54 🌸

215 20 0
                                    

"Apa ni abang?" Soal Alexa sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Beg sekolahnya dilempar ke atas sofa. Dia mencekak pinggang. Wajah Alex dan Raz diperhatinya silih berganti. "Kenapa tiba-tiba je datang sekolah adik then jadi cikgu adik? Sejak bila pula abang dan Raz ad ilmu tentang perguruan?" Tembak Alexa lagi sebelum sempat Alex menjawab.

Alex menghembus nafasnya perlahan. "Ada sebab kami buat macam ni."

"Sebab apa? Nak mengorat kawan-kawan adik? Kau jangan nak berangan ye Raz! Kawan-kawan aku pun tak ingin kat kau lah." Bidas Alexa dingin. Dia memeluk tubuh dengan wajah yang cemberut.

"Eh, baik aku mengorat kau je." Balas Raz sambil mengenyit mata kepada Alexa. Alexa menjulingkan biji matanya ke atas.

"Bukanlah. Adik ni sabar kejap boleh? Kita duduk dulu. Then kitorang terangkan kenapa dan mengapa. Okey?" Alex cuba menenangkan Alexa.

Alexa sekadar berdiam diri sebelum dia menganggukkan kepalanya. Alex tersenyum lalu duduk berhadapan dengan Alexa manakala Raz duduk di sebelahnya di sofa.

"So, explain."

"Takde sebab lain selain nak lindungi adik. Abang pasti setiap perkara yang berlaku sekarang berkaitan dengan kita. Abang pasti ini kerja Bruce. Dan, ini tugas abang untuk lindungi adik." Ujar Alex berterus terang.

"Adik lagi kuat dari abang lah." Balas alexa acuh tak acuh.

"Memanglah, tapi adik tu lalai." Alex mengeluh perlahan. Susah mahu meyakinkan adiknya itu.

"Hurm, yerla. Tapi kenapa Raz kena ada sekali?"

"Macam adik kata tadi. Adik lebih kuat dari abang. But, kalau abang bergandingan dengan Raz, kita ditahap yang sama adik. Sebab tu Raz perlu ada dengan abang untuk protect adik." Terang Alex lagi.

"Okeyh la. Adik faham. Tapi macam mana tiba-tiba boleh jadi cikgu?" Berkerut wajah Alexa memikirkan perkara itu. "Umur Raz baru 19 kan? Macam mana dia boleh jadi cikgu kami juga?"

"Sejak bila kau tahu umur aku ni? Skodeng aku ek?" Raz mengenyitkan mata ke Alexa sekali lagi. Wajah nya berseri-seri dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi. Entah mengapa, dia pasti Alexa juga mempunyai perasaan terhadapnya.

"Eh, abang yang beritahu okey." Jawab Alexa sambil menjelirkan lidahnya ke arah Raz.

"Haish. Sebenarnya, kitorang tawarkan kepada pengetua sekolah adik tu untuk menaik taraf kan sekolah tu dengan lebih canggih. Abang cakap lagi, yang semua perbelanjaan nanti abang sponsor. Disebabkan sekolah adik tu ketinggalan zaman dan dah buruk, pengetua adik tu pun setuju. Jadi, abang letak syarat iaitu benarkan abang dan Raz jadi cikgu untuk sementara mengajar kelas adik sahaja atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dijelaskan." Panjang lebar Alex menerangkan.

"And Guess what? Kitorang berjaya jadi cikgu kat sekolah tu!" Raz tersengih menampakkan gigi-gigi nya yang tersusun rapi.

"Patutla, guna duit rupanya." Alexa mencebik tak puas hati.

"Money is very important for the present age." Ujar Alex.

"Whatever." Alexa bingkas bangkit dari duduknya lalu pergi ke biliknya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now