41 🌸

328 25 0
                                    

Kringg!

Kringg!

Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran telah tamat digantikan dengan waktu rehat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar ke kantin untuk membeli makanan.

"Aku bawak bekal hari ni," ujar Alexa kepada rakan-rakan nya iaitu Ain, Tasha, Rina dan beberapa lagi rakan sekelasnya yang lain.

"Aku pun bawa." Kata Rina dan Tasha serentak.

"Memang hari ni hari bawa bekal Sedunia ke camna?" Soal Mika, rakan sekelas Alexa.

Mereka menolak meja mereka menjadi rapat agar muat untuk mereka semua makan bersama-sama.

"Ala, aku tak bawak bekal lah." Keluh Haikal sambil memuncungkan bibirnya. Oh ya, dia juga rakan sekelas mereka.

"Relax brader, brader relax 😎. Meh kongsi dengan aku." Ajak Leon mesra.

Manakala rakan mereka yang lain telah turun ke kantin untuk makan disana.

Sedang mereka ralit menjamah bekalan mereka, Leon jejaka bermulut becok mula berbicara.

"Korang ada dengar tak khabar angin baru-baru ni?"

Mereka pakat berpandangan antara satu sama lain sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu.

"Baru-baru ni, ada mayat budak dijumpai tak bernyawa dekat belakang lorong jalan Pak Kassim tu." Cerita Leon sambil berbisik namun masih jelas di pendengaran mereka semua.

"Ha, pasal tu. Aku pun ad dengar jugak." Jelas Mika sambil terangguk-angguk.

"Dengar cerita, kes tu kes pertama yang berlaku. Tak pernah-pernah lagi ada kes pembunuhan macam tu." Terang Leon.

"Maksudnya?" Soal Alexa agak keliru.

"Mayat budak tu dijumpai tanpa darah!"

"Jap, jap. Aku tak faham. Tanpa darah?" Soal Rina pula. Cerita yang didengarinya sekarang agak sensasi baginya.

"Dalam badan dia langsung tak de darah lah." ujar Mika pula. Wajah mereka satu persatu diperhatikan nya. "Banyak spekulasi pasal kes tu. Paling tak boleh blah, ada yang kata darah dia kena hisap vampire sampai dia mati."

"Uish, merepek betul. Wujud ke benda alah tu?" Haikal menafikan. Nampak sangat netizen-netizen sekarang suka tengok cerita hantu. Hailah, masalah. Karut benor!

"Sama ada wujud atau tidak, tu kurang pasti. Apa pun mayat budak tu memang serius takde darah. Aku pun tak mampu rungkaikan apa yang berlaku." Leon menyambung. Nadanya masih berbisik. Mungkin tidak mahu perbualan mereka didengari oleh orang lain.

"Ngeri weyh dengar." Tasha memeluk tubuh sambil menggigil kan badannya. Cis, nampak sangat buat-buat!

"Apa pun makan dulu. Jangan fikir sangat pasal kes tu. Waktu rehat dah nak habis ni." Ujar Alexa sambil meneruskan suapannya. Mereka yang lain mengiyakan lantas turut meneruskan suapan mereka yang tertangguh tadi.

--skip--

**************

"Ouh, pasal kes tu. Abang ada juga dengar." Terang Alex kepada Alexa. Matanya masih leka menonton televisyen di ruang tamu bersama-sama Raz, Kimi dan Aimin.

"Abang tahu ke siapa punya kerja?" Alexa menyoal lagi. Masih tidak berpuas hati selagi tiada jawapan pada persoalannya. Berita tentang budak yang mati dibunuh itu seakan-akan tidak mahu keluar dari otaknya. Sebab musabab nya nak juga dirungkai oleh otak pintarnya.

"Kenapa nak tahu sangat?" Soal Aimin, mencelah perbualan diantara kedua beradik itu.

"Bukan apa, dengar cerita dalam tubuh budak tu langsung takde darah." Terang Alexa.

Raz dan Kimi yang fokus menonton televisyen tadi terangkat keningnya ke arah Alexa. Wow, lain benar kes kali ni. Terperanjat juga mereka dibuatnya.

"Hummm..nanti abang siasat. Macam ada yang tak kena ja. Mustahil kerja manusia ni." Tangan kanan dibawa ke dagu. Lagak seperti sedang berfikir.

"Lepas ni Exa jangan keluar sendiri. Pastikan berteman." Tegur Kimi. Mengambil berat tentang keselamatan Alexa. Wajarlah, kerana budak yang mati dibunuh itu merupakan seorang gadis dan berusia sekitar usia Alexa! Jadi dia risau jikalau Alexa turut menjadi mangsa.

"Alaa.. bukan apa pun. Lagipun Exa kan kuat." Dia menunjukkan lengannya ( 💪 ) yang kering itu. Tak sedar diri, dah kurus tu kuruslah.

"What ever happens, please take care of yourself. I don't want to lose you like I lost mom and dad." Tutur Alex. Tangannya mengusap ubun-ubun Alexa lembut.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now