87 🌸

107 14 1
                                    

Alexa berlari di badan belakang bruce laju. Sambil berlari dia menetak. Bruce mengerang kesakitan akibat impak tusukan dari pedang Alexa yang mengeluarkan warna pelangi. Sebenarnya Alexa telah menumpukan keseluruhan kuasanya pada kedua dua bilah pedangnya. Jadi, setiap tetakan nya mampu menghancurkan tubuh Bruce.

Bruce cuba menggapai Alexa menggunakan tangan gergasinya. Namun Alexa pantas mengelak. Alexa menudingkan pedang di tangan kirinya ke arah langit. Sepantas itu juga muncul kilat lalu menghentam bruce sehingga bruce terjatuh terhempas ke tanah. Impak bruce telah membuatkan muncul kawah besar dibawahnya.

Sekali lagi Alexa menggunakan kekuatannya lalu tanah yang dibawah Bruce tiba tiba naik membawa Bruce ke udara. Impak tolakannya menyebabkan bruce terpelanting ke udara. Alexa terbang ke udara lalu menggunakan kedua dua bilah pedangnya menetak bruce sekuat mungkin. Bruce terhentak kembali ke tanah. Mulutnya melepaskan darah yang banyak. Dia cuba bangkit lalu menggapai Alexa. Alexa pantas mengelak lalu melemparkan kuasa tumbuhannya sehingga menjalar ke keliling tubuh bruce. Bruce kini terikat rapat.

Racun hitam dilelehkan dari mulutnya mengenai tumbuhan yang menjalar di tubuhnya sehingga tumbuhan tersebut lebur dan hancur. Bruce menyerang balas. Dengan pantas dia merentap tubuh Alexa lalu membalingnya jauh ke hadapan. Alexa menahan tolakan nya menggunakan kakinya. Terjadi lopakan tanah besar impak dari kakinya. Sekali lagi bruce mampir meludahkan racun hitamnya ke arah Alexa. Alexa yang pantas mengelak lalu melompat ke arah Bruce hanya dengan sekali lompatan. Dia menggunakan kuasa batunya untuk mencengkam kaki bruce dari bergerak. Tangan kirinya pula mengeluarkan ais lalu membekukan tubuh bruce sehingga ke lehernya. Pergerakan nya tidak tamat disitu apabila dia memotong sebelah tangan bruce menggunakan kuasa larvanya sehingga tangan yang diselaputi ais itu hancur berkecai. Bruce menjerit kesakitan.

Dia meludah kan racun  ke tubuhnya sehingga ais yang meliputinya hancur. Menggunakan sebelah tangannya sahaja, dia menampar tubuh Alexa sehingga Alexa terlempar jauh merempuh istananya. Akibatnya, istana di hadapannya hancur roboh hanya dengan sekali tamparannya. Namun dia sedikit tidak kisah. Dia hanya ingin mengalahkan dan membunuh Alexa.

Matanya kini menatap alex dan raz yang masih terbaring di dalam pelindung. Dia mampir mendekati lalu memijak perisai itu sehingga hancur. Namun hampa kerana terdapat perisai lagi yang muncul. Perisai itu muncul kembali setiap kali dihancurkan. Disebabkan berang, dia memuntahkan racunnya sebanyak mungkin sehingga perisai dihadapannya tidak lagi muncul. Sebaik sahaja dia mengangkat kaki ingin memijak Alex dan Raz, kelibat Alexa muncul melarikan Alex dan raz dari situ. Disebabkan kelajuannya itu menyebabkan alex mencelikkan matanya.

"Alexa..apa yang berlaku?" Soal alex agak lemah.

Alexa meletakkan alex dan Raz tidak jauh dari tempat pertarungannya.

"Lindungi abang dan Raz." Balas alexa sambil tersenyum.

Raz yang mendengar juga mencelikkan matanya. Dia tergamam melihat Alexa yang telah berubah penampilannya.

Sebaik sahaja Alexa melangkah ingin pergi melawan bruce semula, tangannya digapai oleh Alex.

"Datang kembali dengan nyawa." Ucapnya perlahan. Matanya merenung dalam mata Alexa yang keputihan itu. Sungguh dia terkejut dan takjub dengan kecantikkan adiknya.

Alexa sekadar tersenyum sebelum menghilangkan dirinya dari situ. Dia kembali muncul berhadapan dengan bruce.

Nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan."aku.."ucapnya perlahan lalu terus menyerbu menyerang Bruce. Apa yang dia tahu, untuk kedamaian dunia ini dan juga bumi, makhluk dihadapannya harus dikalahkan biarpun nyawanya digalang gantikan!

Air mata mengalir perlahan di hujung matanya. Wajah alex, raz dan kawan kawannya silih berganti muncul di fikirannya. Namun, apakan daya. Tugas dia adalah untuk menghancurkan bruce. Dia mengerling alex dan raz buat kali terakhir. Ya, dia kini akan menggunakan kuasa terakhirnya iaitu kuasa cahaya untuk memusnahkan bruce serta mendamaikan dunia itu. Kuasa itu adalah kuasanya yang paling terkuat. Dia menatap bruce kembali dingin. Sayap putih tiba tiba muncul dibelakangnya. Sesiapa sahaja yang melihat akan berfikir dia adalah dewi. Dengan kelajuan cahaya, dia terbang tinggi ke langit lalu menjunam jatuh ke bawah ke arah bruce. Pedang dipegangnya kejap. Cahaya keputihan bersinar memenuhi langit. Pedangnya juga mengeluarkan warna yang agak terang kerana dia telah mengalihkan semua kuasanya ke pedangnya. "My destiny.." semakin dekat pedangnya dengan Bruce, dia mengeluarkan kekuatan sepenuhnya lalu menghayun pedangnya dengan sangat kuat.

"To destroy you!!!!!" Ucapnya lantang terus menetak bruce dari atas kepala hingga ke hujung. Tetakannya menyebabkan satu kawasan tersebut bercahaya terang menyilaukan mata sesiapa sahaja yang memandang.

Alex dan raz yang melihat melindungi mata menggunakan tangan mereka. Mereka terkejut dengan apa yang telah dilihat mereka.

"Adikkkkk!!!!!!!"

"Exaaaaa!!!!!!"








***********************

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now