52 🌸

262 17 0
                                    

Bruce memandang patung-patung manequin yang berada 30 meter di hadapan nya dengan pandangan kosong. Dia sekarang berada dalam gelanggang pertarungan yang berada di istananya.

Ouh ya, sebenarnya Bruce merupakan putera sulung kerajaan Soul. Namun disebabkan dia memiliki kuasa kegelapan, menyebabkan dia disingkirkan sebagai putera mahkota. Manakala adiknya pula yang diangkat sebagai putera mahkota.

Kerana terlalu marah, Bruce telah menyerang kerajaan Soul serta telah membunuh seluruh rakyat di negara itu termasuklah ahli keluarganya sendiri.

Disebabkan itu, dia tidak memiliki pangkat raja atau apa-apa pun kerana sekarang kerajaan Soul telah musnah teruk kerana perbuatannya sendiri.

Dia kini hidup dalam istana tinggalan kerajaan Soul bersama beberapa penjenayah yang berjaya dimilikinya.

Sebelum terlupa, Jacob pula sebenarnya merupakan adik angkatnya sahaja. Dia telah menculik Jacob dari sesebuah kerajaan dahulu selepas sahaja beberapa minggu kelahiran Jacob. Namun Jacob diberitahu bahawa Bruce merupakan abang kandungnya.

Jacob dan beberapa orang suruhan nya sekadar berdiri di luar gelanggang itu memerhatikan ketua mereka.

Bruce mendepakan tangannya ke hadapan. Tangannya mula mengeluarkan asap hitam pekat. Langkah mula di atur laju membelah angin. Sekelip mata dia berada di hadapan salah satu patung manequin itu.

Dia mengangkat tangannya tinggi ke udara. Sekelip mata asap yang berada di tangannya bertukar menjadi ceracak tajam yang panjang. Tanpa membuang masa, tubuh manequin itu ditusuknya bertalu-talu. Satu demi satu patung manequin jatuh dengan kesan torehan yang agak besar. Ada yang dipenggal kepalanya, ada yang kehilangan kedua-dua belah kaki. Ada yang terputus badan.

Nasib baiklah hanya patung, kalau tidak mungkin sekarang kawasan itu telah dipenuhi dengan darah-darah segar.

Setelah kesemua manequin itu tumpas, Bruce bergerak ke kawasan singgah sananya yang berada di gelanggang pertarungan itu. Dia tersenyum kerana kuasanya semakin lama semakin hebat. Mungkin pemilik Azuarium itu juga sudah tidak mampu mengalahkannya. Namun, dia tetap perlu mendapatkan Azuarium itu agar dia dapat menguasai seluruh dunia.

Dari dulu sehingga sekarang, tidak berhenti-henti dia membunuh orang yang mempunyai kuasa. Kuasa mereka yang dibunuh akan diserapnya. Walaupun telah menyerap kuasa makhluk lain, dia tidak akan mempunyai kuasa lain selain kuasa dark.

Dengan menyerap kuasa pengguna elemen lain, kuasa nya akan semakin bertambah kuat.

Bayangkan, seluruh kerajaan Soul yang kesemuanya memiliki kuasa elemen cahaya, semuanya telah diserap oleh Bruce kerana tamak.

"Tuan." Panggil Jacob memecahkan suasana yang sunyi ketika itu sekaligus menghancurkan lamunan Bruce. Dia kini sedang melutut di hadapan Bruce yang berada di singgah sana. Selalunya Bruce terus akan kembali ke biliknya di dalam istana selepas berlatih namun hari ini entah apa yang membuatkan dirinya duduk di sini. Lantas dia sekadar membiarkan kerana tidak ingin mengundang kemarahan sang ketua.

"Aku nak..dia bertindak hari ni."


****************












Oke, for the first thing.. author terlupa benda paling penting dalam cerita ni 😂

Author lupa nak terangkan tentang kerajaan-kerajaan yang berada di fantasi dan lain-lain 😭 ampunkan author yaa 😢



Dunia fantasi mempunyai 6 kerajaan berbeza di situ. Kerajaan Kristal merupakan kerajaan utama dan kerajaan yang paling besar di dunia fantasi.

• Kerajaan Kristal

Keseluruhan rakyat dan kerabatnya mempunyai kuasa elemen air dan sebahagiannya mempunyai elemen tambahan seperti ais.

• Kerajaan Soul

Rakyat dan kerabatnya mempunyai kuasa elemen cahaya manakala Bruce merupakan satu-satunya yang berkuasa dark.

• kerajaan api

Kerajaan yang mempunyai rakyat dan kerabat berkuasa elemen api dan kerabatnya mempunyai elemen tambahan iaitu elemen larva.

• kerajaan Peri

Kerajaan yang berpendudukan makhluk pari-pari yang kecil tetapi mempunyai kuasa yang agak besar seperti petir dan tanah. Satu-satunya kerajaan yang mempunyai dua elemen kuasa.

•kerajaan Sing

Kerabat dan rakyatnya mempunyai mempunyai kuasa angin.




Jadi maksudnya, hanya Bruce seorang yang mempunyai kuasa kegelapan kat dunia ni . Tapi Alexa dan Alex xde juga kuasa ni ya. Harap maklum .

> Vote and comment <

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ