

"Sekarang duduk dan rasakan." Kata Alexa agak lembut namun dalam nada yang keras. Dia menatap bruce agak tajam.

"Takk akan aku biarkan!" Jerit bruce sekaligus memasukkan azuarium ke dalam tubuhnya. Alexa sekadar menatapnya tajam. Dia tahu akan perkara yang dilakukan bruce namun dia cuba untuk tenang.

"Shot!" Ujar Alexa sekaligus snepal yang ditangannya mengeluarkan butir peluru ais tanpa henti menghentam bruce.

Sepantas kilat bruce membuat perisai terhadap dirinya. Kini dia dapat rasakan kuasa yang hebat di dalam tubuhnya. Namun tak berapa saat kemudian, tubuhnya mengeletar dan dia berasa sakit di dadanya. Boleh bayangkan sekiranya kuasa kegelapan dan kuasa alam semesta bergabung? Ha, mari kita lihat keadaan bruce.


























Tapi next chapter lah eh . Dadaaaaaaa

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now