8 🌸

618 42 0
                                    

Asap berkepul-kepul di halaman rumah William dan keluarganya. Halaman rumah nya yang luas dipenuhi dengan asap hitam yang tebal.

Rumah William sebenarnya terletak di antara dua buah bukit yang menjadikan kediaman mereka agak tersorok dari pandangan mata orang ramai. Jadi kepulan asap itu tak mampu untuk menarik perhatian orang ramai kerana tiada sesiapa pun yang akan menyedarinya.

William, Lili, Alex dan Alexa keluar dari rumah setelah digemparkan dengan bunyi letupan yang kuat.

"Apa yang berlaku ni ayah?" Soal Alex sambil tangan nya erat menggenggam tangan adiknya.

William dan Lili sekadar mendiamkan diri.

Selang beberapa saat, kepulan asap semakin menghilang. Namun tiba-tiba beberapa orang yang berkerudung dan berpakaian hitam muncul di sebalik asap tersebut.

"Mereka dah datang.." bisik Lily kepada William perlahan agar tidak dapat didengari oleh anak-anak nya. Dia memeluk erat lengan suaminya.

William masih membatukan diri. Namun riak wajahnya seakan resah.

"Kembali berjumpa ,William." Ujar salah seorang dari lima orang yang berkerudung itu. Dia berdiri di tengah antara empat orang yang lain. Mungkin dia adalah ketua mereka.

"Ada apa kau kemari? Kedatangan kau langsung tidak dialu-alukan oleh kami." Kata William dalam nada yang tegas. Raut wajahnya kendur tenang.

Alex dan Alexa yang tidak memahami apa yang berlaku kepada mereka sekadar mendiamkan diri. Mereka dapat merasakan ada perkara yang telah disembunyikan oleh ibu dan ayahnya daripada mereka.

"Abang.. apa yang berlaku ni?" Soal Alexa bernada resah.

"Entahlah, abang pun tak tahu."

Tiba-tiba kedengaran tawa dari lelaki yang berkerudung sebentar tadi. Keempat-empat yang lain di tepi nya sekadar mendiamkan diri mereka. Mungkin menunggu arahan dari ketua mereka.

"Kau tahu, dan kau sedar apa yang aku inginkan." Lelaki berkerudung itu menapak ke hadapan beberapa langkah.

"Aku tak akan beri apa yang kau mahu." William menjawab sambil memandang tajam ke arah lelaki berkerudung itu.

"Baik kau pergi dari sini sekarang Kerna apa yang kau inginkan itu tidak akan pernah kau miliki !" Lily bersuara berani.

"Eh, Lily? Akhirnya kau sudi bercakap dengan aku ya." Lelaki berkerudung itu tersenyum sinis menampakkan gigi-gigi nya yang tajam seperti telah diasah.

"Kami dah buang benda tu." William tersenyum kecil.

Namun senyuman nya mati apabila lelaki tersebut ketawa dengan terbahak-bahak nya. Dia dan Lili berpandangan seketika. Resah mula bersarang dihati mereka.

Lelaki itu melangkah menghampiri William dan isterinya. Dia berjalan mengelilingi antara mereka berdua. Kemudian langkahnya terhenti di hadapan William.

"Perancangan yang terlalu rapi. Tahniah aku ucapkan. Namun ianya tak mampu untuk memperdayakan aku." Ucap lelaki tersebut di telinga William. Namun suaranya mampu didengari oleh yang lain.

"A..apa..mA...Maksud...k..kauu?" William resah. Dia dapat merasakan genggaman pada lengannya makin dieratkan Lily.

"Kau lupa.. ya kau lupa." Lelaki berkerudung itu berkata perlahan lalu mengundur tiga langkah ke belakang.

"AKU RAJA KEGELAPAN !!!"

Seiring dengan kata-kata lelaki berkerudung itu, langit yang mulanya cerah bertukar gelap. Angin bertiup kencang. Petir sambar menyambar. Titis-titis hujan mula kelihatan menghujani bumi.

William dan Lili tergerak di tiup angin yang kian menggila. Begitu juga dengan Alex dan Alexa. Mereka cuba untuk mencapai apa-apa sahaja untuk dijadikan tempat berpaut.

Alexa memeluk erat tubuh Alex agar dirinya tidak terbang ditarik angin manakala Alex memaut tangannya pada tiang rumah mereka dengan kuat.

"Tiada apa-apa yang dapat menghalang aku daripada memiliki permata Azuarium itu!" Lantang lelaki berkerudung itu bersuara sehingga menyebabkan kilat menyambar permukaan tanah. Tanah menjadi kawah yang besar setelah disambar petir tersebut.

Jelas riak ketakutan di wajah setiap mereka yang ada di situ kecuali mereka yang berkerudung. Mereka sepertinya tidak berperasaan.

"Tiada Azuarium itu disini !!" Jerit William kerana tiupan angin yang semakin kencang. Suaranya kedengaran timbul tenggelam bersama bunyi angin.

"Serahkan kepada aku atau kau sekeluarga aku bunuh!" Lelaki tersebut mulaa terangkat ke udara. Kaki nya tidak lagi menyentuh tanah. Dirinya kini diselubungi asap hitam yang tebal. Kilat semakin kuat berdentum.

Hujan yang mulanya rintik bertukar lebat. Lelaki itu membuat satu pusaran angin yang maha besar lalu menghalakan ke arah Willian dan Lily.

"Na.. nampak..nya..d..dia..tidak..t..tahu." ujar Lily tersekat-sekat. Dia sudah tidak mampu untuk bersuara disebabkan angin puting beliung yang tiba-tiba muncul memerangkap mereka berdua.

Lily dipegang erat oleh William.

"Ibuuuu!! Ayahhhh!!! " Alexa sudah meronta-ronta ingin melepaskan dirinya daripada pelukan Alex demi untuk menyelamatkan kedua ibu bapanya. Dia menangis teresak-esak melihat keadaan ibubapanya yang tiba-tiba diterbangkan puting beliung.

"Lepaskan Exa! Kita kena selamatkan ibu dengan ayah!" Semakin kuat tangisannya .

"Biar abang yang selamatkan ibu dan ayah, Exa tunggu di sini. Pegang tiang ini sekuat mungkin agar kau tidak ditarik juga." Alex cuba menenangkan adiknya itu.

Jangan sesekali datang selamatkan kami.. pergi.. selamat kan diri kamu berdua..

Alex dan Alexa tersentak. Suara yang muncul di fikiran mereka sebentar tadi seperti suara ayah mereka. Mereka memandang kelibat ayah dan ibu mereka yang berpusing-pusing di dalam puting beliung. Kelihatan manik mutiara lebat mengalir di pelupuk mata mereka. Mata mereka sayu menatap wajah anak-anak kesayangan mereka buat kali terakhir. Mereka cuba berkomunikasi dengan Alex dan Alexa melalui telepati.

Pergi.. jangan hiraukan kami.. jaga diri kamu wahai anak-anak ku.. jangan biarkan diri kamu terjatuh dalam lohong kegelapan..

Serentak dengan kata-kata ibu mereka itu, sebuah bulatan muncul di bawah Alexa lalu terus menyedut Alexa masuk ke dalamnya.

Sebuah bulatan juga muncul di bawah Alex,namun sebelum dia ditarik masuk ke dalam lubang itu, dia dapat melihat dimana ayah dan ibunya ditikam berkali-kali di tubuh mereka menggunakan berbilah-bilah pedang oleh orang-orang berkerudung yang datang bersama lelaki yang sedang terbang di udara tadi.

Tak cukup dengan itu tubuh mereka ditendang dan ditumbuk di merata-rata sehingga mereka tidak berdaya. Kelihatan tubuh mereka berdua dipenuhi darah.

Hampir menitis air mata Alex menyaksikan keadaan ibu bapanya itu. Semuanya berlaku terlalu pantas.

Sekali lagi dia dikejutkan kejutan apabila kepala bapa dan ibunya dipenggal sehingga terpisah daripada badan.

Meraung Alex melihat kejadian itu sejurus itu dia terus disedut ke dalam lubang itu.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن