34 🌸

340 30 0
                                    

Sebuah teksi berhenti di hadapan perkarangan rumah Alex. Pemandu teksi itu memerhati sekilas rumah tersebut sambil memuji-muji dalam hatinya akan keadaan rumah itu. Sangat besar, cantik dan luas. Mesti orangnya kaya raya. Hailah, beruntungnya..

"Nah, pakcik." Alexa menghulurkan not 100 kepada pemandu tersebut.

Pemandu itu kelihatan serba salah untuk menerima not duit itu. Mungkin terlebih daripada cas tambang yang sepatutnya.

"Banyak sangat ni, dik." Ujar pakcik itu. Dia masih tidak mengambil wang itu.

"Takpe, pakcik. Anggap je saya sedekah. Buat makan anak-anak pakcik." Alexa melemparkan senyuman ikhlas.

"Terima kasih, dik." Akhirnya not 100 itu bertukar tangan. Pemandu itu menerima juga niat baik Alexa.

"Terima kasih pakcik." Ucap Alexa lantas keluar dari teksi itu. Dia sekadar memerhatikan teksi itu bergerak pergi dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Dia berpusing menghadap rumah itu. Terus mati senyumannya. Dia mencebik geram.

"Tak guna punya korang. Ritu balik janji nak jaga akulah, apa lah. Dasar hipokrit! Aku balik sekolah pun bukan nak amik. Janji bukan main. Last-last mungkir jugak!" Bebel Alexa sendirian sambil kakinya melangkah menghampiri pintu masuk rumah. Pagar yang tadinya terbuka telah ditutupnya kembali. Huh, pagar pun tak tutup. Nak bagi pencuri masuk ke apa?

Pintu rumah ditolak perlahan. Huh, tak kunci jugak?

"Asal senyap semacam je ni?"

Dia melangkah memasuki rumah. Sekeliling ruang tamu diperhatinya. Curiga dengan keadaan rumah yang agak senyap itu.

"Emmmm!"

Satu suara pelik menyapa telinganya.

"Emmm..emmm"

Kedengaran suara itu seperti tidak jauh darinya. Dia melangkah ke hadapan dengan perlahan. Risau dengan apa yang bakal dijumpainya itu.

"Emm...ermmmm...ermmmmm!!" Makin kuat suara itu mengeram. Nak bertelur ke apa ni?

Dia menghampiri belakang sofa. Suara itu kedengaran seperti berada di atas sofa itu. Perlahan-lahan dia menjengukkan kepalanya. Dan akhirnya jelas di matanya terlihat akan sesuatu yang berada di atas sofa itu.

"Bcjddjjff!!"

****************


"Explain now!"

Alexa mencerlung tajam ke arah Raz, Kimi dan Aimin yang kini sedang berdiri di hadapannya. Mereka kelihatan langsung tidak bersalah dengan apa yang telah dilakukan mereka. Malahan mereka masih boleh tersengih.

"Apa yang korang dah buat kat abang?" Alexa berdiri sambil mencekak pinggang.

"Err.. haha..." Aimin tergelak geli hati.

Alex sekadar berbaring di sofa kerana letih. Letih setelah dibelasah oleh Raz, Kimi dan Aimin! Sudah lah dibelasah, diikat kedua-dua tangan dan kaki nya juga! Ditambah pula dengan mulutnya yang disumbat dengan kain! Bagai sudah menjadi mangsa penculikan bersiri! Memang jahanam sahabat-sahabat dia itu.

"Nak bunuh abang ke apa?" Alexa masih lagi marah.

Sebentar tadi, dia betul-betul terkejut apabila melihat Alex terbaring di sofa dalam keadaan tangan dan kakinya yang diikat. Sungguh menyedihkan keadaan abangnya itu ketika itu. Memang nahas Kawan-kawan abang itu nanti dikerjakan nya!

"Alexa.." panggil Kimi.

"Apa!?"

"Hey, jangan lah marah-marah. Aku pasti selepas kau dapat tahu kenapa kami buat dia macam tu, kau akan setuju dengan tindakan kami." Ujar Aimin sambil berpeluk tubuh.

Alexa mengerutkan dahinya. "Sebab apa?"

"Sebab...." Aimin berjalan menghampiri Alex yang masih terbaring di atas sofa. Dia berhenti betul-betul di belakang sofa. Alex yang seakan-akan tidur itu dipandangnya seketika.

"Dia cakap dia nak kenenkan kau dengan Dato Ismail." Jujur Kimi memberitahu.

Terkejut Alexa dibuatnya. Raz pula sekadar mendiamkan diri.

Habislah kau Alex, muahahahhahahaa! Gelak Aimin dan Kimi di dalam hati.

"Jadi?"

Pertanyaan Alexa menyentakkan Raz, Kimi dan Aimin. Sial, dia tak kesahke kena kahwin dengan lelaki tua bodoh tu?!

Raz memandang Alexa meminta penjelasan. Aimin dan Kimi pula sudah tercengang.

Alexa dilihat sedang melutut di tepi kepala Alex. Wajah Alex dibelai-belainya perlahan penuh kasih.

"Jadi, awak tak kesah kahwin dengan pakcik tua tu?" Raz menyoal. Dia memandang Alexa sejenak sebelum melangkah pergi dari situ. Hatinya sakit melihat reaksi Alexa yang seakan terima cadangan si Alex itu.

"Hey, Alexa? Kau tak kesah ke?" Tanya Aimin hairan.

"Kau nak kahwin dengan Dato Ismail tu?" Kimi juga tidak puas hati.

"Kahwin? God! Dia datuk kitorang!"



The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now