11 🌸

535 41 3
                                    

Ain, Rina dan Tasha menunggu kehadiran Alexa di pintu pagar sekolah mereka petang itu kerana terdapat kelas tambahan yang diadakan oleh guru kelas mereka. Beberapa minit kemudian, kelibat Alexa muncul tercungap-cungap.

"Sorry beb, lambat sikit. Penat betul la hari ni." Termengah-mengah Alexa cuba mencari nafas. Mereka yang melihatnya terasa hairan. Dikejar hantu kah dia ini?

"Kau kenapa? Berpeluh semacam ja aku tengok?" Tanya Tasha inginkan penjelasan.

"Kau lari dari apa ni? Lain macam aje penat kau ni?" Soal Rina pula.

"Aku..aku..kena kejar dengan anjing Pak lebai tu hah!!"

Terhambur ketawa Ain, Rina dan Tasha pabila mendengar perkara tersebut. Bukan ketawa biasa-biasa tetapi terbahak-bahak pula tu!

Memang kurang asam betullah diorang ni, bukannya nak tolong aku boleh pulak digelaknya aku,getus hati kecil Alexa.

Tak sempat Alexa ingin membalas, tiba-tiba hatinya berasa sakit yang teramat. Dia memegang dadanya. Kerutan di dahinya jelas kelihatan. Semakin lama sakit itu semakin mencengkam hatinya.

Ain, Rina dan Tasha yang ketawa masih tidak menyedari keadaan Alexa itu.

"Arhh.." Alexa terjerit kesakitan. Matanya kian kabur. Pendengarannya kian menghilang. Serta-merta pandangan yang terus gelap.

Ain, Rina dan Tasha terperanjat dengan jeritan Alexa itu terus menerpa ke arahnya. Tubuh Alexa yang tumbang itu segera disambut Ain.

"Alexa?? Kenapa ni? " Alexa yang sudah terbaring di ribanya dipeluknya perlahan. Perasaan bersalah mula bersarang di hatinya kerana telah ketawakan Alexa sebentar tadi.

Manakala Tasha sudah bergegas ke dalam sekolah mencari pengawal keselamatan yang bertugas.

Rina pula bergegas mendapatkan guru di dalam sekolah.

Sungguh perkara yang menimpa Alexa benar-benar merisaukan mereka.

************

"Welcome back, Alex," ujar Aimin gembira. Padahal dia tidak sedar yang dia juga baru pulang ke situ bersama-sama dengan yang lain.

"Hey, kau lupa ke apa? Kita ni pulang bersama dengan Alex. Bukannya datang menyambut Alex." Tegur Raz melihat tingkah Aimin itu. Kimi dan Alex tersnum melihat Aimin yang seakan kanak-kanak yang mendapat gula-gula itu.

Aimin sekadar membuat muka. Jelik dengan sikap Raz yang suka menegur nya walaupun sebenarnya dia gembira kerana dapat membuat mereka semua ketawa.

Malas mahu melayan Aimin, Raz datang mendekat dengan Alex.

"So, apa perasaan kau sekarang?"

"Tentulah aku gembira. Aku dapat berjumpa dengan kekasih hati aku semula." Alex melempar senyuman lebar. Dirinya berdebar ingin bertemu dengan saudaranya itu. Sungguh dia takut untuk melihat apa reaksi yang bakal ditunjukkan Alexa kepadanya. Wajahnya berubah sayu.

"Tapi..aku takut dia marahkan aku.." sebak Alex berbicara. Namun ditahannya. Mungkin dia sedar kesalahan nya itu terlalu besar.

"Bro, aku tau kau sedih. Tapi hari ni aku nak kau happy. Kau tak jumpa adik kau lagi. So kau tak boleh buat spekulasi sendiri tentang reaksi adik kau nanti. Aku pasti dia akan gembira. Saudara mana yang tak suka kalau orang yang dia sayang kembali semula?" Pujuk Kimi panjang lebar. Tangan nya menyentuh lembut bahu Alex.

Aimin mengganguk-anggukkan kepalanya.

"See? Bukan aku saja yang berfikir macam tu kan? Kau aje yang suka think negatif. Sebab tu lah diri tu tak maju! Sebab tu lah takde awek!" Kutuk Raz tiba-tiba. Dia mengetuk kepala Alex.

"Buuuu.. kauu pun takde awek!" Aimin cuba membela Alex.

"Noh, kau pun sama jaa!"

Akhirnya berlakulah pergaduhan kecil antara mereka bertiga sehingga tidak menyedari sesuatu yang tiba-tiba menimpa Alex.

Alex menyentuh dadanya yang terasa sakit. Dia merasa tersangat sakit di hatinya seakan-akan dihiris sesuatu yang tajam. Merasakan hati nya mahu meletup ketika itu. Tangannya mencengkam dadanya kuat.

Namun kesakitan itu tetap tidak berhenti.

Pandangannya mulai kabur. Kepala nya merasakan berpusing-pusing. Ketika itu muncul seseorang di fikirannya.

"Exa...." Sebutnya perlahan sebelum pandangannya menjadi gelap.

_______________________





See? Karutkan. Tiber je pengsan. Taade angin taade ribut. Biasalah aku. Saja taade idea. Dah benda tu je yg timbul Kat benak Ni. Tu LAH aku taip.

So, teruskan lah membaca wahai reader yang tersayang lagi disayangi. 😘

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now