45 🌸

285 21 0
                                    

Sebekas cecair berwarna merah pekat seperti warna darah dituang separuh ke dalam sebuah gelas kaca. Dia mendekatkan gelas itu ke hidungnya lalu menghidu bagai ada aroma yang harmoni. Terpejam matanya dalam menghayati bau aroma dari cecair tersebut.

Gelas itu digoncang-goncangnya perlahan di hadapan wajah. Matanya terbuka luas menampakkan mata hitam gelapnya. Terbias cahaya kegelapan disebalik renungannya. Senyuman sinis terukir di bibir.

Dia membangkitkan tubuhnya dari kerusi lalu melangkah dengan perlahan ke sudut bilik yang didudukinya. Keadaan di sudut bilik itu sangat gelap berbanding dengan kawasan bilik yang lain tanpa sebarang cahaya memandangkan tingkap di bilik itu yang tertutup serta dilindung oleh langsir yang berwarna hitam.

Gelas yang mempunyai cecair itu dihulurkan ke hadapan. Tangannya yang memegang gelas melebihi ruang gelap sudut itu. Hampir tidak terlihat tangannya ketika itu. Senyuman sinis masih terukir cantik di bibirnya. Entah apa yang difikirkannya.

"Ini habuan kau."

Tak sampai sesaat, gelas ditangannya dicapai sesuatu. Bunyi tegukan seperti orang meminum air jelas kedengaran. Seperti tidak minum setahun bunyinya.

Makin melebar senyuman di bibir lelaki itu. Dia duduk bertinggung di situ. Tangannya kemudian dibawa mengusap ubun-ubun sesuatu di hadapannya. Diusapnya dengan lembut. Namun tiada langsung kasih sayang di matanya. Nampak benor hipokritnya!

"Kau buat kerja kau dengan baik. Sebab tu aku berikan kau darah aku. Itukan yang kau nak? Darah aku yang manis.. hahahahha... entah apa yang manisnya bagi kau? Aku pun tak ingin ambil tahu. Yang penting kau ikut arahan aku." Ujar lelaki itu.

Mungkin semua dah dapat teka kan siapa mamat hipokrit ni?

Wajahnya didekatkan dengan telinga sesuatu itu. Leher lelaki di hadapannya dijilatnya rakus sebelum leher itu digigitnya kuat sehingga berdarah. Walaupun dia tidak mempunyai gigi taring, gigitannya amat berbisa kerana giginya yang tajam. Dia sendiri yang menyuruh orang-orangnya mengasah gigi nya sehingga tajam sebegitu. Katanya persediaan menghadapi musuh.

"Kau dapatkan budak tu, aku berikan apa yang kau nak." Tawaran dikemukakan apabila dia melepaskan leher lelaki itu.

Tujuannya hanya satu apabila leher itu digigitnya. Ya, dia menyalurkan sedikit kuasanya ke lelaki itu agar lelaki itu menjadi kebal daripada sebarang senjata.

"Baik, tuan." Jawab sesuatu di hadapannya itu agak patuh dengan tuannya. Ini kerana, lelaki itulah yang telah menghidupkannya dahulu. Memberinya nyawa dengan sedikit kuasa miliknya.

Bukannya dia tidak tahu tentang gigitan tuannya itu. sudah lama dia sedia maklum kerana apabila dia diperlukan lehernya itulah yang akan digigit tuannya sehingga berdarah dan membiru. Baginya, tuannya itu amat berkuasa!

Bruce tertawa jahat. Senyumannya makin disiniskan. Mungkinkah kali ini sasaran akan mengenai jeratnya?

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now