80🌸

165 12 0
                                    

Dengan adanya azuarium pada tubuh mereka ,mereka bertiga mampu untuk memasuki dunia magik pada bila-bila masa sahaja yang mereka kehendaki. Mereka telah merancang untuk menyerang istana Bruce pada waktu malam memandangkan pada waktu itu kemungkinan Bruce sedang enak diulit mimpi.

Mereka hanya datang bertiga. Walaupun rakan-rakan mereka berkeras ingin membantu, mereka tetap juga tidak membenarkan memandangkan hanya mereka bertiga yang memiliki kekuatan yang setanding untuk mengalahkan Bruce. Jadi amat tidak membantu sekiranya mereka turut membawa rakan-rakan mereka Dan berkemungkinan mereka akan mengalami kesusahan untuk mengalahkan Bruce memandangkan mereka perlu melindungi rakan-rakan mereka.

Alex meneleport kan diri mereka ke hutan yang berada di belakang istana Bruce. Alex mengetuai diikuti Alexa Dan Raz.

"Pastikan takde sikit pun kesilapan. Buat seperti yang dirancang." pesan Alex sewaktu sedang meredah belukar. Pergerakannya agak perlahan untuk mengelakkan sebarang bunyi.

Alexa Dan Raz sama-sama menggangukkan kepala tanda akur. Mereka meneruskan perjalanan.

Akhirnya mereka Tiba di belakang istana milik Bruce. Istananya kelihatan muram Dan menakutkan apabila dipandang. Dinding istana juga retak Dan terkoyak. Aura kegelapannya juga amat kuat. Tumbuhan yang berada dipersekitaran istana itu juga layu Dan mati. Langsung tiada keindahan yang dapat dilihat. Haiwan-haiwan juga kelihatan tidak normal. Bagaikan dirasuk sahaja. Tidak jinak Dan agak ganas. Memang tidak dapat dibela.

Seketika tadi pun hampir sahaja mereka dimakan oleh sekumpulan arnab yang agak pelik. Nasib baiklah, mereka mampu melepaskan diri tanpa menggunakan kuasa mereka. Yah, mereka bersepakat tidak akan menggunakan kuasa kerana semestinya Bruce Akan dapat menghidu kedatangan mereka.

"Sekarang Kita kena lepasi pengawal-pengawal istana." Kata Raz sambil meninjau keseluruhan istana.

"Kita Tak pasti berapa ramai pengawalnya yang berkawal sekarang. Tapi disebabkan dah malam keadaan lebih berpihak kepada Kita. Mungkin." Ujar Alexa pula. Matanya juga ralit memerhatikan sekelilingnya.

"Ikut rancangan. Pastikan inform setiap yang berlaku." Tambah Alex pula.

Sebenarnya Alex Dan Raz kedua-dua nya masih mempunyai kuasa telepati. Agak menghairankan namun mereka agak bersyukur kerana kuasa itu amat terlalu diperlukan sekarang untuk mereka berkomunikasi antara satu Sama lain.

Mereka memandang antara satu Sama sebelum sebilah pedang Tiba-tiba muncul ditangan masing-masing. Pedang yang Sama sewaktu mereka berlawan dengan makhluk-makhluk dihospital sebelum ini.

Mereka mengangguk sebelum berpecah ke haluan masing-masing.

'jangan mati.' suara hati Alex bersuara.

***************************

Bruce memerhatikan kelibat ketiga-tiga manusia yang telah hadir tanpa diundang di istananya itu melalui tingkap biliknya. Dia tersengih sinis.

Segelas air berwarna merah diraihnya sebelum disuakan kemulutnya. Dia menelan cecair itu dengan sekali tegukan sahaja.

Prang!!

Bruce melempar gelas yang dipegangnya ke dinding. Sikit pun dia tidak hairan Akan nilai segelas cawan itu. Baginya dia telah cukup Kaya untuk membeli gelas yang tidak berguna itu.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke singgahsananya lantas melabuhkan punggungnya disitu.

Para pengikutnya yang berdiri di hadapannya dipandangnya. Pandangannya tajam ditalakan kepada mereka.

Masing-masing menunduk hormat.

"Semestinya kamu tahu apa yang Bakal berlaku sebentar nanti." Bruce memulakan kata. Para pengikutnya sekadar mendiamkan diri. "Tetapi, tidak aku sangka yang mereka terlalu berani untuk hadirkan diri mereka kesini agar dapat membunuh aku."

"Jadi.. Tak mungkinlah aku Akan menggagalkan niat murni mereka itu." Sambungnya lagi.

Kata-katanya itu membuatkan para pengikutnya terkejut. Masakan ketua mereka ingin menyerah diri Dan mengaku kalah kepada musuh mereka?

"Maksud tuan, Kita Akan menyerah kalah?" Soal salah seorang pengikutnya berani. Matanya memandang Bruce dengan satu pandangan pelik. Tidak dia tahu bahawa soalannya itu Bakal membawa padah buat dirinya!

Tawa Bruce terhenti. Matanya memandang tepat ke arah pengikutnya yang bertanya itu.

"Pandang Mata aku!" Arah Bruce kepada pengikutnya itu. Dia menjegilkan biji matanya.

Dengan seribu tanda Tanya, pengikutnya itu sekadar mengikuti arahannya. Namun Tiba-tiba matanya berubah menjadi putih. Air liur Mula keluar dari mulutnya Dan berbuih-buih. Badan si pengikut Tiba-tiba bergetar hebat. Dan tanpa diduga, kepalanya Tiba-tiba meletup melimpahkan Sarah memenuhi lantai. Tubuhnya terus terbaring kaku tidak bernyawa.

"Hahahaha, Ada lagi yang mahu bertanya?" Soal Bruce sinis.

Para pengikutnya yang lain sekadar mendiamkan diri. Walaupun gerun dengan kematian teman mereka sebentar tadi, Bruce bukanlah seseorang yang patut mereka ingkari. Kalau tidak semestinya nasib mereka akan menjadi seperti si malang itu.

"Mana mungkin aku mengalah kepada orang yang lemah dari pada aku!"

"Jadi.. pastikan mereka datang Dan menjejakkan kaki mereka di hadapan aku kalau kamu semua mahu hidup! Akan aku hancurkan mereka semua disini! Silap besar datang mencari aku! Hahahahahahhaha!" Ujar Bruce angkuh memberikan arahan. Dia tersengih sinis.

***************************

Hai guys, apa khabar? 😘

Sorry sebab aku memang lembap sikit nak update. Yelah aku bukan banyak sangat idea. Idea tu pun kdg muncul kdg Tak. Even AQ rasa jalan cerita aku Ni semakin mengarut, aku Tak kesahh! 😂

Aku tetap nak teruskan. Yelah, dah separuh jalan aku taip, aku kena habiss kan jugak.

Aku ingat nak pendekkn cerita tapi tulh, Makin banyak pulak Bab yang aku taip. 😂 Aku masih Tak tahu macam Mana nak end kan cerita Ni. BTW aku Akan try. Sebab aku hrp DPT habiskan cerita Ni time pkp ni. 😎 InsyaAllah lah. Doa ii kan lah ye.

Tu je kut nak bebel. Apa ii nnt aku Roger.

Last guys, duduk rumah diam ii .

Bye 🤗.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now