50 🌸

261 21 0
                                    

Alex melalui lorong-lorong yang berada di hadapannya namun kelibat beberapa lelaki tadi masih juga tidak kelihatan. Dia mengeluh perlahan. Dia berhenti di salah satu lorong yang lenggang sambil matanya memerhatikan sekelilingnya.

"Sekejap betul hilang." Keluh Alex perlahan. Dia bercekak pinggang sambil berdiri di tengah-tengah lorong.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu lorong yang agak terpencil di hujung jalan. Lorong itu kelihatan agak sunyi dan tiada manusia yang melalui kawasan itu. Entah mengapa, dia berasa berminat untuk pergi ke lorong itu. Perlahan-lahan dia melangkah.

Sebaik sahaja memasuki lorong itu, tubuh kaku seorang lelaki menyapa pandangannya. Terkedu Alex dibuatnya. Tanpa berlengah dia mendekati lelaki itu. Wajah lelaki itu yang dipenuhi luka dan darah cuba diamati.

"Ni lelaki tadi! God, what happen?"

Jari telunjuk dibawa ke hidung lelaki itu. Namun dia tidak dapat merasa nafas lelaki itu. Tidak berputus asa, dia cuba merasa nadi di pergelangan tangan lelaki itu. Masih juga tiada denyutan. Terduduk Alex disitu sambil matanya masih lagi merenung wajah sang jejaka dihadapannya yang terbujur kaku tanpa nyawa itu.

Perasaan bersalah mula bertandang. Kalaulah, dia tiba awal.. kalaulah, dia cepat sikit tadi.. kalaulah... Dia membantu tadi.. lelaki ini pasti akan bernyawa lagi..

Dia jatuh kasihan pada lelaki itu. Entah mengapa, dia merasa sesuatu pada lelaki itu.

Tubuh itu diperhatinya sekilas. Kulitnya agak pucat dan tubuh yang kurus tetapi berotot. Mungkin semasa hidup dia seorang yang rajin bekerja tetapi kurang menjaga kesihatan diri.

Disebabkan rasa bersalah yang tidak diketahui mengapa, satu keputusan muktamad ditemerterai dirinya.

Alex segera melutut di hadapan tubuh lelaki itu yang kini terbaring secara melintang di hadapannya. Kedua-dua tapak tangannya dibawa ke dada lelaki itu.

Dia tahu akibatnya, tahu dengan apa yang dia bakal lakukan sekarang nanti akan melibatkan lelaki di hadapannya itu ke dalam kehidupannya juga. Tetapi, firasatnya kuat mengatakan lelaki ini bakal menjadi sesuatu. Ya, sesuatu.

"Dengan bersaksikan alam, aku.. Alex Reinser memberikan separuh nyawaku kepada lelaki ini!"

Sebaik patah perkataan itu dituturkan, angin bertiup kencang. Cuaca mula bertukar mendung. Burung-burung berkicauan sesama sendiri.

Mata Alex bercahaya kebiruan begitu juga telapak tangannya. Secara tiba-tiba, tubuh kaku lelaki di hadapannya mula bercahaya berwarna hijau menyilaukan mata sesiapa yang memandang.

Guruh berdentum kuat lalu menyambar tubuh si lelaki. Akibat dentuman yang kuat itu, bekalan elektrik di kawasan bandar tersebut terputus. Semua manusia di kawasan berhampiran mula menjerit ketakutan melihat bencana alam yang mula mendatang. Angin semakin lama semakin kencang sehingga mampu menumbangkan beberapa batang pokok yang kukuh berdiri.

Manakala tubuh Alex dan lelaki itu mula bercahaya semakin terang. Kedua-dua mereka terapung di udara.

Tidak berapa lama selepas itu, alam mula tenang. Keadaan menjadi seperti sedia kala semula.

Tubuh Alex dan lelaki itu telah jatuh semula ke tanah dan sudah tidak bercahaya.

Tercungap-cungap Alex menghirup nafas. Dia memerhatikan sekelilingnya. Hampir sahaja dia memusnahkan bandar itu. Sungguh dia tidak sangka bahawa penyerahan separuh nyawa akan menjadikan alam sebegini sekali. Kalau dilihat, mereka sekarang seperti baru sahaja di langgar angin puting beliung.

Namun itu bagi manusia-manusia disitu. Tubuh lelaki di hadapannya dipandangnya kemudian. Tangan lelaki itu diraih lalu dia cuba mencari nadinya.

Alex menghembus nafas lega apabila nadi lelaki itu mula berdenyut dan lelaki itu sudah bernafas semula.

Tanpa membuang masa, dia memegang tangan lelaki itu. Dia ingin menggunakan teleport untuk pulang ke rumah bersama lelaki itu.

"Teleport!"

Namun, tiada apa-apa pun yang berlaku kepada dirinya mahupun lelaki itu. Mereka tidak berpindah walau seinci pun. Akhirnya Alex mengeluh hampa. Sudah dia duga perkara ini akan berlaku. Tetapi tidak dia sangka kuasa teleportasi itu bukan miliknya lagi.

Ya, telah dia tahu bahawa apabila dia menyerahkan separuh nyawa kepada lelaki itu, ini bermakna dia juga menyerahkan separuh kuasanya juga.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk membawa lelaki itu melalui pintu dimensi sahaja memandangkan kuasa itu masih kekal bersamanya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now