59 🌸

215 18 0
                                    

"Silakan duduk, wahai puteri." Raz menarik kerusi untuk Alexa sebelum Alexa melabuhkan duduknya. Alexa tersenyum malu. Tidak dia sangka Raz akan membuat sebegitu rupa untuk dirinya. Sudahlah dia diberikan kejutan apabila Raz membawa nya ke sebuah taman yang telah dihias dengan pelbagai jenis bunga. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke tengah-tengah taman itu, jalan mereka dihiasi dengan kelopak bunga rose.

Kata Raz dia telah menempah taman itu sepanjang hari ini semata-mata untuk menceriakan nya. Semua hiasan yang berada di taman itu semuanya dilakukannya sendiri.

Tiba sahaja mereka di tengah taman itu, sebuah kerusi dan meja yang atas nya dipenuhi dengan makanan yang agak menyelerakan menyapa pandangan mereka. Semakin melebar senyuman Alexa ketika itu.

Dan sekarang disinilah mereka berada. Dia memandang raut wajah Raz yang sedang memandang ke arah matahari yang hampir terbenam. Tidak dia nafikan Raz pandai mencari tempat yang agak unik seperti ini. Sambil makan mereka juga boleh melihat matahari yang terbenam. Sangat indah untuk dijadikan memori.

Tiba-tiba suasana yang sunyi berubah apabila lagu yang entah daripada mana mula berkumandang.

"Dah puas tilik muka aku?"

Alexa segera melarikan pandangan matanya ke arah lain apabila Raz menatap wajahnya. Habis merah mukanya kerana malu. Cis, tertangkap pula! Malu tadi pun tak habis lagi ni, dia pula buat aku lagi malu. Tak guna kau Raz!

"Hahaha, muka merah merah. Nak cendoi? Maaf ye cendoi takde, lamb chop ada. Silakan menjamu selera." Raz tergelak geli hati melihat wajah merah Alexa.

Alexa cuba bertindak biasa. Tak mahulah dia kelihatan gugup dan malu di hadapan Raz. Jatuh saham oi.

Santapan dihadapan mata mula dijamu mereka dengan berselera. Sudahlah selepas penat bertarung dengan si penghisap darah itu mereka langsung tidak menjamah makanan. Yalah disebabkan terlalu penat, Alexa terus tertidur. Manakala Raz pula selepas pulang dari sekolah terus bergegas ke situ menghias taman itu agar temu janjinya dengan Alexa berjalan dengan lancar. Ceh, temu janji konon 🤢

"Exa, tengok tu." Ujar Raz sambil berhenti makan. Pandangannya dihalakan ke arah matahari yang hampir terbenam.

Alexa turut memandang ke arah itu. Terpegun dia seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan yang agak indah itu. Pertama kali dia melihat matahari yang terbenam di tempat yang agak indah seperti ini.

"Cantikkan?" Soal Raz sambil menatap wajah Alexa.

Tak sempat Alexa menjawab tempat itu tiba-tiba dilimpahi dengan cahaya lampu. Yalah, matahari dah terbenam kan kenalah buka lampu kang bergelap pula diorang. Namun lampu itu takderlah terang mana. Macam lampu malam lah. Sekadar untuk terangi tempat itu menjadikan suasana tempat itu agak romantik. Cewah ! 😂

"Err.. aah cantik. Pandai awak pilih tempat ni. Cantik sangat.." balas Alexa agak ceria.

"Secantik kau." Kata Raz sambil menongkat dagu. Matanya terus terusan memandang raut wajah Alexa. Sungguh dia terpegun melihat kecantikan Alexa sekarang. Wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang solekan. Alis mata yang melentik. Hidung yang agak mancung dan bibir yang semula jadi merah bak delima.

"Err..terima kasih. Awak pun segak hari ni." Ujar Alexa sambil tersenyum malu. Bukan apa, dia segan apabila direnung oleh Raz seperti itu.

"Err, awak termenung apa je? Ada apa-apa ke kat muka saya?" Soal alexa. Dia memegang wajahnya takut-takut ada sisa makanan yang melekat di wajahnya.

"Takderlah. Saya cuma termenung memikirkan masa depan kita berdua." Jawab Raz sambil tersenyum manis.

Alexa yang mendengar terkedu. Dia bagi aku pickupline? Omg srsly?

Alexa menutup wajahnya menggunakan kedua-dua tapak tangannya kerana malu. Pertama kali dalam hidupnya diberikan pickupline. Raz pula tergelak melihat reaksi Alexa.

"You must be one spicy dish because you're making my Heart burn.." sekali lagi Raz memancing reaksi Alexa.

Semakin bertambah malu Alexa dibuatnya. Dia menurunkan tangannya.

"Cia cia cia lah sangat." Ujar Alexa sambil tergelak. Dia cuba mengawal malunya padahal muka dah merah! Sweet pula Raz malam ni!

"Are you the sun?" Soal Raz tiba-tiba. Wajahnya berkerut memandang Alexa.

"Err.. no?" Soal Alexa kembali agak hairan. Buang tabiat ke budak ni? Dah sah sah aku manusia.

"Yes, you are the sun.." balas Raz agak yakin.

"Why?" Soal Alexa lagi. Semakin berkerut wajahnya melihat Raz.

"Because your smile make my Heart melt!" Jawab Raz sambil tersenyum.

Alexa terus tersenyum malu. Tak dia sangka yang itu sebenarnya adalah pickupline. Woahh, aku lagi melting tengok senyuman kau Raz!

"Humm, rasa tak selesa pula duduk kat sini." Gumam Raz sambil membetulkan duduknya. Wajahnya berkerut seribu.

"Eh, kenapa pula? Tadi elok je..?" Wajah Alexa juga berkerut memerhatikan keadaan Raz yang agak tiba-tiba itu. Boleh pula tak selesa. Tadi okey Jee.

"Lagi selesa kalau saya duduk kat hati awak." Nah, punchline teruk !😂

Semakin tersipu malu Alexa dibuatnya. Memang hari ini hari pickupline Sedunia agaknya sehingga banyak pickupline yang diberikan kepadanya.

"Raz, dah dahlah tu.. segan saya macam ni." Ujar Alexa sambil tersenyum malu.

Raz pula sekadar tersengih. Melebih-lebih pula aku ni. Ingat nak bagi dua pickupline jaa 😂

Okeyh,now fokus!

Raz berdehem perlahan sebelum memandang wajah Alexa. Wajahnya kelihatan serius.

"Alexa.." panggil dia perlahan.

"Yaa.." berdebar pula hati ni. Sabar Alexa sabar!

"I May fall from the sky, i May fall from the tree, but the best way to fall.." Raz berhenti berbicara sambil matanya ralit memandang wajah Alexa. Now, Raz! Cakap sekarang!

"Where?" Soal alexa. Tidak sabar ingin mendengar kata-kata Raz.

"..is in love with you."

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now