81🌸

181 15 1
                                    

- Situasi Alex -

Alex menyorokkan dirinya di sebalik dinding apabila melihat Dua orang pengawal Bruce di hadapannya. mereka kelihatan sedang berkawal di kawasan itu.  Nasib baiklah dia cepat bergerak kalau tidak semestinya dirinya sudah disedari oleh mereka berdua itu.

Dia Cuba mengamati kawasan itu. Setelah agak pasti pengawal itu hanya berdua, dia Mula menjalankan agendanya.

Dia mengambil sebiji Batu yang terdapat di atas lantai lalu membalingkannya ke semak yang berada tidak jauh di hadapannya. Kemudian dia cepat-cepat menyembunyikan dirinya.

Para pengawal itu nampak terkejut lantas bersiaga. Kedua-duanya Mula Mara ke arah semak itu untuk mengenal pasti punca bunyi yang mereka dengar sebentar tadi.

Alex tidak membuang masa, dia terus melangkah memasuki dalam istana melalui pintu yang dikawal oleh pengawal berdua tadi. Disebabkan pintunya tiada pintu, maka lebih senang untuk dia meloloskan dirinya.

Pergerakannya yang pantas langsung tidak disedari dua pengawal tadi.

"Kata Kaya tapi pintu istana pun takde. " Kutuk Alex. Dia kini sedang berjalan dengan perlahan mengikuti arah jalan yang dilaluinya.

Dia masih berhati-hati agar dirinya tidak tertangkap. Kalau tertangkap nahas jadinya. Setelah berjaya melepasi beberapa pintu tidak berpintu, langkahnya terhenti apabila melihat empat orang pengawal sedang berkawal di satu lagi pintu yang mempunyai pintu yang agak besar. Lebarnya mungkin sebesar seekor gajah. Mungkin Dua ekor. Pintunya pula bertatahkan berlian yang berwarna hitam. Walaupun agak nampak berkarat , pintu itu masih kelihatan 'kaya'.

"Eh, asal yang Ni Ada pintu pulak. Besar benor kau! Banyak pintu aku lepasi sebelum Ni semua taade pintu? Ke pintu Ni.." Alex Mula terfikirkan sesuatu. Suaranya masih dikawal agar didengari oleh dirinya sahaja.

Dia berpaling daripada menghadap mereka. Dia Cuba berfikir Cara untuk melepasi pengawal-pengawal itu tanpa menggunakan kuasanya.

"Jangan terlalu bergantung pada kuasa kau, Alex. Gunakan kekuatan kau sendiri. Kau masih boleh berlawan." Ujar Alex lagi untuk menaikkan semangatnya sendiri. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan. Setelah dia agak yakin dia telah bersedia untuk bertarung, dia memusingkan tubuhnya untuk melihat di sebalik dinding semula. Namun, berkerut dahinya apabila mendapati empat pengawal yang berjaga tadi telah tiada. Setahunya dia memang melihat Ada empat orang pengawal yang sedang berjaga di hadapan pintu besar itu tadi. Masakan dia salah tengok?

Tanpa teragak-agak, dia keluar dari dinding tempat persembunyiannya. Dia melangkah dengan berhati-hati menuju ke arah pintu besar itu. Tiba-tiba sebilah pedang laju membelah udara menuju ke arahnya. Tak semena-mena, Alex telah menggunakan kuasa anginnya untuk menghalang pedang tersebut dari menembusi tubuhnya. Pedang itu berhenti betul-betul satu inci sahaja daripada biji matanya.

Krangg!

Berdeting bunyi besi jatuh ke lantai apabila Alex menghentikan anginnya.

'cis, aku terguna kuasa!' ujar Alex kepada Alexa Dan Raz melalui telepati. Tanpa menunggu balasan daripada mereka, dia terus mematikan telepatinya.

Dia Mula diserang dari pelbagai arah. Pedang-pedang yang entah muncul daripada Mana Mula menyerangnya secara membabi buta. Dia mengelak serangan tersebut dengan angin buatannya. Setiap Kali pedang-pedang itu menghampirinya, mereka Akan terpelanting jauh seakan-akan Ada dinding halimunan yang melindungi Alex.

"Serangan seperti tu ingat dapat cederakan aku?!" Kata Alex. Matanya memerhatikan sekelilingnya mencari punca pedang itu.

"Yahhh!" Tiba-tiba seorang pengawal datang menyerangnya daripada belakang. Dia mengangkat TINGGI pedangnya ingin menetak belakang Alex namun malangnya Alex dapat membaca pergerakannya lantas memintasnya dengan menggerakkan sedikit badannya ke kanan.  Pedang yang membelah udara itu ditendang Alex sehingga patah dua. Pengawal itu sedikit kaget namun tetap tidak mengalah. Dia meneruskan serangannya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now